Terkini ! Demo PPSMI - 2.07 pm

1.58pm
Di dalam kawasan masjid sahaja sudah ada lebih kurang 4,000 orang.
Pihak penganjur sedang berbincang dengan pihak polis untuk kebenaran berarak ke istana negara.
Terdapat dua helikopter di ruang udara, Helikopter Tentera dan Polis.
Hujan di Masjid negara - renyai renyai ...
Suasana agak riuh dengan jeritan jeritan dan laungan laungan.
Masih menanti rombongan dari luar untuk sampai ke Masjid Negara.

1.53pm
Di central market orang ramai sudah berkurang, ramai yang sudah menuju ke Masjid Negara. Tapi di beritahu, di kawasan SOGO masih ramai rakyat di sana dan sedang menanti isyarat untuk bergerak.
Helikopter masih berlegar di ruang udara.
Hujan sudah mulai turun ... bukak payong wooooooiiiiii !!!!
Gerai gerai sementara banyak terdapat di central market. sudah seperti pesta minggu. wakakakak !!!
di laporkan oleh blogger mat comot. Blogger kulup sakah dan edyes sedang menghala ke sana.

1.48 pm
Keadaan cuaca yang tidak berapa cantik ni sedikit mengganggu
talian broadband. Internet sering terputus putus.


1.45 pm
Di beritahu sekatan jalanraya oleh Pihak polis di sepanjang jalan menuju ke Kuala lumpur masih di teruskan.

1.42 pm
Rombongan seramai 100 atau lebih dari Central Market sedang menuju ke Masjid Negara.
Di sepanjang perjalanan, pertambahan dalam setiap langkah. rombongan menjadi semakin ramai.
Hujan turun setitik setitik .. bukan renyai dan tidak lebat.
Helikopter berlegar di atas

1.25 pm
Sekumpulan wakil daripada Chinese Assembly Hall telah tiba di pekarangan Masjid Negara dan turut menyatakan sokongan terhadap bantahan PPSMI.. - harakah

1.15 pm
Sasterawan Negara,Dato' A. Samad Said melahirkan kekecewaan dengan sistem demokrasi negara apabila dilaporkan dua buah bas yang sedang menuju ke Masjid Negara telah ditahan polis. - harakah

Laporan dari Pahangdaily Online

1 comment:

Albakr Allatifi said...

Pada sekelian kalinya, raayat dihalang menyuarakan hasrat dan perasaan. Inilah demokrasi yang dilaungkan Bn dan umno yang semakin galak menggunakan kekerasan terhadap bangsa melayu yang ingin meluahkan rasa kurang senangnya terhadap keputusan mengunakan bahasa penjajah dalam mata pelajaran kira - kira dan sain oleh menteri umno.
Hishamudin anak Husin Onn begitu sombong mengatakan, luahan penentangan bukannya suara majoriti. Sejak bila BN dan umno mendapat suara majoriti dari bangsa melayu.
Melayu tulin dan tinggi jati diri tidak lagi bersama umno. Melayu umno adalah melayu yang tidak tentu asal usulnya - kalau pun melayu tetapi mereka melayu berjiwa bangsa. Mereka adalah melayu yang hanyut dengan segala bentuk kebejatan, kecelakaan malah telah lama hilang sifat melayu tulin.
Mundurnya melayu hari ini disebabkan oleh umno, yang sedia mengorbankan bangsa demi habuan kuasa, rasuah dan laba dunia.
Melayu yang terus dikatak tempurungkan supaya terus jumud dan hilang harga diri.
Bagi melayu, ditanah melayu ini tiada sultan lagi yang dapat dirapat sembah,kerana melayu umno meracuni institusi raja untuk terus menjumudkan bangsa melayu.
Soalnya - apakah cina, korea, jepun mengajar anak mereka dalam bahasa ibunda,lebih mundur atau melayu umno sendiri ingin menjadi penjajah sejak mula.
http://www.state9express.blogspot.com