Showing posts with label Titah Sultan. Show all posts
Showing posts with label Titah Sultan. Show all posts

Bernama cuba politikkan kenyataan Sultan Selangor

"Kita perlu sentiasa mengangkat martabat Perlembagaan Persekutuan, Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor dan undang-undang negara ke tahap tertinggi mengatasi segala kepentingan peribadi dan politik masing-masing," titah baginda pada majlis perasmian mesyuarat pertama Persidangan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ke-12 di sini hari ini.

Baginda bertitah melalui pemerhatian serta pembacaannya, didapati kebelakangan ini banyak berlaku insiden melibatkan perbalahan yang dicetuskan oleh segolongan kelompok masyarakat dan demonstrasi-demonstrasi jalanan yang telah menjejaskan keamanan, keharmonian dan perpaduan kaum di negara ini.
- bernama
Peranggan berwarna tidak menunjukkan kenyataan. Lebih kepada kesimpulan. Siapa yang buat? Sultan atau Bernama? Tapi bernama tak sunting kenyataan berikut untuk di masukkan sekali dalam berita,
"Pandangan rakyat merupakan satu petanda yang terbaik sama ada berjaya atau tidak pentadbiran sesebuah negeri." - Harakah
Bernama ! Boleh adil sikit tak?

Baginda Sultan Selangor sedih dan simpati

Kenyataan Akhbar Sultan Selangor
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Berikut ialah kenyataan penuh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung kedudukan Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Bukit Lanjan Elizabeth Wong, yang dikeluarkan oleh Datuk Lela Bakti Setiausaha Sulit kepada baginda, Datuk Mohamad Munir Bani.

Sukacita saya memaklumkan bahawa Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' Abdul Khalid bin Ibrahim, Dato' Menteri Besar Selangor telah menghadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada hari Rabu, 25 Februari 2009 dan menyembah kepada Baginda perkembangan hal ehwal pentadbiran Negeri Selangor serta isu yang melibatkan Yang Berhormat Elizabeth Wong Keat Ping, ADUN Bukit Lanjan yang juga EXCO Kerajaan Negeri Selangor.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah menitahkan kepada saya untuk memaklumkan bahawa Baginda tidak dapat memberikan panduan atau nasihat kepada Yang Amat Berhormat Dato' Menteri Besar Selangor dalam hal berkenaan isu Yang Berhormat Elizabeth Wong kerana ia masih dalam siasatan pihak polis dan melibatkan kedudukan Yang Berhormat Elizabeth Wong dalam politik. Sebagai Sultan Selangor, Baginda sememangnya berkecuali dalam hal ehwal politik (above politic).

Baginda selanjutnya menyatakan keyakinan Baginda atas apa jua keputusan yang bakal diambil oleh Yang Amat Berhormat Dato' Menteri Besar dan percaya bahawa ianya dibuat secara adil dan bijaksana, dengan mengambil kira kepentingan rakyat khasnya dan Negeri Selangor amnya. Baginda turut merasa dukacita dan amat bimbang kerana sejak akhir-akhir ini perbuatan menceroboh hak peribadi dan 'privacy' individu telah dijadikan sebagai suatu alat untuk menjatuhkan maruah dan merosakkan imej seseorang. Adalah satu perkara yang menyedihkan apabila kehidupan dan hak individu itu dijadikan satu publisiti dan topik hangat untuk disebarkan (melalui media massa) kepada orang ramai.

Kepada Yang Berhormat Elizabeth Wong, Baginda melahirkan rasa sedih dan simpati di atas insiden yang telah berlaku dan berharap agar beliau dapat bertenang, sabar dan menguatkan semangat untuk menghadapi dugaan ini dan meneruskan kehidupan seharian beliau.

Dato' Haji Mohamad Munir bin Bani

Dato' Lela Bakti Setiausaha Sulit kepada D.Y.M.M. Sultan Selangor.

Daulat Tuanku !!!

Kenyataan menarik dari YDP Agong, Tuanku Mizan. Simple mudah di baca. Kalau tak paham gak.... tak tau la.

Berita ni tak dapat liputan bernama. Hanya seciput je. Mungkin ada yang terasa. Aku ambil sepatah ayat yang bermakna.
Seri Paduka turut melahirkan rasa dukacita kerana walaupun negara telah 51 tahun merdeka, isu perkauman yang sempit masih dibangkitkan oleh pihak tertentu dan menjadi perdebatan umum.

"Beta ingin menegaskan bahawa kerajaan Beta tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba memecahbelahkan rakyat demi memastikan keharmonian kaum dan keamanan negara dikekalkan," titah baginda sambil menerima tepukan meja yang gemuruh daripada anggota dewan.[read more]
Jom kita kumpul sokong Tuanku Mizan depan istana. Wakakak !!!

Sejarah Mahathir melucutkan kuasa Raja

Penyampai : DATO’ SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
Tajuk : SEMASA MEMBENTANGKAN RANG UNDANG-UNDANG AKTA PERLEMBAGAAN (PINDAAN) 1993
Lokasi : DEWAN RAKYAT, KUALA LUMPUR
Tarikh : 18-01-1993
--------------------------------------------------------
Tuan Yang di-Pertua, Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-Undang bernama Suatu Akta untuk meminda Perlembagaan dibacakan kali yang kedua sekarang.Tuan Yang di-Pertua, Izinkan saya memperkenal dan mengulas Akta yang telah saya sebutkan tadi.

2. Ketika negara menuntut kemerdekaan, pemimpin-pemimpin negara yang telah mendapat kemenangan besar dan sokongan padu dalam Pilihanraya Umum tahun 1955 telah membuat pilihan supaya sistem pemerintahan di negara ini ialah sistem Demokrasi Berparlimen atau `Parliamentary Democracy` dan Raja Berperlembagaan atau `Constitutional Monarchy`.

3. Sistem ini dipilih kerana semasa negeri-negeri Melayu diperintah melalui sistem feudal dengan kuasa di tangan Raja, negeri-negeri Melayu adalah begitu lemah dan pentadbirannya berada dalam keadaan kucar-kacir. Negeri- negeri ini tidak dapat menentukan keamanan dan menguatkuasakan undang-undang. Akibatnya negeri-negeri ini terpaksa meletakkan diri di bawah naungan kuasa-kuasa asing seperti Cina, Siam dan Barat. Akhirnya semua negeri Melayu ditakluki oleh British dan diperintah sebagai tanah jajahan British melalui perjanjian di antara Raja-Raja yang memerintah dengan pihak Kerajaan British. [read more]

Imbas: UMNO usaha cabut kekebalan Raja Raja

[...] 30hb Desember 1992 Pak Habib pergi ke P.W.T.C, masuk ke dalam Dewan Tun Hussein Onn berkumpul bersama-sama ahli UMNO untuk mendengar taklimat Dr. Mahathir kepada ketua-ketua UMNO mengenai Pendirian kerajaan hendak melucutkan kekebalan raj -raja. Ini amanat penting, ini sejarah, kita tak boleh dengar dari mulut ke mulut, kita kena dengar dari mulut Perdana Menteri sendiri. Penulis adalah mata dan telinga rakyat.

Hendak mencabut kekebalan raja-raja ini bukan kerja mudah, lebih kurang macam kita hendak mencabut taring daripada mulut ular yang sangat berbisa. Apakah magic atau keramah yang ada pada Mahathir untuk berlawan dengan sembilan raja-raja yang kebal-kebal belaka ini? Cuma tukang main silap mata dan bomoh ular sahaja yang dapat melakukannya. Kalau ia pun Raja Berperlembagaan ini bolehlah diibaratkan macam ular pemain silap mata. Masakan ular boleh bertukar menjadi cacing sesudah hilang bisanya nanti? [read more]

Imbau: UMNO cuba Jadikan Malaysia sebuah Republik

[...] Dikatakan sangat MERBAHAYA kerana status Raja-Raja Melayu adalah terkecuali dari bidang politik. Raja-Raja Melayu tidak memihak mana-mana parti. Tetapi, Mahathir telah sengaja meyeret dan melibatkan Raja-Raja Melayu dan meletakkan Raja-Raja Melayu dalam situasi MEMERANGKAP dan BERPERANG dengan rakyat. Padahal yang sebenarnya, Mahathir dan kuncu-kuncu elit UMNO sendiri yang sedang BERPERANG dengan RAKYAT, khususnya Orang MELAYU dan penganut ugama ISLAM di negara ini!!

Rais Yatim telah beri TUGAS dan PERANAN mengeluarkan kenyataan awal yang PALSU tetapi sangat MERBAYA dengan menggugat keharmonian hubungan orang Melayu (sinonim Islam) dengan Raja-raja Melayu. Andai kununnya kejadian di Iran (keatas Regim Shah Iran yang dirsingkirkan oleh mullah Islam) akan berlaku di negara ini.

Kenyataan Rais Yatim adalah satu Agenda Fitnah Mahathir yang samasekali tidak wajar dlafazkan. Kononnya wujud pula di negara ini parti yang menggunakan “ugama secara melampau’ adalah PEMBOHONGAN dan FITNAH yang sangat MERBAHAYA berbentuk HASUTAN paling JAHAT dan berniat buruk. [more]

Imbau: Sejarah UMNO derhaka Raja Raja

Assalamualaikum kepada semua pembaca terutamanya dari kalangan penyokong Umno. Berikut saya sertakan beberapa fakta sejarah mengenai penderhakaan Umno kepada raja-raja melayu.

Dalam fakta ini saya tidak boleh mengingati tarikhnya dengan tepat. Akan tetapi insyaAllah kepada semua pembaca yang mengikuti dengan rapat perkembangan politik tanahair sejak dari tahun 80an lagi akan ingat peristiwa-peristiwa ini semua.

Juga sekiranya ada kesilapan dalam fakta-fakta ini harap ada pihak tampil untuk membetulkannya.Dan kalau saudara-saudara sekelian ada penambahan,digalakan juga untuk menambah.Kita sebarkan agar generasi muda sekarang tahu akan siapa sebenarnya Umno ini. Saya susun mengikut negeri-negeri. [read more]

Khairy calls for Nizar to be stripped of citizenship

By Shannon Teoh

IPOH, Feb 9 — Deputy Umno Youth chief Khairy Jamaluddin called for Datuk Seri Nizar Jamaluddin to be stripped of his citizenship as he led protests by the Barisan Nasional (BN) faithful here today as part a campaign to label the Pas man a traitor.

About 1,000 mainly Umno Youth members attended the rally here under the watchful eyes of the police, as BN now hopes to shore up support for Datuk Zambry Abdul Kadir, who was sworn-in by Sultan Azlan Shah last week to replace Nizar as Perak mentri besar.

Nizar has refused to resign and maintains he is still the legitimate MB.

Speeches by several BN Youth leaders suggested attempts to reverse the perception that BN’s power grab was unconstitutional and pro-Malay. Instead, the speeches portrayed Pakatan Rakyat as anti-Sultan. - readmore

Selamat nko Derih ngan Wahid Rasol ...

Was the Sultan of Perak blackmailed?

On 3rd July and 11th August 2008, DATUK KONG HONG MING made two separate reports to the Anti-Corruption Agency in Kota Kinabalu with regards to alleged corruption in the awarding of the ‘Jalan Sapulut – Kalabakan, Tawau’ road project at the contract sum of RM565 million. The sub-contract was awarded to Gamuda Berhad , a company owned by Raja Datuk Seri Eleena Raja Azlan Shah. Thus far no action has been taken by the Anti-Corruption Agency. Was this used to blackmail the Sultan of Perak? [read more]

Bar Council defends Karpal's right to sue Sultan

[...]
She said intimidation of litigants and their lawyers in the exercise of their rights and duties respectively, was an affront to the dignity of the courts and the administration of justice.

“We strongly urge that all parties respect this fundamental right to seek redress in our courts. We must never regress to a position where we sacrifice this vital principle for political mileage or self-interest,” she said.

She said this in a statement in response to the outcry by certain parties who had slammed DAP chairman Karpal Singh’s action to file a legal suit against Sultan Azlan Shah of Perak allowing the Barisan Nasional to replace the Pakatan Rakyat (PR) government in the state after the PR failed to command the majority in the state legislature on Friday.
“In a modern democratic nation like ours, such a challenge is wholly untenable,” she said. [read more]

Pakatan will not sue Sultan as Nizar prepares to take his message to the people

Speaking to the multiracial, but largely Pas-supporting crowd, Nizar said the undemocratic manner in which Najib had forced the overthrow of his administration had turned Malaysia into a laughing stock.

“We will take back the right stolen by Najib Altantuya,” Nizar said of a snap poll which PR is pushing for, referring to Najib’s continued links to the murder of the Mongolian model Altantuya Shariibuu.

Cries of “Allahuakbar” and “Reformasi” went up on numerous occasions as the speakers stood on a balcony with a banner hung below them.

“Daulat Tuanku, Rakyat Pohon Tuanku Bubarkan Dun Perak,” it said, reflecting the wishes of those gathered to have the state assembly dissolved.

The Perak Sultan has refused this request by Nizar and instead declared BN the government, sparking a constitutional crisis with many quarters insisting that the choice of government should be returned to the voting public.

But as usual, Anwar stole the show.

This was not, however, due to a typically inspired speech but a statement earlier today by DAP chairman Karpal Singh that Anwar was no longer fit to be opposition leader.

Anwar told reporters, however, that it was not a concern for PR and it in fact, did not discuss the issue at a meeting just prior to the night’s ceramah.

“I spoke to Kit Siang and he assured me it was Karpal’s personal opinion,” he said referring to DAP supremo Lim Kit Siang.

Anwar further explained that Karpal’s outburst was due to two points of disagreement, the first being the Bukit Gelugor MP’s wish to take legal action against the Sultan and the other being the morality of defections.

“I did not bribe or threaten people to join us. We do not want to create the impression that we are against the institution of the Sultan,” said Anwar in addressing these two issues. [read more]

Program Sultan Perak Bersama Rakyat selasa ini ditangguh

IPOH 8 Feb. - Majlis Mesra Bersama Rakyat bersama Sultan Perak yang dijadual Selasa ini di Batu Gajah dekat sini, sempena sambutan Jubli Perak pemerintahan Sultan Azlan Shah ditangguh kepada satu tarikh yang akan ditentukan kemudian.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr. Abdul Rahman Hashim berkata, Sultan Perak berkenan untuk menangguhkan majlis itu setelah menimbangkan faktor keselamatan rakyat.

''Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan telah menitah Ketua Polis Perak untuk menyampaikan taklimat situasi ketenteraman awam dan keselamatan di negeri ini.

[read more]

Sultan’s Jubilee function put off

IPOH, Feb 8 – A people’s function with the Perak Sultan in Batu Gajah in conjunction with the silver jubilee of the ruler’s reign, scheduled for this Tuesday from 4.30pm, has been postponed to another date.

State Secretary Datuk Dr Abdul Rahman Hashim said the Sultan of Perak had consented to the postponement of the function after considering the safety of the people.

He said Sultan Azlan Shah had asked the Perak police chief to brief the ruler on public order and security situation in the state.

“The Sultan was informed that the current situation was under control,” he said in a statement issued here today.

However, Abdul Rahman said, in view of the trouble created in Kuala Kangsar on Feb 6 by a certain group, the Perak police chief had advised the Sultan accordingly.

“The Sultan considered the public safety factor and consented that the function be postponed to another date to be announced later,” he said. – Bernama

Apa lu cerita?

''Mohammad Nizar kena akur dengan kedudukan pakatan rakyat yang hilang majoriti dalam Dewan Undangan Negeri.

Kalau ini berlaku kepada BN pun, kita percaya dan pasti BN sama sekali tidak akan mempertikaikan kuasa Sultan sebagai raja pemerintah yang membuat tafsiran dari segi perlembagaan terhadap kedudukan seseorang Menteri Besar," kata Zambry semalam. - meloya

Apa lu cerita?

http://natang.files.wordpress.com/2008/03/biadap2.jpg

The power entrusted by Allah should be discharged with responsibility - Raja Nazrin


[...] Raja Nazrin said a Ruler should always ensure that whatever he said and did were not misinterpreted or misunderstood.

He also said that the power entrusted by Allah should be discharged with responsibility because he (the Ruler) would be judged in the hereafter.

“As such, power must be exercised to implement good practices. The Ruler’s nobility and honour, position and sovereignty do not come automatically,” he said.

Referring to his father, Sultan Azlan Shah, Raja Nazrin said his father clearly understood the sentiments and aspiration of his subjects.

“The height of the throne has never caused my father to ignore the welfare of his subjects; the fence surrounding the palace has never prevented my father from seeing the reality occurring in the state.” [read more]

Imbas kembali ...


Azlan Shah: Misdeeds will spell downfall for monarchy


KUALA KANGSAR:
The Sultan of Perak Sultan Azlan Shah said the monarchy could be reduced to a “museum piece” if it was affected by misdeeds.

“History has shown that the downfall of a monarchy was not because the system was not good, but rather because of misdeeds.

“Internal bickering and the ruler being wrongly advised by noblemen and court officials, who had vested interest to amass wealth or power, were among the causal factors,” said the Sultan at the pledge of loyalty and investiture ceremony at Istana Iskandariah here yesterday, to commemorate the Silver Jubilee of his reign.

Sultan Azlan said in the past, the throne was an institution that was “one for all and all for one”, and the king fulfilled the role of one who promulgated laws according to his discretion, a role equivalent to a parliament. [read more]

Wakakakak !!!

Perak Raja Muda calls for an end to wasteful programmes

star | ...The Raja Muda of Perak Raja Dr Nazrin Shah wants constructive criticism and "brave new ideas" to halt wasteful and superficial programmes in Budget 2009.

In his royal address during the 163rd Perak Religious and Malay Customs Council meeting on Monday, Raja Nazrin Shah urged members to be bold enough to voice ideas and approaches that were more relevant to the era.

"Besides studying the figures in the Budget, council members must be prepared to examine the effectiveness of programmes that have been implemented until now," he said.... selanjutnya.

Nasihat Tuanku Ja'afar: Bersatulah, antara Pak Lah atau Anwar perlu korban

MStar | ...Dalam ulasan berunsur politik yang jarang sekali diberikan, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman menegaskan, masyarakat Melayu negara ini tidak bersatu padu manakala Umno, antara komponen utama dalam Barisan Nasional (BN) perlu bernafas semula, dengan mengambil kira senario politik semasa negara.

"Nasihat saya ialah bersatu semula jika boleh. Salah seorang harus terlepas (tidak berpeluang mengetuai kepimpinan atau menjadi Perdana Menteri), sama ada Pak Lah (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) atau (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim).

"Kita mungkin perlu memilih antara Umno dan PKR (Parti Keadilan Rakyat) ketika PAS semakin kukuh," kata baginda dalam temu bual eksklusif yang disiarkan The Star hari ini.

Temu bual itu diadakan di Istana Hinggap, Seremban.

Tuanku Ja'afar yang menyambut Hari Keputeraan ke-86 pada 19 Julai lalu merupakan Raja Melayu yang tertua bertakhta di negara ini.

Malah ulasan baginda itu seolah-olah sealiran dengan perkembangan tanah air khususnya sejak negara mengadakan pilihan raya umum ke-12 8 Mac lalu.

Dalam pilihan raya umum kali ini, buat kali pertama BN kehilangan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat dan kuasa kerajaan negeri melibatkan lima negeri - Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.... selanjutnya.

Hanya Santapan





Mstar | SANTAPAN DIRAJA... Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah malam tadi berkenan berangkat ke Majlis Santapan Malam Diraja sempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Pemerintahan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu`adzam Shah di Istana Anak Bukit, Alor Star.

Turut berangkat ke majlis itu ialah Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan juga semua Sultan di negara ini. Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan isteri Datin Seri Jeanne Abdullah dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor juga hadir sama.

Istana T'ganu tidak anugerah darjah kebesaran

malaysiakini | Istana Terengganu, buat pertama kalinya, tidak menganugerahkan sebarang darjah dan pingat kebesaran sempena Hari Keputeraan ke-46 Sultan Terengganu Tuanku Mizan Zainal Abidin, esok.

sultan mizan zainal abidinSetiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mokhtar Nong mengesahkan perkara itu melalui surat yang diterimanya dari istana berkenaan tetapi beliau tidak mengetahui sebab-sebab upacara itu tidak diadakan seperti sebelum ini.

"Sama ada selepas ini (esok) ada majlis penganugerahan darjah dan pingat kebesaran atau tidak, saya tidak pasti," katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah Kejohanan Jet Ski Asean Watercross Super Cup 2008 di Pantai Batu Burok di Kuala Terengganu hari ini.... selanjutnya.

Sementara itu ... menurut buletinonline,

The image “http://buletinonline.net/images/berita9/mercedestrg.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

Kerajaan negeri telah membeli 14 buah kereta mewah tersebut dengan kos RM3.43 juta sebagai menggantikan Proton Perdana V6 Executive yang baru sahaja dibeli pada tahun 2004.

Walaupun setiap satu kereta Mercedes tersebut dibeli dengan harga RM245,000 dikatakan lebih murah dari harga pasaran, namun tindakan kerajaan Terengganu ‘kontra’ dengan arahan kerajaan pusat yang menyarankan semua pihak berjimat cermat.

Setiausaha kerajaan negeri Dato’ Mokhtar Nong menyatakan keputusan kerajaan membeli kereta baru tersebut telah dibuat beberapa bulan yang lalu.

Beliau berkata kerajaan membeli kereta tersebut adalah sebagai langkah keselamatan kepada para exco dan menjimatkan kos penyelenggaraan.
Kenyataan itu seolah-olah menafikan bahawa kereta buatan Malaysia Proton Perdana V6 yang dibeli pada tahun 2004 lalu, tidak lagi selamat dan merugikan jika terus digunakan. - Buletin