[...] “Sidang Dun akan tetap dijalankan walau apa keadaan sekali pun kerana ia adalah proses demokrasi yang sah di sisi perlembagaan dan mendapat mandat rakyat melalui pilihan raya.
Menurutnya, sekiranya terdapat apa-apa cubaan menghalang sidang tersebut lokasi baru akan ditentukan melalui mesyuarat yang akan diputuskan malam ini.
“Perbincangan malam ini selain menentukan lokasi persidangan, usaha pendakwaan melalui perundangan akan dilakukan terhadap sebarang usaha menyekat, menghalang dan membatalkan sidang tergempar yang akan berlangsung esok,” katanya ketika dihubungi oleh Suara Keadilan pada jam 5.50 petang tadi.
Sebelum itu, Pesuruhjaya PAS Perak, Ahmad Awang berkata, “Sidang tergempar esok akan tetap dijalankan walaupun bukan di bangunan Dun.” [read more]
No comments:
Post a Comment