Showing posts with label Lompat parti. Show all posts
Showing posts with label Lompat parti. Show all posts

ADUN Jelapang kena maki

IPOH: Pengundi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelapang masih menyimpan perasaan marah terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu, Hee Yit Foong dengan keputusan kontroversinya untuk keluar daripada DAP.

Perasaan marah itu jelas apabila beliau muncul di pusat khidmatnya di sini semalam.

Kemunculan Hee buat kali pertama itu selepas beliau mengisytiharkan dirinya sebagai wakil rakyat bebas bulan lalu.

Beliau tiba di pusat khidmatnya pada pukul 3 petang semalam untuk menemui pengadu-pengadu berhubung masalah saliran.

Pembantu khasnya yang baru dilantik, Sharifuddin Mohd Aminuddin berkata, Hee bagaimanapun terpaksa meninggalkan pusat berkenaan dengan segera 45 minit kemudian selepas sekumpulan orang awam datang menggangunya dengan kata-kata kesat.

Hee tiba dengan suaminya dengan sebuah kereta Mercedes Benz dengan nombor pendaftaran Kuala Lumpur.

Sharifuddin percaya kereta berkenaan bukan kepunyaannya namun tidak pasti mengenainya.

Tambah beliau, timbul tanda tanya dikalangan beberapa penduduk tempatan yang melihat kereta berkenaan yang diletakkan di hadapan pusat khidmat berkenaan.

Beberapa orang yang lalu di kawasan itu kemudiannya melihat kedalam pusat khidmat berkenaan melalui tingkap dan mengetahu bahawa Hee berada di dallamnya.

"Kemudiannya kira-kira sepuluh orang penduduk tempatan yang berada di kedai kopi bertentangan dengan pusat khidmat berkenaan mula melemparkan kata-kata kesat terhadapnya.

"Saya menasihatkan beliau supaya meninggalkan tempat itu dengan segera," katanya kepada The Star.

Katanya kumpulan berkenaan memanggil-manggil nama Hee dan kata-kata tidak baik seperti 'pengkhianat yang memusnahkan Pakatan,' dan 'wanita tidak mengenang budi.

Hee bagaimanapun tetap tersenyum dan melambaikan tangan kepada orang ramai yang memerhatikannya.

Beliau juga tidak membuat sebarang laporan kepada polis berhubung insiden itu.

Walaupun Hee diboikot oleh banyak pihak dengan tindakannya itu, masih ada orang ramai yang datang kepadanya untuk mendapatkan bantuan.

"Ramai yang datang ke pusat ini untuk mendapatkan bantuan, tapi inilah kali pertama Hee hadir untuk bertemu dengan mereka," kata Sharifuddin.

Katanya lagi Hee kini sedang mencari tempat baru untuk dijadikan pusat khidmatnya memandangkan pemilik premis berkenaan ingin menamatkan sewaannya. - mstar

Hahaha .... aku tau mana Jamal dan Osman sembunyi

http://pinkturtle2.files.wordpress.com/2009/02/adun-new1.jpg?w=315&h=434
Jenuh aku berkelana di Gunung Semanggol, mencari katak dan akhirnya aku berjumpa.
di sini rupanya .... Hahahahaha !!

Katak untuk di lelong !

Pemuda Umno Gua Musang tak setuju Ibrahim kembali
GUA MUSANG:
Pemuda Umno Gua Musang menolak cadangan supaya Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali, diundang menyertai semula Umno, sebaliknya pergerakan itu mahu beliau kekal sebagai anggota Bebas.

Ketua Pemuda Umno Gua Musang, Bazlan Baharuddin, berkata, pengalaman lepas apabila Ibrahim menentang calon Barisan Nasional pada satu pilihan raya kecil pada 2005 menunjukkan beliau sanggup menentang pucuk pimpinan Umno. [read more]

Wakakaka !!!
Sana pun tak nak, sini pun tak nak ....
Ish ... masuk MIC kang !!!
Wakakakak !!!

Hee Yit Foong di halau keluar



Star
JELAPANG assemblyman Hee Yit Foong who quit DAP to become an independent assemblyman “friendly” to Barisan Nasional has been told to vacate a rented shoplot which she used as her service centre in the constituency, reported Sin Chew Daily.
The shopowner, known only as Mani, said he was afraid residents would vent their frustration by damaging the premises due to Hee’s defection from the DAP.
Mani, who operates a barber shop, shared half the premises with Hee.
He was quoted as saying: “Hee, please remove the signboards and all your belongings. I do not want to rent you the premises any more.
“Lately, many residents have come to me asking about her whereabouts. I feel irritated. That’s one of the reasons I decided not to rent her the premises anymore,” he said. [read more]
Wakakakak !! Aku suka sangat kalau berita berita macam ni selalu keluar. Bukan aku siarkan, tapi STAR yang laporkan.
Di harap berita cam ni, boleh mengurangkan spesis katak yang sanggup jadi kaya cepat lompat ke parti BN.
YB kat Selangor dan Kedah yang dikatakan mahu lompat parti .. pandang pandang lah berita cam ni. Mata sedang melihat, jasa mu di kenang, tau kasut terbang?
Allahualam ... ! Wakakakak !!!

Katak kena waran tangkap


[DIKEMAS KINI] PETALING JAYA:
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas kawasan Changkat Jering dan Behrang, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu dan Jamaluddin Mohd Radzi gagal menghadirkan diri untuk perbicaraan kes rasuah mereka yang dijadualkan hari ini.

Oleh yang demikian satu waran tangkap telah dikeluarkan terhadap Osman.

Beberapa panggilan yang diterima mStar Online memaklumkan Osman kini dimasukkan ke hospital.

Namun usaha untuk menghubungi Osman bagi mendapatkan pengesahan masih gagal.

Sementara itu menurut peguam Jamaluddin, anak guamnya tidak dapat hadir kerana menghadapi masalah kesihatan dan surat sakit juga telah dikemukakan kepada pihak mahkamah.

Kedua-dua mereka didakwa di Mahkamah Sesyen pada 25 Ogos lalu kerana dikatakan menerima rasuah bagi mendapatkan satu projek iaitu cadangan membangunkan tanah seluas 36.42 hektar bernilai RM180 juta di kawasan pusat bandar Seri Iskandar dekat sini secara usahasama dengan Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT). [read more]

Wakakakak .... komen menarik dari Mmmmmmmutaligat

Arumugam tolak RM5 juta, dia di ugut dan di ancam

[...] "Dia juga diugut pada beberapa kali terutama di peringkat akhir keretanya (disimbah) dicat dan pelbagai lagi. Maka sebab itu dia tak sanggup lagi jadi dia letak jawatanlah," ujarnya yang turut memaklumkan surat itu diperolehinya jam 5 petang tadi.

Jelas beliau, surat itu bercop suruhanjaya sumpah dan akan diserahkan beliau kepada Speaker. Mengulas pertanyaan media juga beliau menganggap perkara itu lumrah dalam politik. Ditanya tindakan pihak polis terhadap aduan yang pernah dibuat, katanya perkara itu perlu dirujuk kepada pihak polis.

Diminta mengulas mengenai Arumugam, beliau menyifatkan Arumugam seorang yang telah menjalankan tugas dengan baik. Ustaz Azizan juga menjelaskan bahawa ugutan yang diterima Arumugam telah berlaku sejak beliau memenangi kerusi Dun Bukit Selambau dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.

"Paling terakhir dia ditawarkan RM5 juta. Saya menghargai sikap beliau yang menolak tawaran sebanyak RM5 juta itu. Tapi kerana tekanan emosi, tekanan kepada keluarga, maka tidak ada jalan lain," terangnya yang turut membacakan penjelasan bertulis Arumugam.
[read more]

Is DAP defector... Perak's most hated woman?


[...] Jelapang assemblywoman Hee Yit Foong, who left the opposition DAP to join the ruling Barisan Nasional coalition (BN), is fast becoming the most hated woman in the Chinese community there.

The decision by Ms Hee and three other opposition assemblymen to leave the DAP and become BN-friendly independents gave the coalition enough numbers to take over the state government from the opposition.

Residents of the village said they had originally planned to demonstrate in front of her house, reported the New Straits Times.

But after some convincing from local DAP leaders, the villagers gave up the idea.

Instead, they rallied at the village's market square at 6pm on Friday.

Carrying banners and signs in Chinese and Malay, the villagers, led by Perak DAP Socialist Youth executive director Chai Wee Khun, chanted slogans calling MsHee a traitor to the village and a disgrace. [read more]

Mari menternak katak !


Menurutnya, penternakan katak yang dijalankan sejak 15 tahun di sekitar rumahnya itu semata-mata memenuhi permintaan masyarakat Cina.

"Sehingga kini saya mempunyai 29,000 ekor katak daripada spesies kacukan Siam dan Kelantan.

"Tetap masih tidak cukup untuk memenuhi kesemua permintaan pelanggan kerana terlalu tinggi," katanya.

Menurutnya, permintaan ini meningkat menjelang musim perayaan. [read more]

Radenjowo - Tong Lek ni nak kena ye? Dia dah ajar UMNO ternak katak ... Wakakakk !!!

Kenapa diam? Wakakak !!!

[...] Menurut Wan Hamidi Hamid di dalam akhbar Internet The Malaysian Insider, antara mereka yang mengkritik kuat aktiviti berpaling tadah atau melompat parti di dalam UMNO ialah:
  • Calon Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin
  • Ketua Penerangan UMNO Johor, Mohd Puad Zarkashi
  • Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Mohd Shafie Apdal
  • Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Rais Yatim
  • Presiden UMNO, Abdullah Ahmad Badawi
  • Menteri Pendidikan, Hishamuddin Hussein
Kini, aneh sekali, tiap-tiap satu daripada mereka ini membisu tanpa mengulas atau menyuarakan sepatah kata mengenai peristiwa bersejarah melompat parti di Perak yang menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di situ, termasuk mengenai pencapaian cemerlang pemecah rekod acara melompat ini, iaitu Nasaruddin Hashim, yang telah berjaya melompat sebanyak 2 kali (dari UMNO ke PKR dan sebaliknya) dalam tempoh singkat 10 hari — satu pencapaian yang tiada bandingan di dalam sejarah semasa politik mana-mana negara Asia mahupun di dunia. [read more]

Defections roil Malaysian politics - Aljazeera


[...] The Barisan Nasional (BN) claimed control of the state government after the three elected representatives, two of whom are facing corruption charges, quit their parties and backed the ruling party as independents.

The Pakatan Rakyat (PR), or People's Alliance, in a last-ditch attempt to hold on to power, refused to cede control of the state despite orders by the sultan to hand power to the BN.

The political crisis has sparked public outrage and widespread allegations that the defectors had been bought over by Umno, the main partner in the ruling BN.

The BN was denied the two-thirds majority for the first time in 40 years after the PR, a loose opposition coalition, made unprecedented gains in the March 8 general election. [read more]

Selangor to Defect Soon, not Kedah ? !

With the Malaysiakini reported that [Kedah's turn to feel defection heat] on yesterday news after the "EXPECTED" Perak 's defection, I have a different point of view.

To make this short, based on my own analysis, the most higest ranked state in defect soon is Selangor, instead of Kedah. :-
  1. Reliable source told that the initial formation of Selangor state was the PAS tied up with UMNO instead of PKR-PAS-DAP coalition;
  2. The initial and (to be fair) Perak 's MB supposed to be DAP 's ; but no qualified Bumiputra in that party, eventually "force" to hand over to Bumiputra 's lead party; [read more]

Fauzi Muda punya cerita

"Pada 11 Mac 2008, saya dibawa oleh kenalan saya, Sulaiman ke Kuala Lumpur untuk urusan perniagaan, tetapi tiba di Tol Jalan Duta, saya dibawa berjumpa tiga lelaki dan salah seorang daripadanya ialah Datuk Zainal Abidin Zin, bekas Timbalan Menteri Pertahanan kepada Najib dulu.

"Di situ, beliau memberitahu tujuan sebenar saya dibawa ialah untuk berbincang dengan Najib atas urusan politik. Saya terus dibawa ke Putrajaya, di kediaman Najib."Saya dibawa Najib ke bilik khas dan beliau merayu dan meminta saya mengusahakan menarik sekurang-kurangnya dua wakil rakyat dengan janji dia (Najib) bersedia membayar saya RM50 juta," katanya kepada pemberita di Pejabat PKR Perak di sini semalam. - Bharian
Dalam kenyataan bersumpah Fauzi semalam berkata, dia tiada bukti, tapi mahu Najib menafikan. Wakakak !!! Sapa nak ngaku?

Tapi hari ni ... pesanan sms yang di terima,
SPRM: Susulan akuan bersumpah Fauzi Muda, Ketua Bahagian Keadilan Ipoh Barat, AMK akan membuat laporan SPRM terhadap Najib atas tuduhan cuba menyogok ADUN Pakatan Rakyat Perak (3 Feb Esok) di Pejabat. SPRM, Putrajaya jam 12 tgh. Sila sebarkan.
Dan kalau ikut artikel Mat Saman kati ... di sini

Berita Panas

[...] Ini bermakna mereka sengaja mahu menggertak dua Exco PKR terbabit jika tidak mahu masuk UMNO dan tinggalkan PKR maka kes rasuah mereka akan diteruskan dan mereka bakal berhadapan dengan tindakan keras bahkan boleh dipenjarakan jika disabitkan dengan kesalahan. Namun, kami agak hairan dan musykil dengan senario ini sebenarnya. Sesuatu yang amat mendukacitakan jika Najib meneruskan usaha dan cara "politik baru"nya ini. Ternyata ia amat berbahaya dan perlu dielakkan demi perpaduan masyarakat berbilang kaum di negara ini. Kami juga difahamkan ketika ini rumah kediaman ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim juga sedang dikawal ketat oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak. Mereka sedang mengepung rumah ADUN terbabit kerana khuatir beliau juga akan diculik sama seperti apa yang berlaku kepada dua Exco PKR itu. Keadaan sungguh tegang ketika ini dan ia sudah pasti akan menimbulkan satu suasana yang tidak harmoni.
[read more]

--- pahangdaily

Najib plots two defections, while Nasarudin urges Umno members to join Pakatan

[...] The plot thickens in politically-charged Perak and a quick exchange is expected by many.

Incoming Umno president Najib Abdul Razak is believed to be in the last lap of negotiations with two KeADILan state representatives to defect, making up for the recent loss of Bota assemblyman Nasarudin Hashim to the Pakatan Rakyat component party.

Another Umno leader, Ahmad Zahid Hamidi, too has begun pumping up incentives to keep disgruntled state reps from leaving the Umno-led Barisan Nasional coalition.

Zahid promised BN assemblymen in Perak that they would soon receive development funds of RM300,000 each from the federal government. Each of their constituency would also be allocated RM1 million in public amenity projects.

“The allocation has been approved and will be distributed soon to the 27 BN assemblymen,” said Zahid, who is also Minister in the Prime Minister’s Department.

Meanwhile, Nasarudin has urged his former colleagues at Umno to follow him and join the Pakatan coalition, saying that the once-mighty Umno was too corrupt and could no longer command the respect of the Malay community.

“I believe they are matured enough to think for themselves,” said the 58-year old, who shocked Umno by resigning to join KeADILan a week ago.

“I have never seen such a large crowd not even for my ceramah during the general election last year. It is clear that the people support me and they are happy,” Nasarudin said, referring to the huge turnout that came to the Bota stadium to greet him and Opposition Leader Anwar Ibrahim. [read more]

Apa yang berlaku?

Ini adalah terjemahan seba hagian daripada artikel Raja Petra dalam Malaysia Today semalam. https://mt.m2day.org/2008/content/view/17434/84/

“Dua EXCO PKR ini telah hilang. Mereka telah hilang sejak empat hari lalu dan tiada sesiapa yang tahu dimana mereka tetapi mereka bukan ‘hilang’, sebaliknya berada didalam tangan pemimpin Umno. Dan UMNO mahukan mereka bersetuju kepada satu perjanjian. Terima RM10 juta seorang dan ‘menyeberang’ kedalam Umno ataupun dihantar kepenjara diatas tuduhan rasuah.

Pada hari dimana dua EXCO PKR ini ditahan dan di lindungi oleh Umno, seorang ADUN UMNO melompat kedalam PKR. Ini menghancurkan rancangan Umno. Mereka hanya memerlukan dua ADUN PKR untuk meruntuhkan Pakatan Rakyat diPerak. Tetapi apabila ADUN Umno menyeberang kedalam PR, perancangan ini tergendala. Sekarang mereka memerlukan tiga.

Mereka kemudianya menawarkan bekas ADUN Umno ini jawatan Menteri besar. Sekiranya dia bersedia kembali kedalam Umno dan BN merampas Perak dari PR, dia akan diberikan jawatan Menteri Besar. Umno memerlukan Nasruddin kembali kedalam Umno, kalau tidak…menahan dua EXCO PKR ini tidak memberi apa-apa makna. Walaupun dua EXCO ini bersetuju menerima RM10 juta, Umno masih gagal merampas Perak dari PR.

Walaupun mereka berjaya menahan dua EXCO PKR ini dan mengancam dengan pelbagai ugutan, Nasrudin telah menghalang perancangan mereka. Kini mereka mengugut Nasrudin..” Altantuya telah mati dan Bala telah hilang.” Apakah Nasrudin akan menerima nasib yang sama?”

Apa yang berlaku?

Perancangan Umno untuk memerangkap Jamaludin dan Osman telah dirancangkan sebaik saja Pilihanraya Kuala Terengganu berakhir. Pada masa itu, Umno tidak menyangka ADUN mereka sendiri akan menyeberang kedalam PKR. Najib mahukan Perak dirampas untuk menutup ‘kemaluan’ beliau yang hilang didalam dua pilihanraya kecil yang lalu.

Jamaludin dan Osman telah ditawarkan sejumlah RM10 juta setiap orang dan tuduhan mereka didalam kes rasuah akan digugurkan. Jamaludin dan Osman sudah bersedia untuk menerima tawaran ini dan hanya menunggu masa yang sesuai.

Walaubagaimanapun, perancangan ini telah dapat dihidu oleh Anwar dan Anwar telah mengarahkan Hj. Ismail untuk mempercepatkan usaha penyeberangan ADUN-ADUN Umno kedalam PKR untuk menghalang perancangan Umno ini.

Jamaludin dan Osman sebenarnya telah pun hilang pada hari Jumaat minggu lepas. Dan apabila mengetahui ‘kehilangan dua EXCO ini, Anwar telah mengarahkan Hj. Ismail membawa Nasrudin keKuala Lumpur dan terus mengumumkan kemasukan Nasrudin kedalam PKR. Ini telah menghancurkan perancangan Najib untuk merampas Perak dari PKR.

Sekiranya Anwar terlewat untuk bertindak, dan Jamaludin dan Osman bertindak lebih awal, maka Pakatan Rakyat Perak sudah pastinya tumbang. Sebenarnya, ada seorang lagi ADUN Umno yang menyertai Nasrudin ke Kuala Lumpur, tetapi hanya Nasrudin yang membuat pengumuman. Pasal apa? Yang tu aku tak dibenarkan cerita. Pandai-pandai la sendiri….

Selepas hari itu, pelbagai usaha telah dibuat oleh Umno untuk memujuk Nasrudin kembali kedalam Umno, malah telah di janjikan jawatan Menteri Besar sekiranya Nasrudin bersedia kembali kedalam Umno. Dan jangan terkejut…tawaran ini dibuat oleh Jamaludin sendiri yang menghubungi isteri Nasrudin!

Tidak diketahui sama ada Jamaludin diugut ataupun dengan kerelaan sendiri ketika membuat tawaran bagi pihak Umno ini. tetapi apa yang jelas, Umno begitu terdesak sehingga sanggup melakukan apa saja untuk merampas Perak dan mengembalikan ‘kemaluan’ Najib yang hilang.

Setakat ini, masih tidak diketahui apakah langkah Umno selanjutnya, dan aku jugak tak boleh nak cerita apakah yang sedang dilakukan oleh PKR. ramai yang menghantar email dan SMS bertanya, malah ada yang terlalu risau. Dan ada yang marah kat aku…bila aku kata ..”Relax!”

No.no.no….jangan risau! kalau setakat lompat melompat…aku tak risau. Ini macam main poker. Dan Anwar ada beberapa kad lagi yang masih belum dibuka.

Kecuali kalau Umno main kotor…. menggunakan kekerasan. Yang tu aku tak tau. Orang yang terdesak macam Najib mampu melakukan apa saja untuk mencapai cita-citanya.

Kalau Altantuya boleh mati…Bala boleh hilang…macam-macam boleh jadi.

--- dipetik dari perakexpress dan anwaribrahimblog

Keadaan di Bota gawat, kerajaan Perak tidak selamat lagi!

[...] Rafaie mengesahkan, di Bota keadaannya makin gawat dan cerita dua Exco Kerajaan Perak, Jamaluddin Md Radzi dan Osman Jalu akan melompat sudah bergentayangan sejak tiga hari lalu. Malah petang tadi, katanya, Jamaluddin ada menghubungi seorang rakannya (pimpinan PKR Perak) mengesahkan "Kerajaan Perak akan tumbang" malam ini, dalam perbualan itu.

Rafaie kesal dengan sikap beberapa pimpinan PAS seolah-olah 'tidak tahu menahu' apa yang sedang terjadi. Dua Exco ini dikatakan sudah dikuarantin di rumah Najib Tun Razak di Pekan, Pahang. Namun timbul kecurigaan melampau, bagaimana SPRM boleh dibabitkan?

Dua Exco ini, mengikut sumber adalah dua Adun dan Exco Perak yang akan melompat ke BN malam ini atau pada masa terdekat. Sementara Nasharuddin Hashim ditawarkan oleh Najib Tun Razak menjadi Menteri Besar Perak yang baru sekiranya BN kembali berkuasa. Ini menjadikan tiga Adun PKR yang akan melompat, kata sumber itu tanpa menolak kemungkinan ia akan diikuti oleh dua Adun DAP yang dikatakan bermasalah. [read more]

Exco PKR bertemu Najib di Pekan?

Sejak beberapa hari lalu, dua exco kerajaan Perak daripada PKR mencetuskan pelbagai spekulasi akan menyertai BN susulan tindakan wakil rakyat Bota meninggalkan Umno hujung minggu lepas.

Petang ini, desas-desus mula bertiup kencang kedua-duanya Jamaluddin Mat Radzi dan Osman Jailu berada di Pekan, Pahang dalam usaha berunding dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak di kediamannya.

Malaysiakini difahamkan PKR sedang memantau dengan dekat perkembangan di Pekan setelah kedua-duanya gagal dihubungi oleh pemimpin negeri, parti dan keluarga mereka sendiri.

Sementara itu PKR Perak mendakwa Najib sedang berunding dengan mereka agar menyertai BN, termasuk untuk menggugurkan kes rasuah terhadap mereka yang ditahan Ogos tahun lalu.

"Kami percaya kehilangan mereka ada hubungan rapat dengan
pertuduhan kes rasuah yang sedang mereka hadapi dan perbicaraan kes tersebut akan bermula pada 10 Februari," kata penegerus perhubungannya Osman Abdul Rahman. --- malaysiakini

NAJIB THE CONSPIRATOR TRYING HIS LUCK AGAIN

228f3983459f7e55f5d107de40b8d5e8
Perak PKR has accused Deputy Prime Minister Najib Abdul Razak of attempting to entice two state executive councillors (exco), who have been missing for four days, to defect. How much has Najib paid these two guys to defect to UMNO? This main suspect in Altantuya’s murder case and conspirator of Anwar’s second sodomy is now engaged in this ugly trick, engineering the defection of these two state assemblymen. He has so far escaped the arms of law by his constant denial of all the wrong actions carried out by him. We must put an end to all the atrocities committed by him. [read more]

Kehilangan 2 Adun KeADIlan Perak Membimbangkan

Kehilangan dua Adun KeADILan yang juga exco kerajaan Perak sejak empat hari lalu membimbangkan bukan saja oleh parti tetapi juga oleh ahli keluarga mereka. Demikian kata Ketua Perhubungan KeADILan Perak Osman Abdul Rahman.

Kedua-dua exco tersebut ialah Jamaluddin Md Radzi dan Osman Jalu. Menurut Osman, bagaimana pun pihaknya menjangka kehilangan itu ada kaitan dengan cubaan Barisan Nasional memujuk mereka dengan imbuhan termasuk tawaran wang ringgit.

“Kami percaya ada usaha-usaha oleh Barisan Nasional untuk memujuk kedua-dua exco ini bagi menyertai BN dan sebagai imbuhan terdesak Najib Tun Razak termasuk menggugurkan kes rasuah mereka berdua,” kata Osman dalam sebuah kenyataan akhbar.

Kedua mereka ditangkap dalam satu serbuan meragukan menjelang Pilihanraya Umum Mac tahun lepas. Kes mereka akan dibicarakan bermula 10 Februari depan.

“Dari awal lagi kami amat yakin pertuduhan dalam kes tersebut adalah satu pertuduhan palsu yang direkacipta oleh Umno dan BN sebagai satu ugutan politik,” tambah Osman.

“Namun kami berharap kedua-dua pemimpin ini berada dalam keadaan selamat dan berpegang teguh kepada prinsip perjuangan parti selama ini dan tidak terperangkap dengan mujslihat Umno/BN yang kononnya inginkan penyertaan mereka untuk membela nasib Melayu,” tambah beliau.
---suarakeadilan

Jamaluddin Md Radzi dan Osman Jalu dibimbangi telah diculik BN?


DALAM sibuk semua orang menganalisa dan bercerita tentang penghijarahan (lompat) Adun Bota, Nasharuddin Hashim ke dalam KeADILan, rupa-rupanya ada cerita baru tentang kehilangan dua Adun KeADILan yang juga Exco Kerajaan Perak sejak empat hari lalu membimbangkan bukan saja oleh parti KeADILan tetapi juga oleh ahli keluarga mereka.

Ini pendedahan Ketua Perhubungan KeADILan Perak, Osman Abdul Rahman yang turut dilaporkan oleh Malaysiakini dan Suara KeAdilan. Kedua-dua exco tersebut ialah Jamaluddin Md Radzi dan Osman Jalu. Mereka juga dibabitkan dengan kes rasuhan ketika Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh dan menjadi isu kontroversi. [read more]