Rombongan katak naik lori

Kalau dulu UMNO cukup yakin dengan pilihanraya. Tapi selepas tektik bodoh SPR, Pakatan Rakyat dah tahu, maka BN sekarang sudah kalut bila sebut pasal pilihanraya. Permatang Pauh dah jatuh, Terengganu dah termanggu. Kali ni nak kalah lagi?
Tapi kenapa ye?

1. Isu Karpal singh, kaum Singh dah marah.
2. Isu Kugan, Hindraf dan MIC, kaum India dah bengang.
3. Isu Sultan dan istana, melayu dah tak nak di bodohkan.
4. Isu Tanah di Perak, Cina dah tak mau pandang.
5. Samseng tak cukup ahli nak ugut pengundi. wakakak !!!

Semua bangsa dah tolak UMNO. MCA, MIC pun tak yakin lagi.

Kalau Kuala Terengganu polis belanja RM15 juta
Berapa agaknya polis belanja kalau satu negeri pilihanraya?
Sama dengan kos belanja beli kapal selam?Wakakak !!!

Mari kita berpantun .. ciri ciri kemelayuan aku masih ada, walaupun aku peranakan JAWA dan MONGOLIA.

Babi berjoget sampai bentan,
Keldai ketawa tergeli geli,
kalau jantan katakan jantan,
jangan lupa lipstick nak beli.

Rombongan katak naik lori,
Anak katak pulak takut nak mandi
"Aku MB untuk semua" kata Zambry
Tapi takut sangat nak mengundi?

Dikentut lembu daun pun layu
Kerbau mengawan di ASTRO AWANI
aku pemuda UMNO ! kata melayu
Tapi pilihanraya, dia tak berani

Jawab jawab !!! Wakakak !!!

8 comments:

Anonymous said...

Kah kah kah
Babi tu bersunat ke wak
Bentan tu?

Anonymous said...

alahai.... haha UMNO phobia pilihanraya...

Anonymous said...

Bro..

Buah pinang masaknya layu
Rasanya kelat jangan di makan.
kalau gilang kuasa Melayu,
Jangan rakyat di persalahkan.

(Umno korup harus bertangungjawab)

Anonymous said...

wakakaka ni jawabnya ye

biar ke bentan jangan ke batam
biar ketawa jangan mengeow
wak ni! jantan betina belum khatam
dah sah semuanya awww, awww, awww

rombongan bukan sebarang rombongan
rombongan menuntut besarnya imbuhan
jangan silap, aku MB untuk semua kekayaan
Ngundi takut hilang wang pertaruhan

seronok lembu naik lori
kerbau syok terasa geli-geli
memang sah depa tak berani
sebab poket masih kurang isi

wakakaka jual wak jangan tak jual

Anonymous said...

Bukan Takut Jumpa Pengundi,
Tak Kuasa Layan Mantan MB,
Nik Aziz Takut Pengundi Rugi,
Nizar Dikencing Puak Sendiri.

Nizar Demam Menjadi-Jadi,
Kadok Melopong Nampak Gigi,
Melayu Berguling Lupa Diri,
Nak Daulatkan Orang Hinakan Diri.

Anonymous said...

bukan takut, emm kecut boleh jadi
cakap bolehlah sesedap hati
kalau nak tahu penangan pengundi
bubar je DUN rasa lah sendiri


Demam kerana Perak apa dah jadi
Undang-undang dah dibawah tapak kaki
berguling bukan lupa diri
mempertahankan hak rakyat dibumi sendiri

Anonymous said...

wak... tolong bagitau kat shoutbox tu... kalau ikut info prof uia tu cuma assistant prof je, bawah dari prof madya dan prof sebenar.

Anonymous said...

wakakaka syoik gak berpantun ni

sedih sungguh itu negeri
speaker jadi boy penangan si nazri
jangan berkokok la disiang hari
tau lah bakal menantu 3 sekali


wak jawab wak