"SPR sudah meneliti dengan mendalam dari sudut perundangan dan memaklumkan, SPR mengenal pasti wujud keraguan terhadap surat peletakan jawatan oleh penyandang kedua-dua kerusi berkenaan yang dihantar Speaker DUN Perak memandangkan kedua-dua Adun itu juga secara sedar surat berkenaan (peletakan jawatan) tidak berkuatkuasa.Kesimpulannya,
"Oleh itu, selepas SPR memastikan kedudukan kedua-dua kerusi DUN itu, SPR tidak dapat menggunakan kuasa di bawah Perkara 36 (5) Perlembagaan Negeri Perak dalam memastikan berlakunya kekosongan luar jangka bagi kedua-dua kerusi berkenaan," katanya. - Bharian
Tiada pilihanraya di Perak buat masa ini. Alasan yang tidak kukuh diberikan SPR adalah kerana 2 mangkok hayun tu dah bagi surat kepada Pengerusi SPR yang mengatakan surat perletakan jawatan awal itu tidak SAH, walaupun mereka sendiri yang tandatangan. SPR ikut cakap 2 mangkok hayun tu. Wakakak !! Atau ada hanturaya kat belakang sana dah bagi tau SPR, apa yang mereka perlu buat.
Pengajarannya,
- SPR masih terus di ragui walaupun Pengerusi berubah.
- Ramai YB YB PKR mata duitan. Di tawarkan wang ... bila bila boleh blah.
- Pemimpin PKR perlu ubah diri. Jangan jadi bodoh sombong. Perangai UMNO jangan bawak ke dalam Pakatan Rakyat. Yang susah parti lain, korang apa tau. Bagi duit semua mencicit lari.
Selangor pun mungkin boleh jadi begini. Ramai pemimpin PKR termasuk EXCO dan MB sendiri masih bodoh dan sombong. Kalau nak aku berikan nama ... terlalu ramai. Terutama YB YB lelaki. Macam tak der teloq.
Tak boleh nak di berikan nasihat. Degil, bangang dan ego.
Kalau MB Selangor masih perasan bagus, tak lama lagi Selangor pun boleh tergadai.
Anwar ... tolong pantau sikit Khalid Berahim tuuu !!!
Aku tak tau ... aku berpegang pada janji. Kalau ada YB YB yang tak buat kerja, rasanya ada muka yang kena ludah !!!
1 comment:
Wak Raden,
Apo nak di kato, sudah terkato... mau ka... depa dengaq, terutama Anwar Brahim tu... baik kita pi pekena Mee Braghim kat Port Klang lagi baguih...
Ha..ha..ha..
Post a Comment