Khalid Ibrahim jumpa Blogger

Wakakka !!!
Rocky bru ngutuk, dah setahun baru MB selangor nak jumpa blogger. Khalid Ibrahim meets Bloggers, 1 year later

Hah .. sessi penerangan la tu. Di katakan hampir 20 blogger yang hadir di rumahnya di Shah Alam. Tu semua untuk Blogger yang bagak bagak, yang hebat hebat. Yang pandai cakap omputih. Yang 'me no spik inglis' ... tak der kot. wakakak !!!

Antara yang datang adalah, A Kadir Jasin, Nuraini A. Samad, Yunus Said, Rocky Bru, Patrick Teoh, Fahmi Fadzil dan blogger yang sikit ada panas dengan Rocky bry, harismibrahim serta bla bla bla. 20 orang katanya. Mungkin jemputan berdasar kepada jumlah pelayar harian yang riban riban sehari kot.

Di khabarkan oleh A Kadir Jasin .. antara yang di ceritakan oleh MB Selangor tu termasuk lah,
1. Blog dan media baru yang lain memainkan peranan penting memberi maklum balas yang tidak ada dalam media massa arus perdana;

2. Pakatan Rakyat tidak mendapat pendedahan adil dari media massa arus perdana;

3. Pengurusan imej dan persepsi Kerajaan PR terpaksa berdepan dengan kempen media arus perdana;

4. Kerja pentadbiran mudah dilaksanakan tetapi hal ehwal politik lebih sukar ditangani;

5. Rangka kerja yang berpaksikan konsep merakyatkan ekonomi telah diwujudkan dan sedang dilaksanakan;

6. Yakin pentadbiran negeri akan menjadi lebih baik dalam masa tiga tahun akan datang ini (sebelum Pilihan Raya Umum diadakan);

7. Bertanding dalam pilihan raya kecil membebankan PKR dan PR (ketawa). Kebetulan dia baru pulang dari menemui Orang Asli di Bukit Lanjan di mana dia berjanji mempercepatkan pengeluaran hak milik tanah kepada mereka;

8. Mempertahankan kedudukan Selangor sebagai destinasi utama Pelaburan Terus Asing (FDI) yang bernilai RM11 bilion tahun lalu;

9. Mewujudkan sistem pemantauan pemberhentian pekerja dan pencarian kerja online; dan

10. Cadangan mengambil alih operasi penapisan dan penyaluran air Negeri Selangor daripada operator swasta.
nak lagi .. check sendiri di kadir jasin .. begitu juga baca rocky bru.

tapi .. ada kenyataannya yang cikit meningggi diri dah mungkin boleh dapat 'backfire' dari blogger atau media ..termasuklah,

“.....looking back, I can say I’m better than the previous MB.” dan

Tanpa provokasi daripada sesiapa, Abdul Khalid berkata kereta Proton (Perdana) “is not comfortable” (tidak selesa).

Statement tu cantik sangat ... pandai cangat la tu... wakakaka!!!
Cuma terdapat 2 laporan dari para blogger yang hadir, setakat ini.
Wakakakak !!!
Laughing_hard.gif - (10K)
moga khalid berjaya sampaikan mesej dia dalam pertemuan itu. Wakakakak !!!
betul ke tu? Wakakaka !!!

15 comments:

Anonymous said...

skuad dun batu caves, edyes blogger AMK tak di panggil ke?

Anonymous said...

hei, toksah la mencari kesalahan dalam ayat orang lain.
kalau Obama cakap die better than the previous president (bush), orang stuju kan.... khalid mb yang bagus, maybe die tak pandai sangat bermain kata or dalam politik. tu yang blogger n even media suke kenakan dia.. haih... wut to do? just pray for the best from him..

radenjowo said...

perkataan melambangkan sikap. tu persepsi masyarakat. kalau seorang pemimpin tak pandai bercakap, satu pihak lagi ambil kesempatan.
tu sebab orang takut kalau mb berdepan dengan wartawan. melalut nanti.

Anonymous said...

najib baru ni dah salah jawab soal dun perak. orang dok belasah dia cukup cukup. kenapa pulak mb selangor ni kalau silap cakap, kita ambil ringan. jangan double standard.

kita bukan antiPR, tapi hati kena bersih. yang salah kena tegur, yang betul kita puji.

Pengasas said...

Salam PakRaden,
Dari satu aspek, sudi jumpa bloggers pun dah ok. Jangan tak pandang langsung. Sedangkan sumbangan bloggers tu banyak.
Kalau sorang blogger ada 10 pengunjung yg baca maklumat, dan kali kan dengan 20 bloggers, kira banyak juga tu sehari.

radenjowo said...

Salam Pengasas,

Syabas ada perubahan !
wakakak !!!

Anonymous said...

Si Jowo ni asyik hentam sinis kek Tan Sri Khalid apa hal !?

Anonymous said...

radenjowo said...

perkataan melambangkan sikap. tu persepsi masyarakat. kalau seorang pemimpin tak pandai bercakap, satu pihak lagi ambil >>kesempatan<<< Radenjowo??.

EQUILIBRIUM said...

satu yg teman tahu dr pembacaan memang khalid bukan org politik dan tidak pandai berpolitik.

karekter dia lebih kpd org business ala2 ceo hehehehe. sbb tu dari PR dia dgn media dan rakyat bunyinya agak sombong dan lain dr org politik.

teman tak tahu le karakter begini ok ke tidak utk politik. mgkin org malaysia susah mau terima kot. cuma dr segi pentadbiran mungkin khalid ada baik sikit dr khir toyo.

tapi baik khalid tu mungkin org tak berapa nak nampak sbb terlalu berbeza dr pentadbiran politik yg biasa kita lihat.

Gelombang Rakyat said...

Nampak ada 2 bijik.

We sepeak ler Inglis.

Traffic wat cam pemimpin depa, upah 50 budak, sehari klik 500,000!

Tahun depan, Khalid meet us.

Atau notopr plak ke kat Selangor..?

radenjowo said...

Anon 9.16,
?????
Radenjowo yang tak betul kena komen.

radenjowo said...

Zubli Zainordin,
wakakakak !!! pandainye !!!
Wakakak!

radenjowo said...

Anon 9.15,
wak marah sebab dia masih kekalkan orang orang UMNO pegang jawatan penting dalam anak syarikat selangor.

tak der niat nak selindung selindung.

Anonymous said...

kedua2nya betul tapi hal yg kecik macam nie..biar lahh cita senyap2 nanti jadi isu lak...yang penting kita persefahaman aku pun blogger gak
tapi tak kisahhh lahhhh..pasal bukan blogger politik wakakak

Unknown said...

Salam, teringin nak komen jgk..
Bagi la mb sgr nie peluang memerintah..baru setahun jagong... yang berpenggal2 tuu.. penggal kepala dia baru tau... jgn duk kacau .. semua org buat silapp tapi jgn duk korek2.. korek yg besar2 laa, sampaikan sevis keter pun nak korek..