Terkini !!! menurut Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman yang berada di lokasi berhampiran Istana Negara memaklumkan bahawa Sasterawan Negara A. Samad Said ditangkap oleh pihak polis di depan pintu istana. - harakah
3.29 pm
Pihak FRU memberi amaran melalui pembesar suara melarang orang ramai masuk ke kawasan masjid dan di arah meninggalkan masjid.
laporan dari tukar tiub -
Pihak polis sedang bercakap melalui alat pembesar suara memaksa warga yang berada didalam Masjid Negara agar meninggalkan masjid.
Pihak polis sedang melarang warga dari datang ke masjid.
Pihak polis meminta para demonsran meninggalkan kawan Masjid Negara.
3.28 pm
Blogger Mat Comot yang berada di dalam masjid telah terkena gas pemedih mata. Ramai yang menjerit jerit ke arah Polis dan FRU yang berada di luar pagar. Dalam masjid pun tak selamat lagi.
3.23 pm
Sebuah kenderaan polis pecah cermin. Peserta sudah masuk kedalam kawasan masjid tetapi mereka terus di serang. Tembakan gas pemedih mata hampir 20 di lepaskan dan air kimia turut di tembak sama. Ramai mencari tempat perlindungan.
3.21 pm
Kumpulan PKPIM yang bertahan di Kampong Atap dengan KERANDA 152 telah mula berundur
ke Masjid Negara.
KERANDA 152 - adalah simbol perjuangan Bahasa Melayu. Angka 152 adalah fasal Bahasa Melayu di dalam Perlembagaan Malaysia. - tukar tiub
3.19 pm
DI laporkan satu tembakan pemedih mata masuk ke kawasan masjid. Laporan terperinci sedang di nanti.
3.17 pm
Ustaz Riduan Mohd Nor mengajak orang ramai untuk kembali semula ke Masjid Negara memandangkan pihak polis masih bertalu melepaskan gas pemedih mata.
Sasterawan Negara, Dato' A Samad Said kelihatan berada di pintu pagar Istana Negara. - laporan harakah
3.09 pmlaporan dari tukartiub
Mata mata dan FRU sedang mengepong Masjid Negara. Para demonstran yang ingin mengundur dan berkumpul kembali ke Masjid Negara sedang di serang dengan gas pemedih mata dan tembakan meriam kimia.
1 comment:
saya dah kena tembak td kat kg atap...
kami yg berkumpul atas bukit bertentangan istana di tembak gas pemedih mata lbh kurang 20 das... skang sy blk rumah rehat jap n mungkin akan g kat masjid negara dlm 10 mnt lg....
Post a Comment