Tajol terbayang letak jawatan

SITIAWAN 27 Jan. - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali membayangkan beliau mungkin akan melepaskan jawatannya itu dalam masa terdekat.

Tindakan tersebut, katanya, selaras dengan perkembangan politik semasa di peringkat Pusat dan negeri-negeri lain.

"Parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) seperti Gerakan dan MCA sudah mempunyai kepimpinan baru.

"Tidak mustahil UMNO juga akan membuat perubahan secara positif bagi memastikan parti terus kukuh," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran MCA Perak di sini, hari ini. [read more]

Tak main la bayang bayang .... nak letak, letak je la .... wakakakak

1 comment:

Anonymous said...

Dulu pernah kata nak letak jawatan, kononnye nak test kehebatan Pakatan Rakyat. Sampai skrang masih No Action.