Hari ini terkuburnya PPSMI !

Perhimpunan menentang PPSMI akan bermula kurang dari sejam dari sekarang. Kejayaan perhimpunan ini akan memberikan satu penangan kepada kerajaan yang cuba untuk meminggirkan bahasa melayu.

Pasti ada menteri yang terasa tidak senang hati dengan perkembangan ini.

Ikuti perkembangan sensasi perhimpunan yang di luluskan oleh pihak polis melalui tukar tiub dan harakahdaily.

Senang menanti perkembangan dari Malaysianinsider atau sebarang blog yang mengupdate setiap perjalan perhimpunan.

Beberapa blogger sudah berada di Central Market untuk memberikan liputan secara terus. Nantikan perkembangannya.

----
Terkini !!!
Ramai kumpulan kumpulan kecil yang sedang menuju ke Masjid Negara. Bas bas dari pelbagai arah sedang mencari parking sekitar perjalanan ke Istana Negara. Pengangkutan pengangkutan kecil, kenderaan termasuk lrt, komuter, kereta dan motosikal sedang berlegar dan menanti waktu.

Polis dan FRU sedang menjaga keamanan sekitar SOGO, dewan bahasa dan Pustaka, Central Market, Masjid Negara dan istana Negera.

Cuaca agak mendung sekarang !!! Hujan mungkin akan membantu atau sebaliknya.
Sama sama kita berdoa agar segalanya berjalan lancar.

No comments: