Ugut mengugut, bunuh berbunuh dan letup meletup, bakal menjadi satu budaya baru di dalam politik negara. Selamat datang !!! Kalau itulah budaya yang di sokong rakyat .... silakan.
Malam tadi kita kecoh dengan kes kehilangan 2 ADUN yang sudah lesap tanpa berita selama 4 hari. Keluarga mereka sendiri pun tidak tahu kemana pergi nya suami, ayah, adun, yb mereka.
Yang menarik ... siapa yang sedang berusaha untuk mencari mangsa culik ini? Kita boleh agak siapa yang terlibat namun alangkan baiknya kalau Kerajaan negeri Perak membuat laporan polis kerana kehilangan ADUN mereka. Serius mana kah pihak berkuasa untuk mencari mangsa mangsa culik tersebut? Buat dulu, baru tahu.
Itu kesah ADUN, dan dulu cerita kehilangan Altantuya yang di culik dan di letupkan di dalam hutan pinggiran di Bukit Cerakah, Shah Alam. Selepas tulang temulang di temui, kita di beritahu terdapat juga 2 atau 3 lagi tulang dari mangsa yang berlainan turut di temui. Tapi di sebabkan perbicaraan itu adalah tentang Altantuya, maka tiada siapa yang berminat untuk mengetahui bangkai siapakah yang lain itu. Mungkin bangkai baru atau lama, kita tak tahu. Persoalannya .. adakah budaya itu sudah berlaku sejak lama atau hanya baru baru ini.
Tiada lama kemudian Penyiasat persendirian yang membuat akuan bersumpah tentang kaitan seorang VIP yang mempunyai hubungan dengan pemilik tulang yang hancur berkecai di Bukit Cerakah turut hilang. Bukan dia seorang, tapi seluruh keluarga. Sehingga sekarang masih tidak ditemui malah khabar beritanya pun sudah tidak kedengaran. Ya MR. BALA.
Ada yang kata, dia berada di Thailand dan ada pula yang kita mereka berada di Bukit Tinggi, Pahang. Tapi di mana dia sekarang? Juga tiada usaha bersungguh sungguh untuk mengembalikan mangsa culik itu serta dedahkan identiti penculik berkenaan.
Hari ini, 2 ADUN di culik lagi ......
Budaya politik culik menculik sudah bermula ...
Berdoa agar anak, bini, suami, pakcik dan saudara-mara kalian tidak diculik di hari hari mendatang.
Kita sudah semakin hampir mesra dengan budaya politik culik menculik. Sedikit masa lagi, dimana pun anda berada, tiada di jaminan untuk kekal selamat. Anda mungkin boleh diculik ketika berada di pejabat, rumah, di tepi jalan, di parkir kereta, di pusat membeli belah, di Dewan Parlimen, di Surau, di Masjid, di Lapangan terbang dan di mana mana saja.
Hanya ada satu nama dikaitkan dengan 3 insiden culik di atas.
Maka Awas !!! .... anda mungkin akan merasai fenomena kehidupan seperti yang berlaku di Mexico atau mana mana negara Amerika Latin. Anda berada di dalam ZON tidak selamat.
Sebelum luka menjadi bernanah .. gesaan untuk Kerajaan Perak dan AMK seluruh negara buat laporan polis berhubung kehilangan 2 ADUN tersebut.
No comments:
Post a Comment