Tu dia ! RM 2 billion terbang

Projek RM2 billion secara runding terus
KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan menggunakan khidmat Syarikat Target Resources Sdn Bhd untuk aspek pengurusan penyelamatan kapal selam atau "Submarine Escape and Rescue" (SMER) kerana ia tiada kepakaran dan pengalaman dalam bidang itu, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata perkhidmatan itu diperolehi secara rundingan terus dan diberikan kepada syarikat itu.

"Kementerian berpendapat dengan cara itu TLDM dan Kementerian boleh mengetahui aspek teknikal yang berkaitan dan mendapatkan perkhidmatan terbaik," katanya semasa menggulung usul terima kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat di sini, Isnin.

Katanya, perkhidmatan itu penting memandangkan kapal selam pertama akan mula beroperasi pada Julai 2009.

Beliau berkata pada 25 Ogos 2008, Kementerian Pertahanan mendapat kelulusan Kementerian Kewangan bagi melaksanakan rundingan terus itu dengan kos sebanyak RM8.2 juta sebulan selama 20 tahun atau RM98.4 juta setahun. [read more]

1 comment:

Anonymous said...

What is the credibility and capability of Target Resources that qualify the direct nego with Defence Ministry for the Submarine. Any track record of the said work?.
Another blatant lie and bluff of the Abu Seman who himself is clueless.