Politik Malaysia ni patutnya di dramakan. Kalau nak cari duit, buat drama pasal politik Malaysia. Episodnya tak habis habis. Bakal mengalahkan sinetron 'Malim Kundang' atau 'Bawang Putih, Bawang Merah'.
Korang jangan terkejut kalau penghujung cerita politik kat Malaysia nanti, Malim Kundang pulak yang sumpah mak nya jadi Batu ... .Wakakak !! Ini semua mungkin berlaku.
Aku pun dah letih nak update tentang cerita politik kat Malaysia. Banyak yang berlaku, tidak seperti yang kita impikan. Menyampah pun ada, sakit hati pun ada.
Nampak macam mudah, tapi berbelit belit. Siapa yang tabah boleh teruskan. Tapi kepala sejak 2, 3 hari ni dah berdenyut denyut. Macam ada yang tak kena. Mungkin bosan, pening atau keletihan. Kalau baca berita, kita bukan sekadar baca, tapi kena rujuk berita lama, pikirkan kaitannya dan cuba cari muslihatnya.
Di Perak, Jamal dan Osman tak timbul timbul. Asyik dengan lapuran dari pihak ke 3. Pihak ke 3 pulak, tak tentu betul nya. Baik invidu biasa atau pun wartawan media. Semuanya boleh di beli. Kalau wartawan selama ini di beli ... makanya, korang baca cerita pembohong sejak dari mula.
Kesah Adun Perak ni jangan dok dengar sangat. Banyak yang tak betul, banyak yang kita tak tau.
Sebagai contoh, Jamaluddin bagi alasan dia sakit tulang belakang dan berubat di Pahang. Kenyataan itu nampak mudah. Tapi yang menjadi kemusykilan adalah kenapa di sebut, dirinya berubat di Pahang? Dia boleh kata, aku berubat di Pulau Pinang. Kalau Pahang, sudah pasti ini di kaitkan dengan Pekan dan TPM.
SPR pulak dah jadi Ketua hakim negara. Boleh letak hukum. Apa semua ni? Kalau semua ikut buku, senang la sikit. Tapi semua dah ikut kepala mak bapak diorang.
Cerita ni tak mudah. Kita asyik dengan spekulasi. Ada pihak diluar sana mahu spekulasi berleluasa. Mahu cerita di perbesarkan. Yang penat kita. Apa yang wak ingin katakan adalah, boleh baca, tapi jangan percaya. Yang penting cari makan untuk keluarga. Diorang nak bergaduh, pecah kepala, terburai perut atau tertonggeng kepala ke bawah, bontot ke atas. Itu diorang punya hal.
Kita tunggu ... kalau Pilihanraya, kita tahu mana nak sokong. Kita tahu mana yang perlu menang. Buat masa sekarang .. kita layan je ...... !!!
Mari kita rehat !!!!
Assalamualaikum ....
7 comments:
Wak nak rehat ke?
Betul la bang raden, saya yg tiap2 hari keje membaca je.. blog2 nie pun dah penat... inikan pula bloggers2 yg terpaksa sentiasa update berita dan membuat analisis setiap hari lagila letih ngan pening kepala..
macam mana agak nya keadaan diorang (PR Perak)yg terpaksa berhadapan sendiri dan secara terus ngan masalah tersebut...boleh sakit jantung dibuatnye.. terima kasih bangRaden atas info2 dan berita terkini....kita rehat dulu!!!!
Entah, saya pun dah naik menyampah berita baca politik kat Malaysia ni, berserabut sungguh. Berita radio dan tv pun banyak yang tak betul. Malu rasa kat dunia luar. Bagus gak cadangan wak tu untuk rehatkan diri. Jangan tension wakkkkkkk. Wa tetap sokong lu.....
Salam PakRaden,
Bagus cerita ni. Apa kata bloggers Selangor buat film dan cd-kan?
Ha ha ha...
Spekulasi manyak ye bang..?
Tapi spekukasi sikit, amat sikit, dan tiada...bang oii!
Betul wak
saya rasa mcm di perbodohkan oleh orang politik. Yang pasti, diorang ada duit. Kita kena kerja. Last sekali, kita tak makan, mereka dapat jawatan.
ni semua mcm trick je.
Punca sebenar Anwar dan Najib. Yang lain tu pelakun sampingan.
Kita terbawa bawa dengan politik bodoh ni. Yang susah rakyat. Diorang macam pentingkan diri sendiri.
Orang makan, gula naik, tambang naik, ikan naik, penyakit denggi, cikunya merebak, semua orang dah tak kesah.
Semuanya kerana cerita politik yang lebih lebih.
Post a Comment