Kes Kugan: 11 anggota polis dipindah ke ibupejabat

kugan ananthan funeral 230109[...] Menurut akhbar New Straits Times, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, kesemua mereka kini ditempatkan melakukan kerja-kerja pejabat di ibupejabat polis kontinjen di Petaling Jaya.

"Mereka dipindahkan untuk mempercepatkan siasatan. Kita menjangka ia dapat disiapkan dalam masa tiga hari.

"Pihak poli masih merakam dan mengumpul kenyataan. Sebaik sahaja siasatan siap, kami akan memutuskan tindakan selanjutnya," katanya.

Semalam, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mengklasifikasikan kematian pemuda berusia 22 tahun itu sebagai kes bunuh.

Sementara itu, Bernama melaporkan, pasukan siasatan khas Bukit Aman telah mula merekod keterangan anggota polis yang bertugas ketika A. Kugan mati semasa dalam tahanan polis.[read more]
Bukan nak tahan, tapi di pindahkan. Untung jadi polis. Tuduhan kes bunuh pun masih boleh kerja.

2 comments:

ISA said...

Dalam siri Gerak Khas, aku tengok sesi soal siasat. Polis hanya tumbuk meja je.... punyalah bagus...

Anonymous said...

Polis pun x betul, mcm mana rakyat nak pecaya?