P. Jasmani dan Lukisan dalam bahasa Inggeris

Hahah .. !! Ni lagi satu. Aku nak cadangkan Menteri Pendidikan yang 'bijaktaksenonoh' untuk ubah kaedah P. Jasmani dan Lukisan dalam bahasa Inggeris. Tentu ramai yang setuju.

Ini pasti tak jadi bahan politik dan tak mencederakan sesiapa, dan aku yakin,
A. Samad Said tak bising
Ungku Aziz tak celoteh
Sayuti Omar tak keriau

dan
Kontraktor tak der peluang
Kroni boleh tidur terkangkang
Hisamuddin tak di caci orang
BN tak pening nak menang
Tak perlu kementerian nak buka kursus tiap hari panggil guru datang. Tak perlu kedai buku ubah buku rujukan, tak pening cikgu nak tinggal anak bini untuk gi kursus kat hotel mewah. Polis dan FRU tak perlu tangkap dan belasah orang. Tak perlu YDP Agong arah wakil tunggu depan pagar terima memorandum. Yang penting, kerajaan tak rugi duit, kabinet tak payah buat keputusan.

Salah satu komen yang aku berminat adalah tentang Adiputra yang tak perlu bahasa Inggeris dalam Matematik. Dia nampak je formula, terus boleh belasah.

Jangan lupa belasah kat ruang komen Rocky bru.

8 comments:

Anonymous said...

Kalau nak tahu berapa orang sokong PPSMI, suruh mereka berhimpun dan tembak dengan bom asap dan air kimia. Berapa ramai berani keluar?

Anonymous said...

PPSMI adalah satu lagi projek supply komputer dan laptop ke sekolah. Fail !

guru kanan

Anonymous said...

200% SOKONG!!
PPSMI a.k.a projek
1. kroni bekalkan laptop
2. kontraktor kroni bina makmal komputer
3.kroni servis komputer
4. kroni tulis buku teks
5. kroni tauke hotel utk sediakan tempat kursus
cukuplah...
depa tu dah kaya raya!

Pakwar said...

cadangan baru! Ajar Bahasa Melayu dalam Bahasa Inggeris (PBMBI) yang pasti akan menyebabkan pelajar mahir dengan pantas

tok iskandar said...

Eloklah bulan Mac ini kita memerangi UMNO-BN dengan mendedahkan segala kelemahan,skandal,rasuah,salahguna kuasa yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin mereka.Tak lupa di manakah sumber kekayaan mereka,berapa aset yang mereka miliki dan kat bank mana mereka simpan.Kita dedahkan satu persatu.
Pegawai-pegawai kanan kerajaan dan hakim-hakim yang bersekongkol dengan UMNO-BN juga kita bongkarkan kelemahan dan skandal mereka.

Bulan Mac kira bulan panas kepada pemimpin-pemimpin UMNO yang bertanding di dalam pemilihan UMNO hujung bulan ini.Tok cadangkan beberapa nama seperti Mat Taib,Rahim Thamby Chik,Zahid Hamidi,Hishamudin,Hamid Albar,Khir Toyo,Mukhriz,Khairi dan Ismail Sabri.

Jangan lupa kat negeri pasir dua butir yang dirampas dan kini di bawah jagaan menteri pasola @ zambri.Dedahkan segala kelemahannya,sumber kewangan dan aset yang dimilikinya sampailah dia angkat bendera putih.

Rakan-rakan bloggers perlu bersatu dan bekerjasama mengumpulkan bahan-bahan bukti mendedahkan segala kekejaman dan ketidakadilan yang dilakukan oleh polis selama ini.Satu gerakan boleh dibentuk untuk mendesak Musa Hasan dan Ketua Polis KL meletakkan jawatan kerana kekejaman polis dan FRU terhadap peserta-peserta perhimpunan 100 ribu membantah PPSMI sabtu lepas.Cara yang sama yang digunakan terhadap Rashid,bekas Pengerusi SPR boleh digunakan.Desakan beliau meletakkan jawatannya berkumandang di dalam parlimen oleh MP-MP Pakatan Rakyat.

GMP atau gerakan memansuhkan PPSMI perlu diteruskan dengan siri-siri ceramah jelajah negara dan penyerahan memorandum kepada Sultan-Sultan dan Raja-Raja Melayu.

Sebagai menghargai perjuangan rakan-rakan kita yang masih ditahan di dalam lokap kerana membantah PPSMI,eloklah semua rakan-rakan blogger memaparkan gambar penangkapan seorang anggota unit amal yang dipukul dan ditahan oleh polis ketika cuba menghalang orang-ramai keluar dari Masjid Negara.Gambarnya ada disiarkan di dalam BBC News.(www.bbc.com).Berita terkini ada menyebut hanya tinggal dia seorang sahaja lagi yang ditahan di dalam lokap dan akan dibebaskan pada hari Selasa.Tidak lupa gambar-gambar mereka yang dibelasah polis dan FRU dan yang terkena gas pemedih mata.Paling penting gambar gas pemedih mata yang dilepaskan ke dalam masjid negara.Ini boleh jadi modal kempen Pilihanraya Kecil dan juga boleh dihantar kepada Amnesty International dan media-media asing seperti Al Jazeera,BBC,Gulf News,Jakarta Post dan banyak lagi.Biar satu dunia tahu sekarang Malaysia diperintah oleh sebuah kerajaan yang barbarian dan tidak menghormati undang-undang negara dan lunas-lunas demokrasi.Semalam tok baca laporan tentang demo PPSMI yang disiarkan dalam hampir kebanyakan media antarabangsa.

Rakan-rakan bloggers juga boleh sediakan satu ruang di dalam blog mereka untuk pembaca blog menghantar segala maklumat tentang kelemahan,rasuah,skandal dan salahguna kuasa pemimpin UMNO-BN dan tidak lupa juga pegawai-pegawai kanan kerajaan yang bersekongkol dengan mereka.

Pembentukan bloggers united atau kesatuan bloggers sangat penting terutama untuk berkongsi maklumat dan juga membentuk semangat setiakawan yang jitu sesama rakan bloggers.

Firol said...

Tak salah sebelum ni memang ada untuk menggunakan bi dalam KH,Pjk dan Seni...ingat² lupe arahan tu..tapi baik lupekan..HAHAHA

tok iskandar said...

Hishamudin dah kena tempias GMP(gerakan mansuhkan PPSMI).tak kena gaya berkuburlah impian sepupu Najib ni nak jadi Naib Presiden UMNO.

Ramai pemimpin UMNO tak suka dengan kelakuan menjolok mata Hishamudin yang derhaka pada arahan Pak Lah agar isu PPSMI ini diselesaikan segera.Muhyiddin sendiri sependapat dengan Pak Lah dan hari ini Rais Yatim pula bersetuju Sains dan Matematik diajar dalam Bahasa Melayu.

Dalam seminggu dua ni,tok percaya Hishamudin akan dikritik oleh pemimpin-pemimpin UMNO.Lain kali buat lagi bodoh sombong.Setahu tok Hishamudin ni nenek moyangnya berketurunan Turki.Dia sendiri tak reti cakap Turki.Cubalah fikir,kalau dah sains dan matematik diajar dalam BI,lama-kelamaan generasi akan datang tak reti berbahasa Melayu.bukannya phobia tetapi ketaksuban sebahagian pemimpin UMNO dengan PPSMI menyakitkan hati rakyat semua.

Perancis,Jerman dan Jepun tak ada masalah belajar sains dan matematik dalam bahasa ibunda mereka.tak payah jauh kat sini Thailand dan Indonesia pun tak ada masalah belajar sains dan matematik dalam BI.Di England dan AS berapa ramai yang menganggur,x ada keja dan buta huruf biarpun belajar sains dan matematik dalam BI.

Itulah UMNO.....kehendak bangsa sendiripun tak faham.Dengar lagi cakap mamak Mahathir tu.Dia sendiri tak reti cakap tamil biarpun keturunannya berasal dari India.

Bahasa jiwa bangsa.UMNO bukannya ada perjuangan nak memartabatkan bahasa sendiri.Membakulsampahkan bahasa sendiri adalah.Datuk Dr Hassan Ahmad yang mengetuai GMP bukan calang-calang orangnya.Pernah jadi ketua pengarah DBP dan bekas duta Malaysia ke UNESCO.nama-nama besar seperti sasterawan negara Datuk A.Samad Said dan Profesor Emeritus Nik Safiah karim dan lain-lain lagi.

Kalau cendekiawan dan tokoh bahasa Melayu sanggup turun ke jalan berdemo mempertahankan bahasa Melayu,maknanya masa depan bahasa Melayu semakin tergugat dan kelam.

Apa yang UMNO buat.cakap je perjuangkan nasib Melayu.buat bodo dan buat dono adalah.Kenapa tak yakin dengan bahasa sendiri.Tok tak nampak pun hari tu Pekida,Pewaris atau Perkasa turun berdemo.Mereka ni semua bukannya anak jantan.kalau dah bangga sangat dengan bahasa inggeris,korang mintaklah warganegara Australia,UK atau USA.

Kalau berani,tok nak hishamudin dedahkan segera hasil kajian PPSMI.Jangan lupa juga dedahkan berapa kos perbelanjaan untuk PPSMI.Kroni siapa yang dapat tender bekal cd,laptop,perisian,buku-buku dan macam-macam lagi.benarlah kata Profesor dr khoo kay kim,polisi pelajaran negara ditentukan oleh ahli politik dan bukannya tokoh akademik.

Isu PPSMI menjadi bukti UMNO bukanlah Melayu sebenar tetapi memelayukan bangsa Melayu.UMNO dah jadi haprak dan shit seperti buku yang dikarang sasterawan negara datuk shahnon ahmad.

generasi muda malu melihat UMNO dan malu menjadi ahli UMNO.Tok faham UMNO malu untuk memelayukan parti mereka menjadi pekembar.mana glamor nama tu.wakakakak.pinjam gelak raden jowo

Gelombang Rakyat said...

Radenjowo

Sambil asah keris dia terfikir nak implement pengajaran Inglis dalam English.

Poll pleze, siapa Menteri Kabinet yang setuju...