RM107. 4 juta untuk kapal perang umur 25 tahun. Wakakak !!!

Dewan Rakyat hari ini diberitahu bahawa Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) iaitu KD Sri Inderapura merupakan sebuah kapal perang 'second-hand' milik Amerika Syarikat yang telah diguna selama 25 tahun oleh negara tersebut.

Dato' Wira Abu Seman Yusop (BN-Masjid Tanah) memberitahu bahawa kapal tersebut telah digunakan oleh TLDM semenjak 16 Disember 1994 dengan harga pembelian berjumlah RM53 juta.

"Kos membaik pulih pula berjumlah RM54.4 juta yang dilakukan di Limbungan di Johor pada 2 Februari 2000," katanya ketika menjawab soalan Ustaz Nasharudin Mat Isa (PAS-Bachok) pagi tadi di Dewan Rakyat.

Sebelum mengungkap soalan tambahan Ustaz Nasharudin juga memberitahu bahawa kapal yang siap dibina pada 7 Februari 1970 di National Steel & Ship Buliding di San Diego, California dilancarkan pada 7 November 1970 atas nama USS Button Buck County LST 1192 dan dibeli oleh Kementerian Pertahanan di bawah satu program dikenali sebagai' Security Assistant Program' [read more].
Wakakaka !!! kalau singapore atau Amerika serang malaysia, kita kibarkan bendera putih je la .. wakakakak !!! Bodoh punya kerajaan. Kerajaan BN ni tak abis abis buat lawak.

No comments: