Hamid albar kata Funfair bukan judi

KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya terdapat penganjur 'fun fair' yang menggunakan mesin permainan bagi tujuan perjudian di negara ini.

Beliau berkata gerai di fun fair biasanya diatur oleh penganjur bertujuan untuk memperoleh keuntungan maksimum dalam masa singkat, biasanya dalam tempoh kira-kira sebulan.

"Penganjur biasanya memohon lesen daripada Pejabat Daerah dan polis tempatan untuk menganjur permainan yang dibenarkan dalam undang-undang, bagaimanapun, sehingga ini tiada maklumat atau laporan diterima mengenai penganjuran penggunaan mesin permainan bagi tujuan perjudian," katanya menjawab soalan Tan Ah Eng (BN-Gelang Patah) pada persidangan Dewan Rakyat di sini. [read more]

No comments: