Perkembangan di Kuala Kangsar

3.22 ptg
Kelihatan sejumlah orang baring di atas jalan menuju istana untuk menghalang sesiapa ke arah istana.
Sekejap tadi polis berjaya menyuraikan kumpulan 300 orang tadi. - laporan Mkini

3.18 ptg
Orang ramai seperti di sekat di dalam masjid. Mereka di kepung. Mereka yang masuk ke dalam masjid mengucapkan syukur alhamdulillah. MB gelap sudah tiba di depan masjid dan sedang cuba untuk lepas dari sekatan.

3.15 ptg
Raja Nazrin baru dapat melepasi sekatan rakyat yang berada di depan masjid. Kelihatan masih ramai yang berkumpul dan menghalang lalu lintas. Kelihatan kenderaan dif dif kehormat masih lagi di sekat. Keadaan di sana, mendung dan berangin. Gas Pemedih mata sudah merebak di bawa angin sekitar 1 kilometer jauhnya.

Anil netto beransur pulih. seorang wanita sudah memberikan segengam garam untuk di makan bagi menghilangkan kesan gas.

3.10 ptg
Pintu belakang masjid telah di buka. Kelihatan mereka yang cedera akibat gas pemedih mata di bawa masuk. Kelihatan juga Anilnetto turut berada bersama. Anil berada di bahagian tempat wanita sembahyang. Di rehatkan. Kelihatan kira kira 40 wanita sedang bersembahyang di sana.

3.07 ptg
FRU sekarang sedang mengejar orang ramai sehingga masuk ke kawasan masjid. Berpuluh puluh gas pemedih mata telah pun di lepaskan. Anilnetto .. blogger yang membuat lapuran di laporkan turut terkena.

Kelihatan orang ramai sudah mula membaling objek seperti kayu ke arah polis FRU.

3.04 ptg
Di laporakan Raja Nazrin baru sampai di hadapan laluan ke masjid dan laluan masih lagi sesak dengan rakyat yang cuba menghalang mereka terus ke istana. Siren polis kedengaran di sana sini. Laungan rakyat "Allahuakbar !!!" masih lagi kedengaran.

3.01 ptg
Di beritahun Raja Di Hilir telah tiba di tempat kejadian.
Gas pemedih mata terus di lepaskan. Orang ramai kelihatan cedera. Gas di lepaskan di luar dan di dalam masjid.
5 buah truck FRU telah berjaya melepasi bentang orang ramai dan menuju ke istana. Beberapa buah kenderaan yang sepatutnya pergi ke istana telah di sekat.
Di hadapan Masjid terdapat sebuah sekolah dan kanak kanak sekolah turut terkena gas tersebut.

2.56 ptg
Sebelum ini Najib dan Hisammuddin menjangkan beberapa buah negeri lagi akan jatuh ke tangan BN dengan cara yang sama. Melompat parti.
Lapuran di perolehi beberapa orang yang di maksudkan adalah
7 dari kedah, 12 dari penang dan 6 dari Selangor. Waspada !!!

2.53 ptg
Tembakan gas pemedih mata di lepaskan. Orang ramai berlari ke arah dalam masjid. Ketika ini kira kira 8 tembakan gas telah di lepaskan. Sementara itu, sebahagian lagi orang ramai terus berarak ke Istana Sultan.

2.50 ptg
Dilapurkan Lori FRU lebih dari 10 buah. mereka terus menghalang FRU dari melalui jalan tersebut yang menghala ke istana. Mereka terus duduk. Polis memberi amaran melalui pembesar suara tapi penyokong PR menjerit ke arah mereka semula.

2.46 ptg
Kira kira 2000 orang penyokong Pakatan Rakyat duduk di tengah jalan berhadapan dengan FRU. dan mereka menghalang jalan menuju ke istana.

2.15 ptg
6,000 orang berkumpul di luar Masjid Masjid Ubudiah selepas solat Jumaat bersedia untuk berarak ke Istana Sultan. FRU sudah bersedia sejak awal lagi. Selepas waktu Solat, mereka berkumpul diluar dan laungan Allahuakbar !! mula bergema.

Tidak lama kemudian, mereka mula keluar dan berhadapan dengan FRU. Laungan Hancur hancur hancur UMNO !! Hidup, hidup, hidup Rakyat turut berkumandang.

500 orang bergerak berasingan di hadapan bergerak untuk bertemu Sultan.

Gas pemedih mata di lepaskan. Perarakan masih berterusan dan rombongan merempuh benteng FRU. pada jam 2.39 ptg.

Sebahagian dari penyokong menyekat FRU di jalan berhadapan masjid dan sebahagian lagi mengepung jalan.

Kelihatan wanita yang pengsan terkena gas pemedih mata.

4 comments:

Anonymous said...

BALING BATU JE KAT POLIS BIAR MAMPOS! BABI SIAL PUNYA POLIS, LAHANAT, MASUK NERAKA LAGI BAIK, AKU ISHTIHAR PERANG!!! PADA POLIS!!! TEMBAK!!! SEMUA POLIS!!!!

Anonymous said...

BAGUSNYA ORANG MELAYU ISLAM...INILAH YANG DIAJAR OLEH ISLAM AGAKNYA...BANGSA LAIN TEPUK TANGAN...GADUH LAH MELAYU SESAMA SENDIRI..PASNI BOLEH KAMI PERINTAH PULAK...KAMI MENANGGUK DI AIR KEROH....TERUSKAN ORANG MELAYU...TERUSKAN ORANG MELAYU PKR....MUDAH2 MUDAHAN SESAMA KITA DAPAT BERGADUH..BARU BEST JADI MACAM PALESTIN....

BANGSAT PUNYER MELAYU PAS N PKR TERMASUK LAH UMNO

Anonymous said...

Boleh senang duduk ke MB BN nanti... tunggu hati rakyat jangan diusik bila diusik... tunggu

DMP KEDAH said...

Tk dengan laporan, berita terkini yang kami ikuti & copy tanpa sempat minta izin lebih awal, kami bersama kalian semua.