BN Perak akan jilat air ludah
Masa Kerajaan Terengganu beli Merz E class untuk EXCO satu, satu Malaysia bising. Bila dah kecoh sangat, Orang PAS, DAP, UMNO dan BN pun bising sama. Weyyy !!! Nape tak beli Proton. Patriotik la sikit.
Adoiii sakit telinga dan Mat Said bagi alasan, kos maintenance nya tinggi. Memang betul. Aku dah pakai Proton Perdana. Aku dah rasa dan memang Proton ni maintenance nya tinggi. Aku Setuju, tapi beli Merz tu melampau sangat. Mat Said pun tunjuk la bukti. Jadual dan Kos Maintenance Proton Perdana masa zaman Derih Jusoh. Amboiii ..... mahalnya.
"Hello BPR .. tolong cover sikit" ... " OK BOSSS !!!" Dan BPR pun datang la jumpa semua semua EXCO. Seminggu, dua minggu, Berita yang kuar, tajuknya, "EXCO TERENGGANU DI PANGGIL BPR" .... Phuh Gempar !!! Lepas tu, "Syarikat Selenggara Proton EXCO di panggil BPR !!!" Phuh kecoh ... !!!
Sekarang dah senyap ... Shhhhhhhh !!! Cakap bisik-bisik ... "Diam .. orang dah diam, jangan bising bising." Wakakakak !!! BPR pandai buat lawak bodoh. Tapi kita dah agak pun ....
Idris Jusoh sekarang jalan lenggang kangkong. Kes selesai .. boleh masuk syurga kalau mati nanti.
Tapi Merz yang Mat Said beli tu tak boleh pakai. PM kata kereta tu untuk guna di majlis resmi. Kalau ada pelawat datang, diorang nak gunakan Merz. Angkut Pelawat naik keta mewah. Kalau tak der pelawat, .. .letak dalam garage. Sekarang diorang terus pakai Proton. Ntah ye ... ntah tidak, aku tak tau. Kalau di Terengganu diorang pakai Merz pun, Orang Johor tak tau, orang Melaka tak tau, Orang Kelantan pun tak tau. Lantok demo la.
Bila Kerajaan Perak beli Camry, UMNO pulak bising. Biasa la. Macam macam cerita. Elehhh ... kalau nak banding dengan kereta Merz tu, memang jauh beza. Dari segi status dan harganya. Tapi di Perak, BN jadi Pembangkang. Maka biasa la. Soal tayar pun boleh kecoh satu Malaysia. PAS buat derk .. dah memang kenyataan Kereta perlu di tukar dan tanggungan kos repair Proton tinggi. Tak caya tanya Mat Said.
Sekarang, Kerajaan BN dah rampas Perak cara haram. Wakakak !!! Ajak pilihanraya, BN tak berani. Di sungkit sana, di sungkit sini, maka BN pun jadi kerajaan. Kalau ikut istilah BN, Haram itu indah. Isu nya di situ, tapi fokus di tukar, kononnya PR derhaka pada Sultan. Wakakak !! Sejak bila pulak UMNO respect kat Sultan. Tak ke pelik nama nya tu.
Derhaka UMNO dan PAS jauh bezanya. Sampai sekarang pemimpin PR tidak kata buruk buruk pasal Sultan. Diorang je buat kecoh. Perhimpunan pun tak pakai 'banner' kutuk Sultan. Rasanya Sultan pun tahu. Perhimpunan yang UMNO buat, cuma nak larikan fokus supaya rakyat salahkan Pakatan Rakyat, terutama DS Nizar. Tapi NS Nizar tak nak saman SUltan.
UMNO tak kira, diorang buat juga perhimpunan. Pada UMNO, lama lama orang akan percaya. Bila saman Raja, dikatakan derhaka. Bila Standard Chartered Saman Raja .. UMNO buat buat tak tau. Kalau tanya diorang, mereka kata .. "I dont know"... wakakakak !!!
Bila PR di paksa letak jawatan. EXCO pun bertukar. Semua kemudahan diorang tarik balik. Rumah, Kereta, Elaun dan semua yang patut di terima oleh EXCO dan MB di suruh pulangkan. Caranya ganas. Ada la pulak, sorang samseng kat SUK Perak jerit jerit macam kena polong. Alaaaaa .. perangai cam tu biasala. Orang UMNO la katakan. Keras kedeking. Wakakak !!
Tak per .. sekarang Camry dah jadi satu gurauan. Orang UMNO kata .. "Hoi ... beli Camry second hand. harga murah, kereta baru, boleh hubungi MB Perak." Wakakakak !!! Diorang pun ketawa. AKu pun ikut ketawa, tapi aku nak tengok, EXCO perak haram tu nak buat apa dengan Camry yang dah ada.
Kalau di Terengganu, Merz yang di bantah dulu dah jadi kereta resmi, macamaana pulak dengan kereta Camry ni? Nak jadikan kereta resmi jugak ke? Wakakak !!!
Walaupun diorang boleh bagi alasan bahawa, Camry tu, Kerajaan PKR yang beli, tapi diorang pun boleh beli Proton Perdana sebagai ganti. Dan Camry boleh di gunakan untuk kenderaan resmi untuk sambut tetamu datang.
Aku dapat rasakan yang Kerajaan UMNO Haram di perak dah mula cari cari di lantai, kalau ada air ludah mereka dulu.
"Nak buat ape bang?" Bini tanya. "Tak der yang ... abang cari bekas air ludah abang dulu", kata YB. Tanya bini, "Nak buat apa bang?" Jawab YB ..... "Abang nak jilat." Wakakakak !!!
Kalau YB UMNO dan BN tak nak jilat air ludah, sekarang ni aku sarankan Salesman Proton Edar dah boleh rapat rapat dengan kerajaan HARAM perak. Diorang tentu nak beli kereta Proton Perdana.
Kalau UMNO boleh tunjukkan taatnya pada Sultan, apalah salahnya YB BN guna semula Proton Perdana. Sekurang kurangnya nilai Patriotik dalam diri pun boleh jadi semakin menebal. Bukan ke gitu YB Jelapang?
JOM kita tengok kan lawak ni ... wakakakak !!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
wak,
artikel pasal bapak tajoi rosli pun penah buat mcm nizar kat sultan derih tu menarik betul lah.
teman memg mcm penah dgr ghazali jawi ni dulu ada maalah dgn ultan derih. tapi tak sangka pulak dia pun tak nak turun bila ultan derih tak suka dia lg.
patot le tajoi rosli enyap je muahahaha
Gua tak luli chikalau talak Kemlee kasi, gua kuar palik. Itu jer gua hentak, Kemlee!!!
Post a Comment