BN ingat boleh buat ikut suka 'bapa' dia

[...] Fuziah memberi contoh kes seorang Orang Kurang Upaya (OKU) daripada Kuantan yang telah dinasihatkan oleh pegawai kementerian untuk mendapatkan tandatangan surat sokongan dan permohonan daripada seoarang wakil rakyat BN berbanding beliau sendiri selaku Ahli Parlimen Kuantan.

Katanya, pegawai tersebut mengherdik dan memberitahu sekalipun 1,000 surat yang ditandatangani oleh wakil rakyat Pakatan Rakyat yang diserahkan kepada Kementerian, ianya tidak akan dilayan sama sekali.

"Ini bukan insiden pertama, sudah banyak aduan diterima. Ianya berlaku di mana-mana. Saya minta Menteri jawab dan jangan ada lagi 'denial syndrome' (menafikan).

"Minta maaf cakaplah...BN ingat boleh buat ikut suka 'bapa' dia," katanya berang dan disambut sorakan ahli parlimen BN yang tidak puas hati dengan ayat sinisnya itu.

Beliau berkata demikian, ketika bangkit membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, di Dewan Rakyat jam 12.30 tengah hari tadi. [read more]
Duit tu pun mungkin duit bapak dia kot? Wakakakak !!!

No comments: