PPSMI: Rocky Bru cerita lagi tentang PPSMI

Semalam bernama dah laporkan kononnya rakyat malaysia setuju dengan PPSMI dengan hanya merujuk artikel rocky bru.

Hari ni Rocky cerita lagi tentang PPSMI, kali ni rujukan dia SEDIKIT adil. Dua blog yang di linkkan ada memihak dan satu lagi tidak. korang klik ..... 9-yr old on English for Math and Sci

Komen pertama dari komentor ... nampak cantik.
Anon ...
Saya pernah bekerja 12 tahun sebagai salah seorang pegawai di istana negara. Saya terperanjat dgn mutu bahasa memorandum GMP ke YDP Agung.
Bahasa yang digunakan tidak sesuai dan tidak mengikut tatacara bahasa yang betul.
Tampak biadap atau kurang manis. Ada beberapa kerat perkataan yg tidak sesuai ditulis kpd pihak istana lebih2 lagi untuk dibaca oleh YDP Agung.
Amat memalukan sekali.

Saya rasa mereka yang mengarang memorandum tersebut sepatutnya membuat semakan sebelum menghantarnya.

Bahasa Jiwa Bangsa
Nah ! sekarang time korang masukkan komen di SINI ..

Selamatkan bahasa kita. Hentikan usaha men 'TURKI' kan malaysia.

Kalau bahasa Inggeris hebat sangat, maka bodoh lah orang Jepun. Tengok betapa bodohnya orang jepun di SINI dan juga senarai kebodohan orang Jepun boleh di baca di SINI.

Jangan lupa .. belasah !

6 comments:

Anonymous said...

wak!

ni adalah satu gejalan budaya barat yang kita tak perasan telah di nobatkan.

kalau berangan la malaysia nak jadi jepun. disiplin tak ada, mudah pulak di bodohkan oleh orang politik yang ada kepentingan peribadi.

Anonymous said...

Suruh kerajaan englishkan dulu polis dan fru tu.

UMNO pun Englishnya caca marba.

dari
ahmadkamil

Anonymous said...

Teman buat penyelidikan dengan Jepun sejak tahun 2006. Teman terkejut dengan apa yang deme buat. Walaupun deme belajor dalam bahasa Jepun, rupanya deme dah jelajah satu dunia untuk memasarkan projek 'disaster management' mengikut acuan Jepun. Orang Jepun terpaksa hidup dengan risiko 'tsunami' dan gempa bumi. Deme pun buat penyelidikan. Kebanyakannya dalam bahasa Jepun. Bila perlu deme terjemah dalam bahasa omputih. Maka hebohlah omputih cari deme nak belajor 'disaster management' cara Jepun. Ngape kite tak boleh jadi macam deme? jawabnya, kita dah kene virus 'colonial' yang melahirkan sindrom rendahdiri terhadap bahasa sendiri. Katenya deme yang kene virus ni dah buat blog pro omputih. Nampaknya macam ade orang kite dah berbalik ke zaman sebelum tahun 1946.

Anonymous said...

Amat bersetuju dengan pendapat Karpal Singh yang mengesyorkan dihapuskan segera PPSMI, dan mencadangkan hanya bahasa kebangsaan sebagai bahasa ibunda untuk semua rakyat di negara ini. Syabas Karpal untuk bangsa negara.

Dr. H. H said...

Dari sudut sejarah, kita dapat lihat bagaiaman negara-negara seperti Jerman, Perancis dan Jepun menjadi maju tanpa menggunakan bahasa Inggeris. Contohnya di Jerman, seorang pakar neuropsikolinguistik iaitu Profesor Gottfried Wilhelm Leibniz (1646-1716) yang mengemukakan penemuan kajian saintifik beliau bahawa otak seseorang itu di sebelah kanan lebih mudah dan cekap menyerap apa saja ilmu jika ia dipelajari melalui bahasa pertama atau bahasa ibunda kerana jika dipelajari melalui bahasa kedua (otak sebelah kiri) ia memerlukan proses penterjemahan dan akan menjadi lambat dan kecekapannya menurun sedikit. Di atas prinsip ini juga, Jerman yang pada asalnya menggunakan bahasa Inggeris dan Perancis yang dikatakan lebih maju pada ketika itu menukar haluan kembali menggunakan bahasa Jerman untuk tujuan pembelajaran. Kesannya, negara Jerman meningkat maju berkali ganda dalam bidang sains, teknologi dan inovasi.

Anonymous said...

kanak kanak kita dah gila dengan kerajaan yang kelam kabut mencipta dasar. bila menteri bertukar, dasar pun berubah.