Tak tahan di ancam, YB letak jawatan

Adun dan Exco Kedah V Arumugam telah menulis surat untuk meletakan jawatan sebagai ahli Dewan Undangan Kedah. Surat perletakan ini telah di sampaikan kepada pihak berwajib untuk tindakan seterusnya.

Ini bermakna kawasan Bukit Selambu telah di kosongkan.

Pada pilihanraya 8 March yang lalu Arumugam telah mendapat 13.225 undi dan mengalahkan S. Krishan dari MIC yang mendapat 10,836 unidi.

Tukar Tiub telah di fahamkan perletakan jawatan ini berlaku kerana Arumugam telah mendapat pelbagai ancaman.

Beliu mendakwa pada 10 Oktober tahun lalu berlaku satu percubaan untuk menculik dirinya. Beliau juga menerangkan beberapa kali dirinya telah di ancam untuk dipaksa meninggalkan Parti Keadiulan Rakyat dan masuk ke dalam Barisan Nasional.

Keluarga Arumugam juga pernah di ancam. Batu bata pernah memecahkan cermin kereta resmi Proton Perdana beliau. [read more]

No comments: