artikel lepas ... pantunnya dari wak,
Babi berjoget sampai bentan,dan jawapan dari anon, March 4, 2009 10:12 AM
Keldai ketawa tergeli geli,
kalau jantan katakan jantan,
jangan lupa lipstick nak beli.
Rombongan katak naik lori,
Anak katak pulak takut nak mandi
"Aku MB untuk semua" kata Zambry
Tapi takut sangat nak mengundi?
Dikentut lembu daun pun layu
Kerbau mengawan di ASTRO AWANI
aku pemuda UMNO ! kata melayu
Tapi pilihanraya, dia tak berani
Buah pinang masaknya layujawapan dari zainalabidinahmad , dia ni UMNO tok tok,
Rasanya kelat jangan di makan.
kalau gilang kuasa Melayu,
Jangan rakyat di persalahkan.
jawapan dari SangPencinta,
biar ke bentan jangan ke batam
biar ketawa jangan mengeow
wak ni! jantan betina belum khatam
dah sah semuanya awww, awww, awww
rombongan bukan sebarang rombongan
rombongan menuntut besarnya imbuhan
jangan silap, aku MB untuk semua kekayaan
Ngundi takut hilang wang pertaruhan
seronok lembu naik lori
kerbau syok terasa geli-geli
memang sah depa tak berani
sebab poket masih kurang isi
Bukan Takut Jumpa Pengundi,jawapan dari anon 11:13 AM
Tak Kuasa Layan Mantan MB,
Nik Aziz Takut Pengundi Rugi,
Nizar Dikencing Puak Sendiri.
Nizar Demam Menjadi-Jadi,
Kadok Melopong Nampak Gigi,
Melayu Berguling Lupa Diri,
Nak Daulatkan Orang Hinakan Diri.
bukan takut, emm kecut boleh jadijawapan dari anon 11:58 AM,
cakap bolehlah sesedap hati
kalau nak tahu penangan pengundi
bubar je DUN rasa lah sendiri
Demam kerana Perak apa dah jadi
Undang-undang dah dibawah tapak kaki
berguling bukan lupa diri
mempertahankan hak rakyat dibumi sendiri
sedih sungguh itu negeri
speaker jadi boy penangan si nazri
jangan berkokok la disiang hari
tau lah bakal menantu 3 sekali
No comments:
Post a Comment