Kabinet punya pasal, semua orang pun kecoh


Aku dah check macam macam blog pasal PPSMI ni ... semuanya cerita pasal pendapat sendiri. Ada blogger yang kata dia dah tanya anak anaknya dan mahu terus kan PPSMI. Itu dia punya pasal.

Negara kita negara demokrasi (kononnya) dan semua boleh kata apa apa yang diorang nak kata. Tapi yang penting adalah majoriti.
Itu kalau benar benar demokrasi.

Dan yang menggelikan hati bila ada berkata ahli politik campurtangan dalam demo PPSMI semalam. Nak aku kata bangang ... marah. Nak aku kata bijak ... tapi tak pandai pikir.

Aku nak bagi tau pada mereka mereka yang bengap tapi sombong tu. Isu bahasa ni sebenarnya bukan lah masalah bangsa melayu saja, tapi masalah parti politik juga. Benda kecoh ni tak akan terjadi kalau,
1. Kerajaan bijaksana dan adil
2. Keputusan di buat atas majoriti, dan
3. Aplikasi pembelajaran di buat dengan teliti sebelum perlaksanaan.
Sekarang sikit sikit, kabinet. Semua keputusan yang kebinet buat mesti kelam kabut. Bila dah ada masalah, rakyat pun berbalah. Dia kata kamu salah, sini kata situ salah, semuanya kecoh. Siapa kabinet tu? Ada ke muka diorang macam kabinet dapor?

Aku masih ingat lagi, masa aku kecil dulu, di berikan pilihan, nak sekolah Cina, aliran Kebangsaan, aliran Inggeris dan Tamil. Masa tu semua boleh buat keputusan sendiri. Nko ... nko punya pilihan, aku ... aku punya pilihan. Sikit pun tak der masalah.

Sekarang baru nak kecoh sebab, kanak kanak tak der pilihan. Tapi bangsa Cina dia boleh belajar matematik dalam bahasa Cina, bukan bangsa lain.

Campurtangan politik.
Mana ada perkara yang tiada kaitan dengan politik? Selagi ia berkaitan dengan idiologi perjuangan masing masing, semua boleh campur tangan. Kalau UMNO tak campur tangan, itu dia punya pasal. Orang tak bising pun, tapi kita sekadar bertanya, apa sebenarnya perjuangan UMNO?

Perlukah selepas ini kalau,
  • demo tentang sultan, peserta dari semua bangsa, tapi bukan parti politik.
  • demo tentang agama, peserta dari orang yang beragama tapi jangan ada ahli politik.
  • demo tentang bahasa, peserta dari orang yang berbangsa tapi jangan ada politik..
  • demo anti murtad, peserta dari ahli agama dan orang Islam, tapi bukan parti politik.
Ahli politik alien ke? Dioarang tak payah nak perjuangkan agama, bangsa, sultan dan semua perkara? Dalam isu PPSMI ni, ahli politik pun berbangsa dan berbahasa melayu gak. Ada juga peserta demo semalam yang bukan melayu, tapi hadir kerana menentang bahasa Inggeris. Ape ada masalahnya?

Weyyy !!! cakap jangan sebarang cakap, otak kena pakai.

13 comments:

tok iskandar said...

Tok nak ulas sikit tentang GMP atau ringkasnya Gabungan Mansuhkan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

Impak bantahan PPSMI semalam oleh lebih daripada 100 ribu orang yang diketuai oleh Bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP dan mantan duta Malaysia ke UNESCO,Datuk Dr Hassan Ahmad telah mendapat liputan luas dalam dan luar negara.

Dokongan kuat daripada Sasterawan Negara Datuk A.Samad Said dan tokoh ilmuan seperti Profesor Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim,Prof Emeritus Abdullah Hasaan,Dr Shaharil Mohamad Zain dan berpuluh-puluh lagi tokoh akademik dan cendekiawan menjadikan gerakan ini digeruni kerajaan UMNO-BN sehingga terpaksa mengerahkan FRU menangani arus kebangkitan pejuang-pejuang bahasa Melayu.

Lebih menakutkan Pak Lah ialah GMP telah mendapat sokongan terbaharu daripada Majlis Permuafakatan Persatuan Ibubapa & Guru Nasional (PIBGN) yang mempunyai 8000 persatuan PIBG di seluruh negara. Pihak Suara Rakyat Malaysia(SUARAM) bersama 53 persatuan lain.Ini belum dikira Dong Zhong dan Persatuan Tamil.

Apabila tokoh cendekiawan Melayu sanggup turun ke jalan berdemo dengan rakyat jelata dan terpaksa menerima bahana gas pemedih mata yang dilepaskan oleh FRU,hilanglah maruah UMNO yang selama ini mendakwa memperjuangkan nasib bangsa Melayu sedangkan golongan yang ingin memperjuangkan bahasa Melayu ditangkap dan dimasukkan ke dalam lokap.

7 Mei 2009 adalah satu trajedi buat UMNO kerana sanggup mengarahkan FRU bertindak ganas terhadap bangsa sendiri,bangsa Melayu yang hanya ingin berarak ke Istana Negara untuk menzahirkan bantahan terhadap PPSMI.Rejim Yahudipun tak berlaku ganas terhadap bangsanya sendiri.Sekarang rakyat dapat melihat sendiri PDRM sanggup bertindak keterlaluan sehingga melepaskan gas pemedih mata ke dalam masjid negara.

Pak Lah patut merasa malu dan sebagai PM,sepatutnya beliau mengarahkan Musa Hassan dan Ketua Polis KL meletakkan jawatannya.Kenyataan akhbar Pak Lah mendesak agar isu PPSMI ini diselesaikan segera sebelum menjadi lebih serius mengugat peluang Hishamudin memenangi perebutan naib Presiden UMNO dan ramai yang meramalkan sepupu Najib ini akan kalah dengan teruknya.

Tok faham mengapa Pak Lah cukup berlembut.Krisis politik di Perak,Pak Lah tak mintapun diselesaikan segera.

Sebenarnya Pak Lah sekali lagi ingin memperalatkan Pakatan Rakyat untuk menyokong usulnya menubuhkan Suruhanjaya Penambahbaikan Polis.Kali ni tok harap MP-MP Pakatan Rakyat jangan sokong kerana Suruhanjaya Perlantikan Hakim dan SPRM yang ditubuhkan baru-baru ini setelah mendapatkan sokongan MP-MP Pakatan Rakyat telah gagal berfungsi dengan baik dan sebaliknya memihak kepada UMNO.

Pak Lah memerlukan majoriti 2/3 daripada ahli parlimen untuk menubuhkan suruhanjaya penambahbaikan polis.Tok percaya jika helahnya ini terlaksana,Musa Hassan akan dilantik menjadi Pengerusi Suruhanjaya ini.

UMNO tak kira ketuanya Pak Lah ataupun Najib tetap sama cuma cara mereka menipu rakyat yang berbeza.

Anonymous said...

PPSMI sekarang dah jadi isu. Cuma kenapa baru sekarang berani nak luahkan pendapat. Dulu rakyat dah bising masa Aziz Samsudin jadi menteri. Tapi takpe biar lambat daripada tak ada bantahan lansung.

Sebenarnye masalah selain dari PPSMI ni adalah bukan sahaja pengajaran tetapi adalah pengajar. Kalau kita berguru dengan cikgu berbahasa melayu sekalipun kalau dia tak tahu mengajar memang pelajar tak akan pandai. Bayangkan sekarang ni terdapat cikgu-cikgu yang graduate dari aliran muzik, busness dan macam-macam lagi di tukar profession kepada cikgu.

Dari sini kita dah tahu minat cikgu tu samada nak mengajar atau asal ada kerja. Daripada tak ada kerja baik dia ambik jawatan tu. Ikut aje lah silibus yang patut.

Memang ramai engineer, ramai businessman. Tapi boleh ke dia orang ni mengajar dalam bidang dia. Tak semua boleh mengajar. Macam tu lah dengan cikgu cikgu ni. Pokok pangkal cikgu kena tau mengajar.

Pokok pangkalnye disini cikgu kena tau jadi pengajar. Blogger kena tau jadi blogger dan seterusnya. Dan pastikan cikgu tu mengajar bidang yang dia tau ajar bukan setakat tangkap muat untuk penuhkan carta. Disini kerajaan atau sesapa kena check balik.

tok iskandar said...

Tok seperti bloggers rakyat memang bengang dengan tindakan kejam polis dan FRU yang ala-ala rejim Yahudi.

Yahudi tak tembak gas pemedih mata kat bangsanya sendiri,tak pukul dan sumbatkan mereka kedalam lokap.yahudi juga tak menyerang rumah ibadat sendiri.Polis dan FRU sanggup buat sampai tembak gas pemedih mata kat dalam masjid negara.

Tok nak bagi satu cadangan kepada bloggers semua.apa kata kita paparkan segala ketidakadilan mereka dalam blog sampai ke you tube biar satu dunia tahu.kepada yang mahir berbahasa inggeris tu forwardkan kepada al jazeera,BBc dan lain-lain.tak lupa kepada kesatuan eropah dan PBB.biar satu dunia tahu.

Kita buat satu lagi gerakan iaitu gerakan membantah kekejaman dan ketidakadilan polis.

Buat satu lama web khas dan paparkan segala ketidakadilan dan kekejaman mereka.Isu kugan dan berapa ramai tahanan yang mati dalam lokap,kes rasuah berprofail tinggi atau skandal pegawai kanan polis,demo yang UMNO buat polis tak halang pun.Buktinya ketika umno demo depan komtar tahun lepas,siapa dapat air mineral free.polis tak kacaupun.polis dan FRU tak bertindakpun terhadap penternak babi yang berdemo di Melaka.selebihnya korang boleh tambah.
Lepas siap barulah kita berikan kat MP-MP Pakatan Rakyat bawak perkara ini ke dalam parlimen

Tok juga cadangkan kita kumpulkan tandatangan desak Musa Hassan dan Ketua Polis KL kalau tak salah tok Saufi Osman letak jawatan dan sampaikan kepada MP-MP Pakatan Rakyat.

Bagi tok inilah caranya untuk kita mengajar kebiadapan mereka.Jika tak semakin hari kemarahan rakyat terhadap polis akan bertambah dan mana tahu tak terkawal lagi.semalam tok ada dengan mereka yang kena sembur gas pemedih mata mencemuh polis sebagai yahudi dan macam-macam lagi.ada juga yang suruh isi borang masuk UMNO.
Jelaskan..UMNOlah punca negara kita huru-hara selama ini.

Unknown said...

Wak,

Kalau tanya anak sendiri pasal PPSMI anak aku akan cakap, " tak payah pergi sekolahlah ayah, tengok TV lagi best."

Masalah ini ialah masalah masa depan anak-anak kita. Kita yang dewasa ini yang sepatutnya tegas membuat keputusan.

Kita hendak memandaikan rakyat terbanyak, jadi gunalah bahasa yang mudah difahami. Melainkanlah kita hendak menjadi negara bodoh yang bertingkat-tingkat seperti Filipina, India, Bangla, Pakistan yang kononnya hebat BI tapi merempat.

Anonymous said...

mungkin sekarang kabinet dan menteri tengah ketawa tengok rakyat kena belasah polis

Anonymous said...

aku ingat wak cerita pasal Rocky bru.
cuba check artikel dia

http://rockybru.com.my/2009/03/not-necessarily-anti-english-and-not.html

aku baca pun naik menyampah.
hebat sangat ke rocky bru ni?

kalau tengok komen komen dari puak puak umno, terus lari tajuk. asyik asyik hentam Anwar ibrahim.

Entah apa apa la tu

mangchikla said...

Najib d mana? Nyorok belakang kain Rosmah ke?

mulutbecok said...

kata menteri bapok

"Kita telah mengambil kira pandangan mereka yang dinyatakan melalui memorandum dan persidangan meja bulat.

"Sekali lagi menjadi tanda tanya kenapa selepas enam tahun baru buat laporan polis kerana mendakwa ia bertentangan dengan Perlembagaan dan sekarang mengadakan perhimpunan bantahan," ujarnya.

pekak badak ke menteri ni, dari dulu lagi orang dah kritik. bangang tak boleh di ajar.

Siti Fatimah said...

Kerajaan harini nampak gaya makin lama makin gelojoh buat keputusan. Mcm org takde otak. Gelabah tak tentu pasal. Mentang2 lah derang ade kuasa.

Btol! Yahudi jahat pn, tp dorg tak hentam bangsa sendiri. Ketuanan melayu konon.

Peliknya, ramai jugak golongan anak2 melayu yg masih tak nmpk kebangsatan pemimpin yg nk tunjuk kuasa nih..

Bg sy tak kiralah Bahasa apa anak kita belajar, kalu dh dididik dgn baik, insyaAllah akan jd pandai jgk. TP perkara ni kenapa lah tak bincang elok2. Kenapalah nk kene turun FRU suma.

Dh tau rakyat ramai bangkang. Golongan cendiakawan pn turun. Kenapalah nk gelojoh sgt mcm tu. Bende utk masa dpn anak2 tuh. Buat gelojoh jd hiruk pikuk.

Dlm kes ni mmg kerajaan yg salah. Sbb kerajaan sendiri yg cetuskan huru hara. Rakyat cuma nk suarakan pendapat pun tak boleh.

Ini ke org kata demokrasi terpimpin taik kucing.

Pemimpin besar2 hanya tau seru dr atas dr jauh ja. Stakat komen selesaikan segera baik tak payah. Turun padang la wei. Ajak bincang. Tunjuk skit kredibility tuh. Ni dh bengap tu bengap jgk. Lembab nk mampus.

Anonymous said...

I was asked if I'd join today's street march against Maths and Science in English. I, in turn, asked my two kids aged 14 and 13. Both pleaded with me NOT to support the switch back to Bahasa Malaysia: The boy: "Ala, tak nak la. Pening. Why do they want to do that?" - rocky bru

ni la dia bontot hitam tapi nak jadi mat saleh. bangga sangat dengan cakap orang putih tu. orang perancis, jerman, belanda pun benci cakap orang putih. orang melayu pulak ngada ngada.

tok iskandar said...

Hishamudin dah berani lawan Pak Lah dan menjawab kata bukan keputusan dia seorang untuk laksanakan PPSMI.Kena bentang ke kabinet semula yang sudah tentu dipengerusikan oleh sepupunya najib.hishamudin yakin benar najib jadi pm.tambah hishamudin lagi tak perlu jelaskan segera.

Tok yakin kalau najib tak jadi PM,hishamudin akan merangkak-rangkak meminta maaf kat pak lah

ketua pemuda tak hormat kat PM.memang derhaka sungguh umno ni

tok iskandar said...

Tok seperti bloggers rakyat memang bengang dengan tindakan kejam polis dan FRU yang ala-ala rejim Yahudi.

Yahudi tak tembak gas pemedih mata kat bangsanya sendiri,tak pukul dan sumbatkan mereka kedalam lokap.yahudi juga tak menyerang rumah ibadat sendiri.Polis dan FRU sanggup buat sampai tembak gas pemedih mata kat dalam masjid negara.

Tok nak bagi satu cadangan kepada bloggers semua.apa kata kita paparkan segala ketidakadilan mereka dalam blog sampai ke you tube biar satu dunia tahu.kepada yang mahir berbahasa inggeris tu forwardkan kepada al jazeera,BBc dan lain-lain.tak lupa kepada kesatuan eropah dan PBB.biar satu dunia tahu.

Kita buat satu lagi gerakan iaitu gerakan membantah kekejaman dan ketidakadilan polis.

Buat satu lama web khas dan paparkan segala ketidakadilan dan kekejaman mereka.Isu kugan dan berapa ramai tahanan yang mati dalam lokap,kes rasuah berprofail tinggi atau skandal pegawai kanan polis,demo yang UMNO buat polis tak halang pun.Buktinya ketika umno demo depan komtar tahun lepas,siap dapat air mineral free.polis tak kacaupun.polis dan FRU tak bertindakpun terhadap penternak babi yang berdemo di Melaka.selebihnya korang boleh tambah.
Lepas siap barulah kita berikan kat MP-MP Pakatan Rakyat bawak perkara ini ke dalam parlimen

Tok juga cadangkan kita kumpulkan tandatangan desak Musa Hassan dan Ketua Polis KL kalau tak salah tok Saufi Osman letak jawatan dan sampaikan kepada MP-MP Pakatan Rakyat.

Bagi tok inilah caranya untuk kita mengajar kebiadapan mereka.Jika tak semakin hari kemarahan rakyat terhadap polis akan bertambah dan mana tahu tak terkawal lagi.semalam tok ada dengan mereka yang kena sembur gas pemedih mata mencemuh polis sebagai yahudi dan macam-macam lagi.ada juga yang suruh isi borang masuk UMNO.
Jelaskan..UMNOlah punca negara kita huru-hara selama ini.

tok iskandar said...

UMNOlah punca segala malapetaka dan huru-hara yang berlaku di negara kita.

UMNOlah punca rakyat semakin jauh daripada Raja-raja Melayu

UMNOlah puncanya mengapa rakyat semakin bencikan polis

UMNOLah puncanya mengapa rakyat hilang keyakinan terhadap institusi kehakiman,SPRM dan SPR

UMNOlah yang mengamalkan politik samseng.Parlimenpun sangguh diserbu hanya untuk membelasah seorang OKU

UMNOlah yang suka melanggar undang-undang negara.Tengok apa yang berlaku kat negeri pasir dua butir sekarang yang diperintah oleh menteri pasola.

senang citer,rakyat semua rejectlah politik perkauman yang diamalkan sesumpah bernama UMNO

Kata perjuang nasib Melayu,bila melayu turun di jalanan,UMNO hantar FRU sembur gas pemedih mata kat bangsa sendiri.

sebenarnya UMNO hanya memperjuangkan perut sendiri je

cuba siasat siapa yang dapat untung bekalkan CD,Buku-buku,perisian ketika kerajaan melaksanakan sains dan matematik dalam bahasa inggeris