Sejarah Mahathir melucutkan kuasa Raja

Penyampai : DATO’ SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
Tajuk : SEMASA MEMBENTANGKAN RANG UNDANG-UNDANG AKTA PERLEMBAGAAN (PINDAAN) 1993
Lokasi : DEWAN RAKYAT, KUALA LUMPUR
Tarikh : 18-01-1993
--------------------------------------------------------
Tuan Yang di-Pertua, Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-Undang bernama Suatu Akta untuk meminda Perlembagaan dibacakan kali yang kedua sekarang.Tuan Yang di-Pertua, Izinkan saya memperkenal dan mengulas Akta yang telah saya sebutkan tadi.

2. Ketika negara menuntut kemerdekaan, pemimpin-pemimpin negara yang telah mendapat kemenangan besar dan sokongan padu dalam Pilihanraya Umum tahun 1955 telah membuat pilihan supaya sistem pemerintahan di negara ini ialah sistem Demokrasi Berparlimen atau `Parliamentary Democracy` dan Raja Berperlembagaan atau `Constitutional Monarchy`.

3. Sistem ini dipilih kerana semasa negeri-negeri Melayu diperintah melalui sistem feudal dengan kuasa di tangan Raja, negeri-negeri Melayu adalah begitu lemah dan pentadbirannya berada dalam keadaan kucar-kacir. Negeri- negeri ini tidak dapat menentukan keamanan dan menguatkuasakan undang-undang. Akibatnya negeri-negeri ini terpaksa meletakkan diri di bawah naungan kuasa-kuasa asing seperti Cina, Siam dan Barat. Akhirnya semua negeri Melayu ditakluki oleh British dan diperintah sebagai tanah jajahan British melalui perjanjian di antara Raja-Raja yang memerintah dengan pihak Kerajaan British. [read more]

3 comments:

tok iskandar said...

Tok pun baru balik daripada bertapa di Gunung Ledang.Pikirkan formula macamana nak runtuhkan negeri UMNO paling kuat di dunia tak lain tak bukan negeri Johor.

Time turun dari gunung tadi sempat juga tok baca paper NST,antara tajuk yang sempat tok baca sepintas lalu Sultan Selangor sedih dengan krisis politik yang berlaku di Perak mutakhir ini.

Baginda sedih kerana pak sedaranya,Sultan Azlan menerima tentangan hebat daripada rakyat jelatanya sendiri setelah menitahkan kepada Nizar letak jawatan sebagai MB Perak.

Tok tak nak komen tentang kenyataan rasmi Sultan Selangor itu,cuma tok nak bagitahu semua dalang sebenar di belakang tabir mengheret Raja-Raja Melayu ke dlama situasi yang menyulitkan kita semua ialah UMNO.Memang Tok confirm dan yakin benar.

Sudah lama UMNO menyusahkan Raja-Raja Melayu dan sudah tiba masanya kita kaum Melayu membebaskan mereka semua daripada belenggu UMNO.

Satu Malaya tahu Mat Taib@Mat Tyson,bekas MB Selangor larikan Ku Yah(adik Sultan Selangor sekarang) ke Siam dan berkahwin di sana.Punyalah samseng Ketua Penerangan UMNO sekarang,tak lain tak bukan Mat Tyson.Tok heran kenapa Sultan Selangor tak tarik balik pingat kebesarannya dan usir keluar Mat Tyson dari Selangor.Melarikan adik Sultan dah kira tahap derhaka paling teratas dan sukar dimaafkan.

Anuar Musa ketika jadi timbalan pengerusi perhubungan UMNO Kelantan pernah menabalkan sendiri sepupu Sultan Kelantan sebagai Sultan Kelantan sedangkan Sultan Kelantan masih lagi bersemayam di istana.Inipun kira derhaka jugak.

Di Terengganu,penyokong Idris Jusoh berang dan melakukan demo yang terpapar kami mahukan Deris,natang(binatang).Kata-kata kesat itu ditujukan kepada penghulu Raja-Raja Melayu tak lain dan tak bukan Sultan Mizan yang juga Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.Bukankah ini juga derhaka kelas yang tertinggi.

Di Perlis,Shahidan Kasim enggan hadir ke majlis mengangkat sumpah MB Perlis yang baru juga boleh dikatakan derhaka dan boleh dibuang negeri.

Paling kesian mantan Yam Tuan Negeri Sembilan.Allahyarham Tuanku Jaafar yang disaman bank Standard Chartered sebanyak RM1 juta.Ini boleh dianggap derhaka dan UMNO tidak berbuat apa-apa untuk membant Allahyarham Tuanku Jaafar.Tok nak peringatkan orang Melayu semua jangan simpan duit kat bank penderhaka ini.biar terlingkup habis bank ini.

Sekarang Raja-raja Melayu dikelilingi oleh pengkhianat Melayu dan penderhaka Melayu yang duduk dalam pertubuhan spastik bernama UMNO.

Bila masa korang bela Melayu.Tengok Singapura dan Pulau Batu Putih yang dah tergadai dan jadi hak milik kekal kepada Singapura.Wilayah Pembangunan Iskandar di Johor juga akan berdepan dengan situasi yang serupa.Kg Baru di Kuala Lumpur juga sedang menunggu masa untuk dirampas kerajaan pusat UMNO-BN.Banyak lagi bukti UMNO rampas tanah Melayu untuk buat duit dan tok mintak bantuan rakan-rakan bloggers semua tambahkan mana-mana yang kurang di sini.

Jasa mantan presiden UMNO,mamak Mahathirlah yang menghilangkan kekebalan Raja-Raja Melayu dan bukannya Pakatan Rakyat.Ketika itu madia totok UMNO menghina raja-Raja Melayu.Bukan menderhakakah itu wahai orang-orang UMNO yang telah menjadi baghal dalam politik negara.

Eloklah pemimpin Pakatan Rakyat bawak semua kes ini ke mahkamah biar semua rakyat tahu UMNOlah yang menderhaka selama ini.

tok iskandar said...

Ketika Tok bertapa di gunung Ledang tok ada memikirkan sebab musababnya 3 DUN Pakatan Rakyat melompat parti.

Tindakan Jamaluddin dan Osman memang sudah dijangkakan kerana berdepan dengan tindakan mahkamah setelah menghadapi tuduhan rasuah.
ADUN Behrang dan ADUN Changkat Jering mana ada telur nak masuk penjara.Baik hidup senang sampai anak cucu dengan melakukan lompatan katak.

Cuma Tok memikirkan mengapa UMNO hanya menarik Hee Yit Fong,ADUN Jelapang bersama-sama kedua-dua ADUN PKR untuk membentuk kerajaan baru secara haram di Perak.

Kedudukannya sebagai timbalan speaker di DUN Perak membolehkan sebarang usaha membubarkan dun Perak akan menemui kegagalan dan kemungkinan besar Hee akan dilantik menjadi Speaker DUN Perak yang baru menggantikan Sivakumar.

Eloklah Pakatan Rakyat berjaga-jaga.manalah tahu esok atau lusa Sivakumar pula yang diculik dan Hee akan dilantik menjadi speaker DUN Perak yang baru.

Eloklah penduduk di Jelapang mendesak dan hantar delegasi memintanya meletakkan jawatannya sebagai ADUN Jelapang dan serahkan tandatangan yang berjaya dikumpulkan kepadanya.

Sebenarnya Hee boleh mengancam Pakatan Rakyat di Perak.eloklah speaker DUN Perak usir ketiga-tiga DUN yang sebenarnya tak bebas itu keluar dewan dan juga zambri serta barisan exconya kerana bentuk kerajaan haram di Perak.lepas itu kita buat usul pembubaran DUN Perak dan pilihanraya diadakan semula.

Tok kesian dengan nasib seorang lagi Raja Melayu dalam UMNO Perak,Raja Ahmad Zainuddin.Dahlah tak dapat apa-apa jawatan,korang dipinggirkan.elok korang letak jawatan biar diadakan semula PRK di DUN korang.MB korang tu tamak sampai pegang 8 porfolio.

Rakyat Perak sudah nampakkan MB haram yang baru tu tamak sampai pegang 8 porfolio.Dah tak ada dah pemimpin UMNO yang layak untuk pegang porfolio tu atau kau nak rasuah lagi beberapa ADUN Pakatan rakyat untuk lompat parti dengan menjadikan Hee,Jamaluddin dan Osman sebagai broker.

tok iskandar said...

Seminggu yang berlalu di Gunung Ledang tak Tok sedari dan banyak isu yang tok miss.

Osman tipu mahkamah kata sakit kat HKL tapi dinafikan sendiri oleh Pengarah HKL.Elok dibuat report polis terhadap Osman.Kes serius tipu mahkamah.bodoh-bodoh je hakim kena tipu di Osman.hari tu bodoh-bodoh je Osman menipu nak lompat parti.

PLUS naikkan kadar tol 5%.Macam tu lebuhraya Utara-Selatan terlibat sama.Ini nak halang ramai supporter Pakatan Rakyat turun berkempen di Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau.

Tok setuju cadangan MTUC agar gaji menteri kabinet dipotong jika ekonomi negara terus merudum.takkan makan gaji buta.

MB haram Perak yang baru memang dasar lanun.8 Portfolio dipegang olehnya seorang.Berapa gaji dan elaun kau dapat?

Apa tindakan SPRM dalam rasuah politik melibatkan orang-orang UMNO.Tetibanya senyap.

SPR dilihat sebagai makhluk perosak UMNO kerana menetapkan tarikh pilihanraya kecil di Bukit gantang dan Bukit Selambau yang menyebelahi UMNO iaitu 7 April untuk pengundian.Tak salah tok hari selasa tu.Orang kerja.macamana nak cuti.dulu kat permatang pauh SPR buat keja yang menyusahkan pengundi,isytihar tarikh pengundian ketika hari kerja.

taktik nak kurangkan undi.langkah kurang bijak SPR yang sebelum ini menolak surat speaker perak yang mengisytiharkan DUN Behrang dan Changkat Jering kosong kerana ADUNnya telah meletakkan jawatannya.

Aziz,bekas KSU KDN akan dilihat lebih teruk daripada Rashid kerana baru je jadi Pengerusi SPR,huruhara negara dibuatnya.

Selama mana kerajaan haram BN di Perak akan beroperasi,kita sama-sama tunggu dan lihat.