blogger berada di luar. menantikan perkembangan selanjutnya. wartawan juga turut menyibukkan diri mengambil gambar.
4.02 pm
Tadi .. !
Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaffar dan Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli dihalang pihak polis daripada bergerak ke Istana Negara.
Sekarang kamaruddin jaafar sudah berada di dalam masjid. Begitu juga Mat sabu dan lain lain.
3.57 pm
orang ramai masih di kepung di dalam masjid. pintu pintu masuk ke masjid di kawal oleh polis.
di laporkan satu ceramah akan di adakan tidak lama lagi.
3.50 pm
Satu gerombolan polis telah menceroboh masuk ke dalam masjid. Mereka telah di kepong oleh orang ramai.
Akhirnya mereka mengundur.
Orang ramai bersorak gembira. - laporan tukar tiub
3.47 pm
laporan malaysiakini
Difahamkan seorang lelaki ditahan polis depan istana. Butiran lanjut belum diperolehi.
Penasihat Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP), yang menganjurkan perhimpunan itu, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan pengerusinya Datuk Dr Hassan Ahmad menyerahkan memorandum anti-PPSMI kepada penolong Datuk Paduka Maharajalela, Azuan Effendy Zairakithnaini di pintu masuk utama Istana Negara kira-kira jam 2.50 petang.
3.43 pm
keadaan kembali tenang. kedua dua pihak sedang cuba bernafas dan menghisap rokok ..
Sedang menanti perkembangan selanjutnya.
3.40 pm
Laporan dari malaysiainsider
Riot police have fired tear gas at hundreds of people who tried to march to Istana Negara to protest the use of English to teach maths and science.
The demonstrators wanted to submit a petition to the Yang di-Pertuan Agong today to demand that Bahasa Malaysia be reinstated in schools for the two subjects.
Some school teachers and linguists from the ethnic Malay majority have complained that a six-year-old policy of using English undermines efforts to modernise their mother tongue and to develop a scientific lexicon in Malay.
The government began a review to evaluate the success of the policy last year.3.34 pm
Laporan dari harakah
Menurut beliau, kawasan sekitar Istana Negara kelihatan 'memutih' kerana lebih 100,000 orang ramai masih bertahan sungguhpun terasa bahang gas pemedih mata yang dilancarkan oleh FRU.
"Saya sudah tak nampak kawasan sekitar, mata sangat pedih kena tembakan gas...saya akan maklumkan kemudian," katanya singkat ketika menghubungi Harakahdaily sebentar tadi.
No comments:
Post a Comment