Nasihat Pengerusi Badan Disiplinnya untuk hapuskan sayap UMNO, tidak mahu di turuti. Semuanya kerana bimbang, ahli UMNO menjadi lebih ramai dan perebutan kuasa akan teruk berlaku. Manakala Puteri dan Putera pun tidak mahu organisasi itu di hapuskan kerana bimbang bakal kehilangan kepentingan masing masing. Bukannya bejuang dengan tanggung-jawab, tapi kepentingan poket dan status di kalangan mereka. Bila gagal di hapuskan, rasuah akan tambah menjadi jadi.
Dalam isu yang sama, UMNO kononnya mahu menyiasat sendiri masalah Rasuah politik di kalangan mereka. Kalau siasatan di buat sendiri maka kita tahu akan hasilnya. Musuh politik dalaman akan kena dan kroni masing masing akan bertambah kurang ajar.
Sekarang penyalahgunaan kuasa mungkin berlaku sekiranya sms yang beredar semalam menyatakan polis tentera dan SPRM bersubahat di dalam penculikan 2 adun Perak itu adalah benar.
Kedua dua ADUN perak itu pula sedang di sembunyikan kerana bertujuan untuk memujuk agar mereka lompat parti. Semuanya bersangkutan dengan ugutan dan rasuah.
Manakala Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan pula, semua Ahli Dewan Undangan Negeri BN di Perak akan mendapat peruntukan RM300,000 bagi membantu rakyat di kawasan masing-masing tidak lama lagi disamping sebanyak RM1 juta tambahan untuk Projek Penyelenggaraan Infrastruktur Awam dan Infrastruktur Asas.
Semuanya soal wang dan kesimpulannya, biar lah diberikan peluang 10 tahun lagi, UMNO akan terus kekal begitu. Penyelewengan, salah guna kuasa dan yang penting politik wang mereka akan terus subur.
Usaha untuk pulihkan UMNO pula akan gagal. Tahniah UMNO !!!
Sudah ku bilang ... selagi UMNO itu UMNO dan isi di dalam nya adalah orang yang serupa ... maka buaya tidak akan berhenti untuk menjamah bangkai.
Kalau berjaya UMNO melacurkan 2 ADUN tersebut menjadi ahli mereka, dimana agaknya muka mereka mereka ini akan di sorokkan? Kerana pada kita mudah, masuk UMNO kerana wang.
No comments:
Post a Comment