Terkini ! Demo PPSMI SELESAI ! - 4.12 pm


4.12 pm
Ucapan pendek telah selesai, semua sudah bersurai. Polis juga sudah pulang ke kubu masing masing. Memorandum berjaya di sampaikan. tapi rakyat tidak dapat bersama menghantar.
sekarang sessi bergambar dengan kawan kawan di perkarangan masjid.

Terima kaseh kepada semua yang memberi laporan dari tempat kejadian, terutama Mat Comot, Topeng Perak dan terima kaseh kepada blogger hisam rais kerana memberikan laporan untuk di cilok di dalam blognya.

4.06 pm
Pak Samad Janggut atau A. Samad Said atau Mat Bunga Bangsar Utama baru sajaha masuk ke perkarangan Masjid Negara.

Beliau yang berumur 72 tahun kelihatan masih bersedia untuk bertempur.

ramai anak anak muda mengelilingi Pak Samad ketika Pak Samad manaiki tangga ke Masjid Negara.
- laporan dari tukartiub

No comments: