Showing posts with label Belit media. Show all posts
Showing posts with label Belit media. Show all posts

Bernama cuba politikkan kenyataan Sultan Selangor

"Kita perlu sentiasa mengangkat martabat Perlembagaan Persekutuan, Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor dan undang-undang negara ke tahap tertinggi mengatasi segala kepentingan peribadi dan politik masing-masing," titah baginda pada majlis perasmian mesyuarat pertama Persidangan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ke-12 di sini hari ini.

Baginda bertitah melalui pemerhatian serta pembacaannya, didapati kebelakangan ini banyak berlaku insiden melibatkan perbalahan yang dicetuskan oleh segolongan kelompok masyarakat dan demonstrasi-demonstrasi jalanan yang telah menjejaskan keamanan, keharmonian dan perpaduan kaum di negara ini.
- bernama
Peranggan berwarna tidak menunjukkan kenyataan. Lebih kepada kesimpulan. Siapa yang buat? Sultan atau Bernama? Tapi bernama tak sunting kenyataan berikut untuk di masukkan sekali dalam berita,
"Pandangan rakyat merupakan satu petanda yang terbaik sama ada berjaya atau tidak pentadbiran sesebuah negeri." - Harakah
Bernama ! Boleh adil sikit tak?

Kosmo ... lu apa cerita?


KUALA LUMPUR – Warga emas, kanak-kanak dan pelajar antara golongan yang ‘diperalatkan’ menyertai perarakan bantahan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di sini semalam.

Golongan itu antara ribuan orang ramai yang berarak dari Masjid Negara ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum bantahan PPSMI.

Tinjauan Kosmo! Ahad mendapati peserta yang terlibat diminta memakai baju T putih bertulis ‘Mansuhkan PPSMI’ dan ada antara warga emas yang terpaksa bersusah payah memanjat pembahagi jalan di tengah panas terik.

Ramai juga yang memakai kopiah.

Terdapat juga golongan ibu bapa yang mendukung dan membawa anak-anak kecil untuk sama-sama berarak walaupun mereka telah diberi amaran jangan hadir oleh polis beberapa hari sebelum perarakan bermula. [read more]
Lu apa cerita mamat?
Isu bahasa bukan isu politik. Semua peringkat umur guna bahasa ..
Apa ade pasal dengan umur ... ?
kopiah? Nape kosmo tak cerita pasal underwear?
Pakai underwear warna apa dan apa saiz ...

Derhaka: TG Nik Aziz selar media

Tg Nik Aziz menyalahkan media sebagai punca kekeliruan yang berlaku mengenai isu derhaka.
Berita terkini dari Bernama menyatakan,

Nik Aziz Salahkan Media Punca Pembangkang Derhaka
sementara kandungan nya pula,
KOTA BAHARU, 6 Mac (Bernama) -- Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyalahkan media menjadi punca pakatan pembangkang dilihat rakyat sebagai penderhaka kepada Sultan terutamanya isu di Perak.

Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau mendakwa bahawa media telah membuat laporan tidak tepat berhubung isu di Perak sehingga menampakkan yang pembangkang memulakannya.

Beliau mengulas satu laporan media semalam yang mendakwa Umno sering menyalahkan pembakang dalam isu derhaka kepada sultan.

Dengan memberi contoh kepada isu Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, beliau berkata istilah sembah derhaka yang digunakan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu yang bermaksud berbeza pendapat dengan sultan adalah tepat.
merujuk pada berita di atas pun memang sudah jelas mengelirukan, di mana, tajuknya lain dan kandungan beritanya lain.

Media punca pembangkang derhaka (tajuk) atau media menjadi punca pakatan pembangkang dilihat rakyat sebagai penderhaka (kandungan). Yang mana satu ni? Wohooo !!! sudah kena.

Toll naik .. jom naik sampan


aku click NST online jam 5.25 pm ....
Wakakak ... terkejut aku !!!

Di atas tajuk berita toll .. gambar orang naik sampan .. hish .. aku ingat bila toll naik, semua orang di suruh naik sampan. Wakakak !!!

Perhatian !!!
Aku perasan .. kalau,
Percuma air 20 meter padu untuk rakyat Selangor, umno tak kata "Kami tak mahu"
Bila toll naik ... umno tak kata "Kami tak mahu"

UMNO ni apa? wakakak ... !!! Macam benda yang AMK bawak ke pejabat SPRM semalam ke?
Mooooooo ...... !!!

Lelaki edar gambar bogel Exco Selangor belum dikenal pasti

PETALING JAYA: Polis masih belum mengenal pasti dalang di sebalik pengedaran gambar bogel Exco kerajaan negeri Selangor, Elizabeth Wong.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed berkata, polis bagaimanapun akan merekodkan kenyataan daripada wartawan, yang memaklumkan kepada wakil rakyat itu mengenai pengedaran gambar bogel ahli politik berumur 37 tahun itu.

"Kami juga akan memanggil seorang wartawan, yang memaklumkan mengenai pengedaran gambar bogel itu kepada wakil rakyat Bukit Lanjan itu. Jadi saya harap semua pihak bersabar sehingga kami menyelesaikan siasatan kami," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. [read more]
Isk ... Isk .. Iskkk .. ye ke ... cuba check SINI

5,000 pertahan Sultan Azlan Shah


IPOH 9 Feb. – Padang Sultan Abdul Jalil di sini bergema dengan laungan ‘Daulat Tuanku’ apabila lebih 5,000 orang yang mewakili pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini berkumpul menyatakan ikrar taat setia akan mempertahankan kedaulatan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah hingga ke titisan darah terakhir.

Mereka yang menyertai perhimpunan secara aman anjuran Pemuda UMNO Perak itu meluahkan rasa marah terhadap sikap biadap dan kurang ajar pemimpin pembangkang iaitu Karpal Singh, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng terhadap Sultan Perak. [read more]

Wakakakka !!! Bukan 4 juta ke? Wakakakak
Hoi ... !!! Kira betul betul ... nkorang silap kira kot? Wakakakak !!!
Anilnetto kata 1,000
Polis kat sana kata 2,000
Utusan kata 5,000
Makcik Peah kata 10,000
Uncle Richard kata 20,000
Wak Raden kata 4 juta
Wakakakakak !!!!

Apa lu cerita?

''Mohammad Nizar kena akur dengan kedudukan pakatan rakyat yang hilang majoriti dalam Dewan Undangan Negeri.

Kalau ini berlaku kepada BN pun, kita percaya dan pasti BN sama sekali tidak akan mempertikaikan kuasa Sultan sebagai raja pemerintah yang membuat tafsiran dari segi perlembagaan terhadap kedudukan seseorang Menteri Besar," kata Zambry semalam. - meloya

Apa lu cerita?

http://natang.files.wordpress.com/2008/03/biadap2.jpg

Media cuba buruk kan MB Nizar

Sapa tonton berita arus Perdana... "Caya !!!" kata adik.
Kenapa budak tu tengok .... "Cebab ada iklan gula gula !!!" "Lepas ni ada Sinchan !!!"

Tu je .. lain perkata tak penting buat rakyat Malaysia.
Kalau tak siar cerita bodek kerajaan ... lesen kena tarik. Wakakak !!!

BN dan UMNO tak pernah jadi jantan. Tu sebab lawan tak pernah di padang yang sama rata.

NKorang tengok semua berita BHaruan

Mohammad Nizar buat kecoh dalam pejabat MB
'Bekas MB mungkiri persetujuan asal'
Lebih 1,000 penyokong halang laluan ke istana
Pakatan Rakyat mahu saman Sultan Perak, BN
'Pakatan Rakyat tidak beradab'
Pembangkang perlu terima peralihan kuasa
Penasihat PKR diminta henti hasut rakyat memberontak
Sultan Azlan titah rakyat hormati Zambry

jap aku nak kentut .. Prooot ... pot ...pot .... !!!

Wey UMNO ... kalau anak jantan, lawan cara anak jantan. Mereka mahu imej MB Nizar di lihat sebagai punca kepada masalah dan beliau seperti biadap pada Sultan.
UMNO !!! Padang kasi rata dulu ....
Wakakakak !!!
Auuuuwwwww !!!!

Wakaka tabika lagi ... !!!


Aku saja nak bagi link berita pasal TABIKA DI RANTAI yang tersiar di Utusan.

Untuk pengetahuan semua pihak, Tabika ni dah cetus macam macam isu. Maklumlah, ia melibatkan ramai pihak. Kalau orang Melayu ni, di cucuk sikit, dia meletop.

Kalau di perak dulu, BN dok tabor cerita kononnya Tabika di seal, arahan MB, apa kurangnya cerita ni?

Aku rasakan ada perkara lain yang jadi sebab kenapa tabika ni berkunci. Ntah - ntah jaga terlupa nak buka selepas cuti raya cina atau apa saja.

Untuk cerita Fitnah macam ni, aku bagi ANUGERAH JUARA FITNAH TERBAIK sepanjang zaman kepada Utusan dan wartawannya. Siap dengan gambar kanak kanak menebeng kat pagar. Wakakaka !!! kalau UMNO karat yang baca, pasti lompat. Wakakaka !!!

Ini pulak cerita dari kosmo

Siapa sebenarnya yang buat cerita gunakan kanak kanak? Wakakak !!!
ADa insiden di Perak pada bulan lepas, wartawan datang, Orang UMNO rantaikan pagar, cameraman tangkap gambar. Wakakak !!! Kantoi ... !!!

Dalam kes ni, kita tunggu penjelasan Kerajaan Pulau Pinang.

Mari berfikir !!! Korang tengok rantai kat Pagar di dalam imej atas. Mangga berkunci tapi pagar boleh di buka, rantai motor pula di ikatkan pada pagar. Hmmmm ... Siapa yang buat taik ni? Kerajaan negeri atau kumpulan melayu karat UMNO di sana? Wakakaka !!!

Bila citer pasal TABIKA, aku teringat Mat Tyson. Ada kaitan ke?

Bapa mungkin jadi wakil rakyat Bebas

IPOH: Anak kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mat Radzi yang disebut-sebut akan meninggalkan Pakatan Rakyat Perak mendakwa bapanya mungkin menjadi wakil rakyat Bebas.

Ali, 25, mendakwa bapanya tidak akan menyertai Barisan Nasional (BN) seperti dilaporkan media hari ini dan semalam.

Ketika ditemui pemberita di pejabatnya, di sini, hari ini, Ali juga mengesahkan keluarganya tidak dapat menghubungi Jamaluddin sejak Isnin lalu. [read more]

Itu laporan dari Berita Harian ... kena paham betul betul tu. Wakakak !!!

Wahid Endut akan saman Watan

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd. Abdul Wahid Endut menafikan beliau melepaskan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam sebagaimana didakwa Akhbar Mingguan WATAN Bilangan 22 Ahad 25-31 Januari.

Beliau mengakui tidak pernah dihubungi akhbar berkenaan untuk mendapat penjelasan berhubung dengan kenyataan tersebut.

"Mungkin wartawan akhbar berkenaan hubungi saya dari jauh-jauh, saya tidak pasti sama ada saya bertemu dengan wartawan akhbar berkenaan atau tidak," jelasnya ketika dihubungi.

Bagaimanapun katanya, terdapat satu SMS dihantar ke talian telefon mudah alih beliau meminta supaya melepaskan jawatan tersebut untuk kononnya menumpukan perhatian kepada tugas baru di Parlimen Kuala Terengganu.

Tetapi beliau tidak dapat pastikan siapa yang mengirimkan SMS tersebut. [read more]

BN rasuah wartawan

[...] Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub mendedahkan Barisan Nasional (BN) hari ini sekali lagi melakukan rasuah politik dengan menghadiahkan RM300 kepada setiap wartawan yang datang ke bilik media milik BN kira-kira sejam yang lalu.

"Ini merupakan satu lagi amalan rasuah politik yang dilakukan oleh BN dan saya harap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu mengambil tindakan segera," tegas beliau kepada Harakah.

Salahuddin mendapat maklumat tersebut setelah dihubungi oleh wartawan Malaysiakini yang sedang bertugas di Kuala Terengganu. [read more]
Hello BN .... tolong rasuah aku sikit !!!

TV3 di saman RM10 juta kerana FITNAH

[...] Presiden Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) memfailkan saman fitnah RM10 juta terhadap Sistem Televisyen Malaysia Berhad atau TV3 (defendan) selepas mendakwa rancangan Melodi terbitan syarikat itu menyiarkan kandungan palsu dan tidak benar mengenai dirinya.

Jurey Latiff Mohd Rosli (plaintif) yang juga penerbit televisyen memfailkan saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini semalam melalui Tetuan Shaharudin Sham Sunder & Partners.[read more]

Teresa fail saman fitnah RM30j terhadap Chamil, Utusan

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim hari ini memfailkan saman fitnah RM30 juta terhadap Datuk Chamil Wariya dan Utusan Melayu (M) Bhd. berhubung cerpen `Politik baru YBJ’ yang didakwa mempunyai kaitan dengannya. - Utusan
Huhuhu ... mintak mintak kutipan Tabung Azan cukup untuk bantu Utusan bayar saman. Kalau tak cukup, ambil la pulak Tabung Bukit Antarabangsa. Wakakakaka
Kalau tak cukup lagi .. ambik duit UMNO ... Wakakakak
Lapuran Berita Harian DI SINI

Sinar Harian dah mula nak jadi akhbar PENJILAT ?

nadirakyat
Wartawan wanita terbabit adalah merupakan anak kepada pemimpin kuat UMNO di kawasan terbabit, dan juga telah terpilih sebagai Exco Puteri UMNO Bahagian Maran dalam pemilihan pucuk pimpinan parti itu baru-baru ini.

- Pahang Daily
KOI : Seandainya benar wartawan tersebut adalah Exco Puteri Umno Bahangian Maran, kita mengharapkan agar pihak pengurusan Sinar Harian Edisi Pahang menyingkir wartawan tersebut kerana kita tidak mahu disebabkan sikap 'bias' dia kepada parti yang disokongnya akan merosakkan akhbar Sinar Harian yang telah mula disayangi oleh seluruh rakyat tak kira penyokong parti pemerintah atau parti pembangkang. Kita tidak mahu melihat akhbar kesayangan ini akan dipinggirkan semata-mata kerana sikap segelintir wartawan penjilat diberi tempat didalam akhbar ini.[read more]

Utusan sebar FITNAH lagi ...

PAS Selangor kesal laporan Utusan Malaysia
Marhaendaily
[...] Di dalam sidang media berkenaan Dato' Dr Hasan tidak pernah menyebut bahawa PAS menghadapi kesukaran untuk memperjuangkan serta mempertahankan hak orang Islam dan Melayu di Selangor sebagaimana yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia. Malah beliau menegaskan dalam sidang media berkenaan bahawa PAS tidak terpinggir dan sebarang anggapan sebegitu tegas beliau sebenarnya dimanipulasi oleh Barisan Nasional untuk menggugat kerjasama baik antara PAS, DAP dan PKR di Selangor.

Dato' Dr Hasan juga tidak pernah menyebut bahawa kadang-kala PAS terpaksa melupakan matlamat perjuangan utama parti iaitu untuk menegakkan syiar Islam semata-mata kerana mahu mengambil hati PKR dan DAP sebagaimana dilaporkan oleh Utusan Malaysia. Malah yang sebenarnya beliau telah menggariskan dengan jelas bahawa PAS tidak pernah dan tidak akan bertolak-ansur dalam hal-hal berhubung Islam dan kepentingannya di Selangor.[read more]

Kerajaan Perak terbit 'Fakta', tangani propaganda Umno/BN

harakah | ...Menteri Besar Perak, Dato' Seri Muhammad Nizar Jamaluddin mengakui bahawa kerajaannya sekarang sejak ditubuhkan sembilan bulan lalu hingga ke hari ini sering diburuk-burukkan dengan pelbagai tohmahan dan propaganda jahat Umno-BN.

Menurutnya, disebabkan Jabatan Penerangan sedia ada tidak dipercayai langsung, maka terpaksalah kerajaan negeri ketika ini menubuhkan unit Penerangan khas untuk memerangi perbuatan umno/BN yang tidak bertanggungjawab untuk melemahkan kerajaan negeri.

"Maka hari ini dengan tugas sulung unit tersebut telah menerbitkan buletin Edisi Khas FAKTA mempunyai empat muka surat untuk menangkis berita-berita dan isu-isu terkini seperti 'MB rampas kamera', 'Wartawan media arus perdana putar belitkan fakta Cukai Pintu MBI' dan fitnah oleh umno-BN tentang Perjanjian Pangkor 11 itu, dapat dipatahkan,"jelas Muhammad Nizar semasa berucap merasmikan majlis Urus Setia Penerangan Kerajaan Negeri Perak di Dewan Serbaguna, Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) di sini semalam.

Tegasnya, Kerajaan Perak mulai dari sekarang akan menggunakan FAKTA untuk membalas balik propaganda dari umno-BN.

"Jika terdapat isu-isu panas memburukkan Kerajaan ianya diterbitkan segera sebagai 'balas balik' untuk rakyat membaca dan mengetahui kedudukan sebenarnya.

"Ianya diberi percuma dan dicetak sebanyak 30,000 naskah setiap keluaran,"katanya. ... more.
Siapkan lawyer .... saman media BN@UMNO sampai rentung.
Seminggu satu saman, lama lama kita gadai Utusan dan mangkuk yang lainnya.
Apa kata botak arab ....Perlu ada kod etika penulis blog, komuniti Internet
Wakakaka .. blog je. media tak payah .. mangkuk tingkat !!!

RTM dan TV3 berniat jahat

harakah | ... Jika sebelum ini, media cetak memainkan peranan dengan menjadi agen penyebar dakyah dan permainan licik politik BN,kini media elektronik menjadi senjata apabila RTM dan TV3 cuba memutarbelitkan fakta untuk menjatuhkan nama baik Kerajaan Negeri Kedah.

Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kedah, Mohd Helmi Mohd Khalid dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily hari ini mendedahkan bagaimana kerajaan Kedah dijadikan mangsa dengan corak pemberitaan yang memesongkan dan berniat jahat.

Menurutnya, siaran berita RTM di TV1 sekitar jam 1.00 petang 19 November 2008 dan siaran Buletin Utama TV3 jam 8.00 malam 19 November 2008 mendedahkan tembelang sebenar kedua-dua stesen televisyen tersebut apabila menyiarkan berita yang jauh terpesong dan berniat jahat. ... more.

Muslihat Utusan Meloya

Setiap berita ... yang pentingnya 'feedback' dari pembaca. Tajuk dan gambar cukup untuk berikan impak pada muslihat tertentu.

Berikut gambar dan tajuk dari Utusan
Pulau Pinang teruskan rancangan walaupun dikritik
Gambar yang di ambil pula tertera tulisan Cina di bawah tulisan B. Melayu.

Dan berikut adalah berita dari STAR
Multilingual road signs put up to boost Penang's tourism
Gambar pula menunjukkan Tulisan Jawi di bawah tulisan B. Melayu

Visitors to Lebuh Acheh in Penang will be able to see one of the much-debated multilingual signboards.

Busuk nya perangai utusan dan editor.
Perkauman lebih lebih sangat ....
Sedangkan isu Bangsa Melayu melarat di Pulau Pinang terlalu kritikal di bandingkan dengan papan tanda.

Sinar harian di beri amaran?

Apa perbezaan antara keempat-empat muka hadapan Sinar Harian ini?
Mudah sahaja. Kecuali muka hadapan semalam yang bertajuk "Tambang bas tetap naik", hampir setiap hari Sinar Harian memaparkan berita politik di muka hadapannya.

Tetapi tidak semalam. Akhbar tersebut memaparkan isu tambang bas di muka hadapannya.

Apa yang berlaku? Ada desas-desus mengatakan akhbar tersebut telah menerima amaran dari Kementerian Dalam Negeri mengenai kandungan berita muka hadapan akhbar tersebut yang lebih menyebelahi pembangkang.
Untuk menyelamatkan akhbar tersebut, khabarnya, pengurusan Sinar Harian mengambil keputusan memberhentikan amalan menyiarkan berita politik di muka hadapannya.
Tuanpunya Sinar Harian, Hishamuddin Yaacub, pasti terkenang nasib akhbarnya dahulu Watan yang diharamkan oleh Kerajaan pada tahun 1987 semasa operasi lalang. Turut digantung ialah akhbar The Star dan Sin Chew Jit Poh ....... selanjutnya.