Singh is King atau Sinking .....

Sementara wak menanti waktu untuk masuk meeting ni ... wak terbaca berita harian hari ni ... maka disebut lah oleh Karpal Singh di dalam parlimen semalam,

[...] "Ada 100 laporan polis dan dua peluru saya terima... barang kali ini rekod dalam dunia. Saya mahu tahu di mana Pemuda Umno, celaka ini dapat dua peluru yang dihantar kepada saya.

"Siapa buat semua laporan polis... saya beri amaran kepada Pemuda Umno jangan main-main dengan saya. Saya Singh dan Singh is King," katanya dipercayai merujuk filem Bollywood Singh Is Kinng. [read more]
Wak nak bagi tau la pada Singh ni ... dalam parlimen, buat la cara dalam parlimen. Kalau betul lah berita yang di siarkan di dalam Berita haruan ini maka wak pun nak bagi pandangan.

Tang 'Celaka' tu .. wak setuju pada dasarnya, tapi tak payah nak kecoh kecoh. Kalau maki hamun macam ni, pakatan rakyat dah jadi macam UMNO. Kalau tak nak jadi UMNO, maka kita jangan buat perangai UMNO. Kalau dalam parlimen boleh sebut Celaka ... baik Singh joint dengan beruk-beruk dan botak yang ada kat dalam tu. Dah tiap tiap hari kita dok citer buruk UMNO, perkataan celaka ni dah jadi mainan kita. Cuma nya kalau nak sebut di luar, di hati atau di tempat yang bukan khalayak ramai, wak tak kesyahhhh !

Wak tengok Singh ni dah melalut lalut ... lepas saja dia kata nak saman perlembagaan sebab tak setuju dengan tindakan Sultan Perak, dia kena tekan siang dan malam dek puak UMNO. Ada yang nak kaitkan dengan Sultan dan ada lak nak cari mileage untuk pemilihan UMNO. elehhh ... itu politik kampung. Jadi wak tak salahkan Singh 100%. Di tambah pula dengan tiadanya sokongan dari PR, membuat dia lagi fening.

Bila Jawa dah kumpul depan rumah Singh, wak rasa masalah Singh ni bukan dengan melayu je, tapi dengan jawa sekali. Weyyyy !!! Bukan jawa raden tau ... tapi jawa khir.

Kekadang kita kesian juga tengok Singh di tekan, tapi kerana fahaman dia tentang undang undang itu lebih berkuasa dari sesiapa maka, wak pun tak mau campur tangan. Kalau kita sebut A, undang undang kata B, bila kita kaitkan dengan Tuhan, nanti dia nak saman Tuhan lak. Jadi .. dari jadi macam macam, biar lah kita diam. Ada mata tengok, ada telinga dengar dan ada kerja ... kena buat.

Tak nafikan, bukan senang berdepan dengan 100 laporan polis dan di ugut 2 butir peluru. Kalau tak kuat iman, boleh terlentang. Tang ni puak UMNO dan BN tak rasa sebab tu diorang tak tau dan tak pernah rasa. Singh tak senang tidor, nak jalan pun tak senang. Kerana musuh kita tak kenal. Tiba tiba .. "Booommm !!!". ingat kan peluru, rupanya C4 lak. Tak ke naya ..

Kesimpulannya ... biarkan Singh sorang kerana dia beri pendapat dia dan dia buat kerja dia. Yang patut jawab, kena jawab.

Singh ni sebenarnya dah sampai tarikh luput. Yang takut, kalau kecabulan mulutnya itu di kaitkan dengan semua parti Pakatan Rakyat. Sedangkan DAP pun tak komen apa apa tentang cadangan Singh ni. Anak dia? Pun tak dengar cerita. Jadi kalau UMNO nak kaitkan keputusan Singh ni dengan keputusan PR keseluruhannya ... sorry ! Mereka silap .... !

Tentang sebutan "Singh is King" tu ... wak ambil pendirian, "gua tak der hal". Ada usaha usaha nak kasi panas, tapi rasanya kalau tak di layan .. benda ni tak kemana. Anggap je Singh ni dah tua. Kalau orang tua .. kena tahu la. Pada wak ... kalau Singh sebut .. "Singh the king" , wak anggap dia cakap "Sinking". Bunyi sama, tapi pengertiannya berbeza ...

Dah la .. semua buat kerja masing masing, cukup bulan nak bayar macam macam bil.
"Ok boss !!! jap lagi saya masuk !
.... Hah tu dia boss wak dah panggil. Kalau tak masuk, wak yang 'sinking'.

Wakakaka !!!

6 comments:

Anonymous said...

orang tua tu dah nyanyok tu

Anonymous said...

Some months ago Mr Karpal Singh made a police report against Zaki Azmi the Chief Justice wherein he accused Zaki of corruption but to date no statemebt was recorded from him and Zaki has not been investigated. But quicker than a flash of lightning the police have acted upon two reports made against him by UMNO in that he had committed treason against the Sultan of Perak. The venerable wheel chair bound Mr Karpal was asked to go to the Police Hqrs to sit through a 3 hr long interrogation. Naturally Mr Karpal is annoyed at the double standards,

Anonymous said...

Tak nafikan polis dan semua barua UMNO double standard. Yang betul kita setuju, yang tak betul kita tak setuju. tu sebab Karpal Singh jadi pening, jadi bengang.

celaka bukan saja untuk umno tapi untuk polis dan rakan rakan sewaktu dengannya.

mulutbecok said...

dengan polis ni memang dah menyampah. kalau nampak baju biru, aku dah naik geli geleman. kalau hilang ic boleh jumpa imam, baik aku jumpa imam.

mangchikla said...

Yang menarik minat den ini "Sementara wak menanti waktu untuk masuk meeting ni "..Fuiiiiyooooooo hebat wak nih!! (ngan sapa die meeting ek..hmmmm, muakakakak). Bab Singh lama eden tak amik pusing....teringat kat Salman Rushdie lak

Anonymous said...

Kerja wak jangan tak kerja. Kalau tak makan, kerajaan tak tanggung. Tapi bila pilihanraya nanti, wak kena ambik cuti untuk buat lapuran.

Gegegegegegege ....