You jump ... I jump !!!
Heheheh ... kelakar pun ada. Tapi dua hari lepas suspen giler.
Dan sekarang dah lega. Hisap rokok pun puuuuhhhhh .... asap keluar lubang hidung, lubang telinga dengan lancar. Wakakakak !!!
Sedang menanti perkembangan berita DS Nizar yang berjumpa Sultan Perak pagi tadi.
Wak teringat citer dalam Titanic .... "You Jump, I jump!!!" What about the money?
Money says .... " I jump too " Wakakakaka !!!
Ada pulak kawan bagi tau dalam blognya .... Panadol Actifast dah habis kat Ipoh ... jadi, supplier dah hantar stok dari Pahang. Hah ... sekarang stok Panadol Actifast di Pekan, Pahang pulak yang kurang. Wakakakak !!!
Hello Ah Seng !!! mau buat 2nd order. Lu angkat Stok dari Putrajaya angkat mari !!! Wakakakak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
"Hello ! Ini ah seng punya bini. Ah Seng tarak. Dia kena culik."
Ka ka ka
Aiyah!! nang boti nang, kui boti kui ....
Apa nak dikata. Yang mengharap terlepas, yang diharap terburai!
aya hidup pon susah mati pon susah...
notoumno,
I curi U curi...
I curi wakil rakyat, U curi pencuri..!
Berpesta lagi kita dengan pilihanraya kecil di Perak.
You jump I jump yer bang..?
Money jumps too..!
Tak yah jump start setiap pagi bila kereta sejuk giler ye bang..?
Bak mai rokok sebatang, yang asap keluar beberapa lubang itu...
...kata belum letak jawatan lagi. Masih lagi Exco, masih lagi PKR.
Woii.. ingat bapak kamu punya kompeni ke. Tuang keroje sampai 5 hari. Sampai anak bini tercari-cari.
...kalau syarikat swasta kamu ponteng sehari tanpa berita, tak usah mimpi....alamat tanam 'anggur' ler. Inikan pula 5 hari, banyak cantik.
Tak dapat tidak pilihanraya kecil akan diadakan di Behrang dan Changkat Jering.Kebodohan 2 orang Exco PKR yang kononnya mengambil cuti MC jika dibawa ke mahkamah alasan itu bakal menjadi bahan jenaka seantero dunia.
Ketika korang tandatangan surat akujanji dulu yang mengatakan otomatik letak jawatan jika keluar dari PKR,tiada sebarang unsur paksaan dilakukan terhadap korang.Ini bermakna korang berkerelaan bebas ketika melakukannya.Jika dipaksa mengapa korang tak buat laporan polis ketika itu.
Tok ingat Peguam Negarapun malu nak ambil kes korang.Hakimpun malu nak menangkan kes korang.Last-last korang buat laporan polis.Apa ke halnya report polis ni.2 insiden yang berlaku dalam dua minggu iaitu pembunuhan Kugan dan kes kemalangan maut anak saudara Tuan Guru Haji Hadi yang dilanggar kenderaan milik Ketua Polis Negara menyukarkan pihak polis berpihak kepada UMNO dan BN,inikan pula nak menolong korang.
Sebab korang berdua,imej UMNO kini terjejas teruk.Jika UMNO cuba membantu korang,rakyat akan semakin yakin UMNO itu parti yang kuat rasuah.Rakyat juga akan bertambah yakin,Najiblah dalang utama "penculikan" kedua-dua Exco PKR itu.UMNO juga akan dianggap sebagai bacul jika jika membantu kedua Exco ini mencabar keputusan kerajaan Pakatan Rakyat Perak di mahkamah.Kenapa perlu takut kepada pilihanraya kecil jika yakin kepada kuasa rakyat.UMNO kin berada di persimpangan dilema.
Langkah terbaik buat UMNO ialah menjarakkan diri daripada kedua Exco PKR ini serta bersiap sedia menghadapi pilihanraya kecil di Behrang dan Changkat Jering.
Lebih malang lagi nasib kedua Exco PKR ini,sudahlah hilang wang pertaruhan awal-awal lagi kerana hilang kelayakan bertanding selama 5 tahun kerana telah meletakkan jawatannya.
Ke mana korang pergi akan mendapat cemuhan masyarakat yang bencikan barua seperti korang.Kes korang ni bolehlah dikategorikan sebagai lawak antarabangsa.Ambil MC tapi tak bagitau majikan korang hatta keluarga korangpun korang tak bagitau.
Jika UMNO masih berdampinga dengan korang,aura kebodohan korang akan meresap ke dalam UMNO.Maka jadilah UMNO dulu,kini dan barangkali selama-lamanya bodoh.
Yang paling bodoh ialah Najib kerana mempercayai korang tanpa buat homework dulu.Eloklah Najib letak jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Perak kerana kebodohannya itu.Jika ada lagi seorang ADUN BN Perak dari parti luput tarikh UMNO menyeberangi Pakatan Rakyat,bodoh Najib tak dapat ditutup lagi.
Tok yakin ketika itu khairi gelak besar dan citer pasal kebodohan Najib akan menjadi baha jenaka di lobi parlimen dan di persidangan PBB ketika sesi rehat.
Tok nak pinjam gelak Radenjowo...wakakakakakak
Apasal kedua Exco PKR Perak tak hadir sewaktu press conference petang tadi.Ketar lutut kot pasal pakej MC korang sudah jadi bahan lawak antarabangsa.Tok ingat doktor yang bagi MC kat korang tupun dah hilang macam Bala jugak demi untuk menghilangkan kemaluannya dan menutup kebodohan Najib yang ketika ini berkira-kira untuk memecat penasihat politiknya.
Kalau idea menculik kedua Exco PKR Perak ini datang daripada strategi licik Tun Dr Mahathir,nampak gayanya masa Tun untuk pencen daripada dunia politik tanahair telah tiba.Biasalah..dalam bijak-bijakpun ada bodohnya.
Elok jugalah kedua Exco PKR ini buat report polis.Bolehlah usaha mencari doktor yang memberikan MC kepada mereka ini dimulakan.Seperti kata Anwar,najib ni ada kepakaran menghilangkan orang......Altantuya,Bala,2 Exco PKR dan doktornya.
Kredibiliti Najib sebagai bakal PM mula diragui rakyat Malaysia.Dari kedai kopi,lobi parlimen hinggalah ke persidangan PBB,Najib akan menjadi bahan jenaka dan bolehlah disifatkan sebagai badut politik.
Seminggu dua ni,Pak Lah dan Khairi akan gelak sakan dannajib aka menyorok dalam gebar belakang Rosmah.
Itu baru citer MC.......ramai yang tertanya-tanya mengapa Najib tak kidnap kedua-dua Exco PKR ini dan bawa terus ke Taiwan.Barulah lengkap pakej percutian lawatan sambil belajar dengan pakej MC yang korang ambil.
Kambingpun kalau boleh baca paper,sah gelak besar baca citer korang.sekarang apa juga alasan yang korang jawab akan menyerlahkan lagi kebodohan korang.
Jika korang nak dedahkan kebodohan korang di mahkamah,dipersilakan agar generasi akan datang dapat mengetahui kebodohan korang yang bukan sahaja akan dibukukan tetapi dipasarkan ke luar negara.
Yang bodoh akan menjadi mangsa si cerdik tapi dalam kes ini ada 3 stooges......najib dan kedua-dua exco PKR.
Puas membaca komen Tok Iskandar kat sini.
Super class gitu.
Ya, komen bertaraf pos.
Sudi ambik Cucu Tok Acheh Pedagang Cina, cucu angkat?
Nanti wa tanya Radenjowo iya orait dak?
Post a Comment