"UMNO Piiiiraaaahhhh !!!

Yang susah wak permudahkan.
Nak buat rumusan apa yang berlaku, biar senang di paham.

Realiti sebelum isu Perak berlaku.
UMNO dah di tolak rakyat ... SAH !!!
BN dah tak cukup negeri nak perintah ... !!
Maka di ambil Perak cara Haram
Kalau setakat UMNO .... projek ni tak jalan dan mereka babitkan Sultan untuk sokongan bangsa Melayu. UMNO tak sedar diorang dah jatuhkan kuasa Sultan. Sekarang Sultan buat tindakan, berlaga dengan perlembagaan yang UMNO sendiri dah ubah. Jerat makan tuan.

Derhaka?
Tiada siapa derhaka pada Sultan kecuali UMNO. Sultan pun memang dah tau.
Karpal Singh mencabar Perlembagaan ... bukan cabar Sultan.
Nizar bantah BN ... bukan Sultan.
Undang undang dan Perlembagaan bukan Sultan yang buat. Tu semua UMNO yang buat. Sekarang ni rakyat menentang undang undang di cipta oleh UMNO. Bukan marah Sultan.
Mungkin ada rakyat yang marah kerana diorang tak paham. Kalau semua paham, lama dah UMNO di kuburkan. Tak der la tentera, tak der la raja. tak der la majikan, tak der la kakitangan. Otak semua satu level.

Perhimpunan Daulat Tuanku.
Tak sapa yang minat. Bukan kerana Rakyat tak sokong Sultan, tapi yang anjurkan perhimpunan adalah UMNO. Selagi UMNO ... apa apa pun tak boleh caya.
Jenuh collect 4 negeri baru berjaya kumpul 3,000. Korang tau berapa ramai 3,000? Tak sampai sesuku dari tempat duduk stadium Shah Alam.
Kesannya, nak masuk TV, nak cerita kat media. Nak bakar hati rakyat. Tapi duit berapa banyak habis? Korang kena check akaun orang UMNO. Wakakak !!!

Media?
Media memang barua UMNO.
Kalau tak sokong, permit mati.
Dalam berita, tak sebut soal rakyat. Semuanya UMNO dan NGO.
Rakyat buat apa? Buat bodoh ...
Media dah memperbodohkan UMNO sendiri. Lagi kerap diorang keluar, lagi bodoh UMNO di mata rakyat.
Kalau kita dah jemu tengok iklan. Ini kita nak layan muka UMNO yang keluar 3 jam sekali. Weyyy !! Geli la.... Wakakak !!!

Apa akan jadi lepas ini?
Perhimpunan UMNO akan berlangsung di buat secara LIVE.
Menjulang Sultan dan bangsa Melayu dalam masa yang sama memisah keakraban 3 bangsa.
Di situ nanti ada lah cakap macam pendekar, julang keris, sampin terlondeh.
Semua tu lawak yang korang akan tengok.
Lawak ni memang dari dulu lagi. Tak pernah tukar dialog cuma tukar pelakun.
Tapi kalau diorang minta kita ketawa ... nkorang ketawa la.
Saja nak ambik hati. Wakakakka !!!

Apa yang perlu di buat?
Jangan layan UMNO lebih lebih. Mula kan Berkempen untuk pilihanraya Bukit Gantang dan Bukit Selambau.
Piirahhhhh dengan UMNO.
Kalau di layan semakin galak. Orang tua kata .. "makin ngada ngada".
Fokus kena satu ... UMNO perlu di kuburkan. Biar berapa lama pun, fokus jangan lari.

Nak ingat macamana?
Sehari mesti sebut sekurang kurangnya 10 kali "UMNO Piiiiraaaahhhh !!!"
Biar sebati dengan tubuh. Biar anak dan isteri dengar. Biar jiran dengar, biar semua orang dengar.
Lama lama UMNO mati dengan sediri.
Dari berkumpul dari 3,000 , turun ke 400 dan akhirnya mereka cuma boleh kumpul kat kedai kopi.
"Hello mamak ... kasi teh jantan 1"

Ingat tu ....
"UMNO Piiiiraaaahhhh !!!

Tak perlu susun ayat, tak perlu pelik pelik. Tak perlu berbahasa indah. Kita ambil point saja. Biar senang orang paham. Budak sekolah tadika pun boleh baca. Mamat tengah lalok pun boleh paham. Wak akan naik semula ke Gunung Semanggol. Masih ada hantu kopek yang belum di tangkap. Assalamualaikum !!!!

Wakakak !!!

No comments: