[...] Beliau memberitahu, kerajaan negeri meminta kementerian itu membuat keputusan segera selepas mendapati Syabas sengaja melanggar beberapa terma perjanjian konsesi berdasarkan laporan Jabatan Audit Negara baru-baru ini.
“Kita memandang serius pelanggaran terma konsesi oleh Syabas berdasarkan laporan audit itu yang antara lainnya ialah sebahagian besar kontrak yang ditawarkan syarikat utiliti itu yang bernilai lebih RM500 juta adalah secara perbincangan terus bukan secara tender terbuka.
“Sepatutnya semua kontrak perlu ditawarkan secara tender terbuka dan saya telah menulis kepada Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor mengenai perkara itu dan beberapa hal lain,” katanya di sini semalam. [read more]
1 comment:
Tan Sri Khalid dengki lebih.Sudah laa kalau tadek duit buat cara tadek duit,jangan nak berjanji aje,bila dah tadek duit mula nak ggu rezeki orang lain.Ape dia ingat dekat SYABAS tuu tadek orang bekerja ke,semua dah ada keluarga..fikirlaa..jgn sebuk nak duit aje,jgn sibuk nak masukkan kroni² dia abes semua terganggu..jangan nak belagak laa kalau ada kuasa..mati nanti semua kuasa dah tadek..
Post a Comment