BN mohon halang sidang tapi dewan sudah berkunci

IPOH: Kerajaan Barisan Nasional (BN) Perak hari ini memfailkan injunksi di Mahkamah Tinggi Ipoh untuk menghalang Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar, daripada mengadakan sidang tergempar esok.

Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, berkata sidang tergempar itu tidak sah kerana tidak mendapat perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Zambry berkata, beliau dan enam Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN lain juga memfailkan satu saman pemula meminta perisytiharan, antaranya bahawa keputusan Speaker menggantung dan melarang mereka hadir pada sidang DUN selama masing-masing 18 dan 12 bulan adalah menyalahi Undang-undang Tubuh Negeri Perak, terbatal dan tidak sah. [read more]
Apa ni yob ! ... mahkamah belum buat keputusan, surat larangan masuk dewan dah kuar ... wakakak !!!
Apa najib kata ... apa apa pun tunggu mahkamah. Telan ludah ke yob !!! Wakakaka !!!

2 comments:

Anonymous said...

Zamberi akan mendapat bantuan askar Queen untuk mengawal dewan sidang.
Dijemput sekelian rakyat Perak turun ke Ipoh esok untuk bergambar dengan askar Queen yang pakai rambut sarang tebuannya buat kenangan.
Tak payah susah2 nak pergi London.

Anonymous said...

DUN Perak bubar esok.
Pak Lah kekal PM selepas Mac ini.
alasan....
Menghadapi P/raya Negeri Perak.

x caya??
Tanya Pak Lah