No action against Ahmad Ismail

KUALA LUMPUR, Jan 31 — Datuk Ahmad Ismail, the man who put race relations on a knife’s edge with his comments about Chinese in Malaysia in August last year, will remain a free man — for the time being.

The police have wrapped up investigations into a sedition charge against him but thanks to the intervention of senior party leaders, the veteran Penang Umno politician is not likely to see the inside of the courtroom anytime soon.

Umno sources told The Malaysian Insider that several delegations of party officials from Penang made representations to the Umno leadership on behalf of Ahmad over the past week, arguing that he has already paid a severe price for calling Chinese “immigrants’’ and “squatters’’ during a political rally in the run-up to the Permatang Pauh by-election.

Ahmad was suspended from holding any positions in Umno for three years by the party’s supreme council. His supporters also pointed out that charging him in court would merely re-ignite debate on race and religious issues and further complicate relations between component parties in Barisan Nasional. [read more]

UMNO kebal undang undang ... Chiiittttt !!!

Keadaan di Bota gawat, kerajaan Perak tidak selamat lagi!

[...] Rafaie mengesahkan, di Bota keadaannya makin gawat dan cerita dua Exco Kerajaan Perak, Jamaluddin Md Radzi dan Osman Jalu akan melompat sudah bergentayangan sejak tiga hari lalu. Malah petang tadi, katanya, Jamaluddin ada menghubungi seorang rakannya (pimpinan PKR Perak) mengesahkan "Kerajaan Perak akan tumbang" malam ini, dalam perbualan itu.

Rafaie kesal dengan sikap beberapa pimpinan PAS seolah-olah 'tidak tahu menahu' apa yang sedang terjadi. Dua Exco ini dikatakan sudah dikuarantin di rumah Najib Tun Razak di Pekan, Pahang. Namun timbul kecurigaan melampau, bagaimana SPRM boleh dibabitkan?

Dua Exco ini, mengikut sumber adalah dua Adun dan Exco Perak yang akan melompat ke BN malam ini atau pada masa terdekat. Sementara Nasharuddin Hashim ditawarkan oleh Najib Tun Razak menjadi Menteri Besar Perak yang baru sekiranya BN kembali berkuasa. Ini menjadikan tiga Adun PKR yang akan melompat, kata sumber itu tanpa menolak kemungkinan ia akan diikuti oleh dua Adun DAP yang dikatakan bermasalah. [read more]

Exco PKR bertemu Najib di Pekan?

Sejak beberapa hari lalu, dua exco kerajaan Perak daripada PKR mencetuskan pelbagai spekulasi akan menyertai BN susulan tindakan wakil rakyat Bota meninggalkan Umno hujung minggu lepas.

Petang ini, desas-desus mula bertiup kencang kedua-duanya Jamaluddin Mat Radzi dan Osman Jailu berada di Pekan, Pahang dalam usaha berunding dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak di kediamannya.

Malaysiakini difahamkan PKR sedang memantau dengan dekat perkembangan di Pekan setelah kedua-duanya gagal dihubungi oleh pemimpin negeri, parti dan keluarga mereka sendiri.

Sementara itu PKR Perak mendakwa Najib sedang berunding dengan mereka agar menyertai BN, termasuk untuk menggugurkan kes rasuah terhadap mereka yang ditahan Ogos tahun lalu.

"Kami percaya kehilangan mereka ada hubungan rapat dengan
pertuduhan kes rasuah yang sedang mereka hadapi dan perbicaraan kes tersebut akan bermula pada 10 Februari," kata penegerus perhubungannya Osman Abdul Rahman. --- malaysiakini

NAJIB THE CONSPIRATOR TRYING HIS LUCK AGAIN

228f3983459f7e55f5d107de40b8d5e8
Perak PKR has accused Deputy Prime Minister Najib Abdul Razak of attempting to entice two state executive councillors (exco), who have been missing for four days, to defect. How much has Najib paid these two guys to defect to UMNO? This main suspect in Altantuya’s murder case and conspirator of Anwar’s second sodomy is now engaged in this ugly trick, engineering the defection of these two state assemblymen. He has so far escaped the arms of law by his constant denial of all the wrong actions carried out by him. We must put an end to all the atrocities committed by him. [read more]

Kehilangan 2 Adun KeADIlan Perak Membimbangkan

Kehilangan dua Adun KeADILan yang juga exco kerajaan Perak sejak empat hari lalu membimbangkan bukan saja oleh parti tetapi juga oleh ahli keluarga mereka. Demikian kata Ketua Perhubungan KeADILan Perak Osman Abdul Rahman.

Kedua-dua exco tersebut ialah Jamaluddin Md Radzi dan Osman Jalu. Menurut Osman, bagaimana pun pihaknya menjangka kehilangan itu ada kaitan dengan cubaan Barisan Nasional memujuk mereka dengan imbuhan termasuk tawaran wang ringgit.

“Kami percaya ada usaha-usaha oleh Barisan Nasional untuk memujuk kedua-dua exco ini bagi menyertai BN dan sebagai imbuhan terdesak Najib Tun Razak termasuk menggugurkan kes rasuah mereka berdua,” kata Osman dalam sebuah kenyataan akhbar.

Kedua mereka ditangkap dalam satu serbuan meragukan menjelang Pilihanraya Umum Mac tahun lepas. Kes mereka akan dibicarakan bermula 10 Februari depan.

“Dari awal lagi kami amat yakin pertuduhan dalam kes tersebut adalah satu pertuduhan palsu yang direkacipta oleh Umno dan BN sebagai satu ugutan politik,” tambah Osman.

“Namun kami berharap kedua-dua pemimpin ini berada dalam keadaan selamat dan berpegang teguh kepada prinsip perjuangan parti selama ini dan tidak terperangkap dengan mujslihat Umno/BN yang kononnya inginkan penyertaan mereka untuk membela nasib Melayu,” tambah beliau.
---suarakeadilan

MB: Selangor still waiting for Syabas audit response

SHAH ALAM, Jan 31 — The Selangor government is urgently waiting for a response from the Energy, Water and Communications Ministry on the audit report on water concessionaire Syabas Bhd, said Selangor Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"We wrote a letter more that a month ago to the minister concerned (Datuk Shaziman Abu Mansor) but have yet to get a reply. This is quite urgent because we need to resolve not only the concession awarded to Syabas but also on the restructuring of water industries in Selangor," he told reporters after Kolej Antarabangsa Industri Pendidikan Selangor (INPENS) 13th convocation today. [read more]

Robbery suspect alleges assault by cops

KUALA LUMPUR: Police are investigating a report that a robbery suspect was allegedly assaulted by three policemen during an interrogation at the Negri Sembilan Police Contingent headquarters on Jan 22.

Negeri Sembilan police chief Datuk Osman Salleh said the man, in his 30s, claimed that the assault left him with neck, hand and leg injuries.

“He was taken to the Tuanku Jaafar Hospital (in Seremban) last Sunday after he complained of neck pain.

“An initial report showed a fracture of the neck. However, according to doctors, the suspect had broken his neck before.

“He will be examined again, this time at the Kuala Lumpur Hospital to determine whether it was recent or old fracture,” he told reporters at the Royal Malaysian Police Golf Course at the Titiwangsa Lake Garden here Saturday. [read more]

Jamaluddin Md Radzi dan Osman Jalu dibimbangi telah diculik BN?


DALAM sibuk semua orang menganalisa dan bercerita tentang penghijarahan (lompat) Adun Bota, Nasharuddin Hashim ke dalam KeADILan, rupa-rupanya ada cerita baru tentang kehilangan dua Adun KeADILan yang juga Exco Kerajaan Perak sejak empat hari lalu membimbangkan bukan saja oleh parti KeADILan tetapi juga oleh ahli keluarga mereka.

Ini pendedahan Ketua Perhubungan KeADILan Perak, Osman Abdul Rahman yang turut dilaporkan oleh Malaysiakini dan Suara KeAdilan. Kedua-dua exco tersebut ialah Jamaluddin Md Radzi dan Osman Jalu. Mereka juga dibabitkan dengan kes rasuhan ketika Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh dan menjadi isu kontroversi. [read more]

Dua Adun KeADILan Perak 'hilang' empat hari

Harakahdaily
Sat | Jan 31, 09 | 8:59:22 pm MYT

KUALA LUMPUR, 31 Jan (Hrkh) -Kehilangan dua Adun KeADILan yang juga exco kerajaan Perak sejak empat hari lalu membimbangkan bukan saja oleh parti tetapi juga oleh ahli keluarga mereka.

Demikian kata Pengerusi Perhunbungan Negeri KeADILan Perak Osman Abdul Rahman dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily petang tadi.

Menurut Osman, kedua-dua exco tersebut ialah Jamaluddin Md Radzi dan Osman Jalu dan pihaknya menjangka kehilangan itu ada kaitan dengan cubaan Barisan Nasional (BN) memujuk mereka dengan imbuhan termasuk tawaran wang ringgit.

"Kami percaya ada usaha-usaha oleh BN untuk memujuk kedua-dua exco ini bagi menyertai BN dan sebagai imbuhan terdesak Najib Tun Razak termasuk menggugurkan kes rasuah mereka berdua," kata Osman.

Kedua mereka ditangkap dalam satu serbuan meragukan menjelang Pilihanraya Umum Mac tahun lepas dan kes mereka akan dibicarakan bermula 10 Februari depan. [read more]

Siapa lompat?

[read more]

ALLAH SELAMATKAN SULTAN KAMI
ALLAH SELAMATKAN SULTAN KAMI
Sabtu, 2009 Januari 31
Kenyataan Media PPN Perak

–KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA–
Ipoh, 31 Januari 2009

Kami ingin memaklumkan dua orang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak dari Parti Keadilan Rakyat; YB Jamaluddin Mat Radzi dan YB Osman Bin Jailu tidak dapat dihubungi sejak empat hari yang lalu, bukan sahaja oleh parti tetapi juga oleh ahli keluarga mereka.

Kami percaya kehilangan mereka ada hubungan rapat dengan pertuduhan kes rasuah yang sedang mereka hadapi dan perbicaraan kes tersebut akan bermula pada 10hb Februari 2009.

Dari awal lagi kami amat yakin pertuduhan dalam kes tersebut adalah satu pertuduhan palsu yang direkacipta oleh UMNO dan BN sebagai satu ugutan politik.

Kami percaya ada usaha dari Barisan Nasional untuk memujuk kedua-dua Exco ini bagi menyertai BN dan sebagai imbuhan terdesak Dato’ Seri Najib termasuk menggugurkan kes rasuah mereka.

Namun kami berharap kedua-dua pemimpin ini berada dalam keadaan selamat dan berpegang teguh kepada prinsip perjuangan parti selama ini dan tidak terperangkap dengan muslihat UMNO-BN yang kononnya inginkan penyertaan mereka untuk membela nasib Melayu.

HAJI OSMAN ABDUL RAHMAN
Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Perak

di petik dari sya~reform

MIC Buat Laporan Polis Blog Kutuk Kaum India

PETALING JAYA, 31 Jan (Bernama) -- Putera MIC hari ini membuat laporan polis berhubung kewujudan blog 'Pendekar Tanahair' yang didakwanya mengandungi pelbagai unsur hasutan, tuduhan dan cacian yang menyinggung sensitiviti masyarakat India di negara ini.

Ketua Penerangan Putera MIC, A. Premnath berkata tindakan penulis blog berkenaan yang menggunakan nama samaran 'Pendekar Ramlee' dan gambar seniman negara, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee telah mengaibkan nama seniman tersohor itu.

"Kami menemui laman web http://pendekartanahair.blogspot.com ini semalam dan mendapati tulisan-tulisan blogger itu menghina kaum India selain dilemparkan dengan kata-kata kesat dan menyakitkan.

"Blogger berkenaan menyalahgunakan nama dan gambar P.Ramlee yang kita semua hormati. Tulisan seperti itu bukan sahaja membakar perasaan kaum India tetapi juga kepada mereka yang membacanya," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah Petaling Jaya di sini.

Premnath mendakwa sekurang-kurangnya enam entri yang memperkatakan dan menghina kaum ketiga terbesar di negara ini disiarkan di dalam blog berkenaan.

Usaha Bernama untuk melayari laman blog itu gagal dan mendapati blog berkenaan telah ditutup untuk orang awam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu dan berkata pihaknya akan menyiasat.

-- BERNAMA

Gerakan anti-PPSMI julung kali ke jalan

[...] Bagaimanapun, hasrat penganjurnya Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) untuk mengumpulkan 500 pencinta bahasa tidak tercapai walaupun kelibat beberapa tokoh terkenal bahasa dan sastera dalam program itu menyelamatkan keadaan.

gmp protest 310108 crowdProgram itu hanya dikerumuni kira-kira seratus orang yang lalu-lalang bagi membeli-belah di kompleks popular itu.

Perhimpunan itu bermula dalam keadaan hujan renyai-renyai yang turun sejak jam 1 tengah hari lagi.

Bagaimanapun ia berakhir tanpa sebarang masalah dengan polis, walaupun permohonan permit berhimpun tidak dibuat. [read more]

Liputan dari SOGO (Bantahan PSSMI)

3.56 ptg
Ada yang sedang menebeng. Ada yang sedang mencangkok. Ada yang sedang tercegat.

Para demonstran masih datang berduyun-duyun.

Awal tadi ada 1000 orang.

Para gedebe yang kelihatan :

Hassan Ahmad
Tian Chua
Baha Zain
Awang Sarian
Khalid Salleh
Ketua Angkatan Muda Paarti Keadilan Rakyat
Ketua Pemuda Pas Wilayah
Pemuda-pemuda AMK
Pemuda-pemuda Pas
laporan dari Tukartiub

3.52 ptg
Sedikit selingan..menurut berita Bernama kemungkinan tambang bas dan teksi akan naik bulan april. klik sini
Kakakaka ... BN barang naik ... padan muka. Wakakaka !!!

3.49 ptg
Tiada FRU yang hadir. Cuma anggota polis biasa. Menjadikan keadaan menjadi macam tak normal. Wakakaka !!
Blogger mat Comot dan kulup sakah yang berada di sana memberikan markah 5 bintang untuk kecemerlangan pihak polis.

3.42 ptg
hasni abas gmp 300109laporan terdahulu di Mkini
Kira-kira 500 pencinta bahasa dijangka memenuhi ruang depan kompleks membeli-belah Sogo membantah pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Ingeris (PPSMI)

3.36 ptg
Orang ramai masih turun berkumpul.
Kenyataan tentang ajenda bahasa dibacaakan.
Kelihatan Dinsman dan Samad Said.
Ainon Muhamad juga kelihatan di hadapan Sogo.
Para demonstran masih berligar-ligar di sekitar Sogo.
Sasterwaan kelihatan menghilangkan diri. Mereka menjadi orang halimunan. - T Tiub

3.34 ptg
Tian Chua sudah datang !!! ... Orang ramai sudah hampir 300 orang. Masih ramai yang sedang datang dari pelbagai penjuru. Penampilan istimewa Blogger Kulup Sakah turut berada di sana.
- Laporan dari Mat Comot

3.32 ptg
Blogger Mat Comot melaporkan, Pelakun Khalid Salleh turut berada di sana menyertai perhimpunan.

3.29 ptg

dr hassan ahmad and gmp 100 thousand protest anti english language 080109Untuk pengetahuan semua Dato Dr. Hassan adalah Bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Beliau kini memimpin Sekretariat Selamatkan Bahasa Melayu yang kini dikenali sebagai Gabungan Mansuhkan PPSMI

3.26 ptg
Para pemimpin yang terdiri dari Dato Hassan dan beberapa pemimpin Akademik sedang berehat. Hujan masih renyai renyai. Pihak polis memberikan kerjasama yang cukup baik.
Tapi pak guard SOGO plak yang lebih lebih.

3.12 ptg
Di laporkan perjumpaan bermula lebih awal. Dato' Hassan hadir membuat ucapan dan kelihatan A. Samad Said juga hadir.

2.45 ptg
Jumlah Anggota FRU dan polis lebih ramai dari peserta. Tidak di ketahui jumlah peserta kerana masih ramai yang berada di dalam SOGO dan persekitaran. - Laporan dari Mat comot

2.30 ptg
Hujan lebat telah berlalu. Para demonstran telah mula kelihatan berkeliaran.
Ramai pula sedang berkumpul di pintu masuk Sogo.
Hujan renyai tidak menggangu semangat yang panas. - Tukartiub

Jom bantah guna Bahasa Inggeris

Seluruh rakyat Malaysia yang prihatin terhadap Bahasa Melayu dan masa depan pendidikan Malaysia, jom sertai Perhimpunan Aman membantah pengajaran pelajaran Matematik dan Sains di dalam Bahasa Inggeris serta Sidang Media yang akan diadakan pada hari ini seperti berikut :

Tarikh : 31 Januari 2009 (Hari ini !!!)
Hari : Sabtu
Masa : 3 petang
Tempat : Dataran Kompleks SOGO, Jalan TAR, Kuala Lumpur

Lepas tu boleh gi shopping !!!

Projek kumpul Blogger Selangor

Nampaknya Bloggernetwork@Perak dah menampakkan kejayaan. Tahniah rakan rakan ... aman ABO, radenbanjar, mamamat, msk, syah .. dan lain lain nya.

Tapi di Selangor agak slow. Mungkin blogger kat Selangor ni ramai yang makan gaji. Ataupun ramai yang gemar jadi Batman dan Zorro, keluar kampung pakai topeng .... yeah yeahhhhhhhh !!! Amuk rock. Wakakaka !!!

Ahahhhh .... aku antaranya. Pakai topenggggggggg.!!!
Wakakak !!!

Tapi sekarang sudah nampak titik mula.
Ada kesungguhan beberapa blogger Selangor menuju ke arah yang sama. Berkumpul di bawah satu bumbung, melahirkan idea dan cuba memperbaiki diri serta kerajaan Pakatan Rakyat.

Kunjungi

Dan cuba rapatkan diri, berkenal mesra dan berikan penyertaan di dalam bentuk komen di dalam ruangan komen artikel mereka. Kalau yang masih gemar untuk bertopeng topengan ... berikan senarai nama blog anda pada mana mana blogger Selangor seperti Zubli, ISA, Mat Comot atau Perisik Rakyat untuk di senaraikan. Sebarang berita dan perkembangan, boleh di kongsi bersama. Kita berbicara di dalam alam maya. Huh ... macam bidadari.

Penyertaan bukan sahaja dari blogger politik, tapi apa jua blogger, termasuk blog pertanian, alam sekitar, cerita pasal kampung, pasal kereta ... oppppsssss bukan untuk '3gp melayu'.

Mai joint !!!
Mari perkukuhkan benteng !!!
Lagi ramai .... lagi gempak !!!!

Aku? masih dengan topengnya tapi dah joint !!! Wakakakak !!!

Daftar online, sekadar penyedap hati

http://www.lazyenvironmentalist.com/pages/GreenInternetChild.JPG
Bila cerita tentang usaha lompat parti pemimpin UMNO ke Pakatan Rakyat yang semakin menjadi jadi sekarang, UMNO terpaksa meredakan kehangatan cerita tersebut dengan usaha mendaftar keahlian UMNO menerusi kaedah ONLINE. Cannnnggggihhhh !!!

Tindakan desperado UMNO ini di lihat sebagai usaha menyedapkan hati kalangan ahli ahli UMNO agar menyangka bahawa ramai yang masih suka dan ingin menyertai UMNO. Satu lagi usaha tipu ... wakakakakak !!!

Apa yang bakal mengejutkan kita satu hari nanti apabila ada pihak pihak tertentu yang bakal membuat laporan polis bahawa nama nama mereka di daftarkan menjadi ahli UMNO tanpa kerelaan. Korang tunggu je la ... wakakakak !!!

Ahli UMNO sejak bayi? Wakakakakak ..... tak pelik kan?

Apa apa pun ....
Sekarang ni dah tiba masa untuk kita jaga IC masing masing agar tak di cilok oleh pihak yang tidak bertanggung jawab. Toyol dah mula curi IC bukan curi duit lagi .. .wakakak !!!

Masih menjadi tandatanya ... bila agaknya UMNO akan lancarkan kaedah keluar UMNO secara online. Mudah kan ... tu pun kalau UMNO berani la.

Dengan kaedah itu, ADUN ADUN yang nak kuar parti tu tak payah lah serah borang pada Ketua Penearangan UMNO Negeri lagi. Wakakakakka !!!

Azeez nafi Putera UMNO terlibat dalam perhimpunan bantah SPRM

KUALA LUMPUR: Putera Umno telah menafikan anggotanya terlibat di dalam perhimpunan pada hari Kamis memprotes tindakan Malaysia Anti-Corruption Agency menyiasat salah laku politik wang kepimpinan UMNO.

Ketua Biro Putera Umno Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim menyatakan kelmarin bahawa laporan beberapa anggotanya terlibat dalam demonstrasi singkat menyerahkan memorandum kepada Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi adalah tidak benar.

Rujuk berita SINI

AKUJANJI WAKIL RAKYAT UMNO & BN


dokpakkagawa
via Marhaen

Kekalkan SAYAP UMNO?


Exco nikah bekas Ketua Puteri Perlis
KANGAR 30 Jan
. - Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Perlis, Abdul Jamil Saad, 47, yang menduda sejak hampir dua tahun lepas, melangsungkan perkahwinan dengan bekas Ketua Puteri UMNO Perlis, Marzita Mansor di sini malam semalam.

Majlis akad nikah yang turut dihadiri Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu dan Anggota Parlimen Kangar, Datuk Seri Mohd. Radzi Sheikh Ahmad itu berlangsung di kediaman pengantin perempuan di Kampung Guru dekat sini.

Akad nikah dengan mas kahwin sebanyak RM5,500 dilakukan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Mansor Ibrahim dengan disaksikan imam Masjid Tun Abdul Razak, Repoh, Kassim Abu. [read more]

Wakakakak !! .... Patutla .... Wakakaka !!!

Baca Puisi pun kena mohon Permit Polis

Semakin parah Malaysia sekarang ni. Nak buat program baca puisi pun kena permit polis. Pendeklmator puisi di negeri Pahang diminta memohon permit polis bagi majlis baca puisi di Felda Jenderak Utara, 7 Februari 2009 ini, menurut aktivis budaya L. Mankadir Shamsi.

Pihak polis mengklasifikasikan majlis baca puisi berkenaan bermotif politik apabila pendeklamator yang dijangka turut hadir ialah Haji Suhaimi Said dan Badrul Hisham Shahrin merupakan aktivis parti pembangkang.

Bagaimanapun kata Mankadir, pihak penganjur memenuhi permintaan polis bagi memohon permit tersebut. [read more]

Umno disciplinary board forced to prosecute selectively - Zaid

[...] But Zaid maintains that the board has no clear mandate from the party leadership to deal with money politics.

“When I was suspended for allegedly being involved in money politics, I knew that Tengku Din, although chairman, was not involved in making the decision. Someone else in the management wanted me out,” he said of his suspension when he was still Kota Baru chief.

Zaid added that Umno members will be subject to investigation “if he does not belong to the right camp” but others will “escape with impunity”.

Stating that Rithauddeen now realises the futility of his task, Zaid called on the veteran Umno man to retire and resign from the tribunal.

Zaid also sent a sarcastic warning to Umno leaders not to criticise the disciplinary board as it violated party ethics.

“Look what happened to me for criticising the tribunal and not wanting to apologise. I got suspended because they said I violated party ethics,” he said. [read more]

Anak saudara Presiden PAS maut dilanggar kereta milik KPN

Anak saudara Presiden PAS, Abdul Qahar Mansor maut dalam satu kemalangan jalan raya di Kuala Terengganu kira-kira jam 10 pagi semalam.

Beliau dilanggar oleh sebuah kereta Honda CRV nombor plat WNN 6517 yang didaftarkan atas nama Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Qahar yang berusia 23 tahun maut selepas dilanggar Honda CRV dipandu seorang anggota polis yang dikenali sebagai Lans Koperal Mohd Farez di Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.

Menurut peguam keluarga mangsa, Fariz Mustafa, kemalangan tersebut terjadi ketika mangsa dalam perjalanan dari rumahnya di Rusila menuju ke Kuala Terengganu.

Ketika sampai di sekitar Masjid Tengku Tengah Zaharah, Kuala Ibai, motorsikal yang ditunggangi beliau dilanggar kereta yang dipandu Mohd Farez yang baru sahaja selesai membeli keropok di sebuah kedai berhampiran yang ingin membuat pusingan U di jalan tersebut. [read more]

Pemimpin UMNO Sapu RM 20 juta, Projek Jambatan Sultan Yahya Petra 2 Terbengkalai.

http://buletinonline.net/images/stories/berita/skandaljsyp.jpg
[...] ”JKR kata harga sebenar jambatan ini, kalau diberi secara tender (terbuka) paling mahal berharga RM 110 juta,”katanya.

Katanya kelulusan projek JSYP2 hampir kepada waktu pilihanraya umum yang lalu dimana perasmian pecah tapak projek tersebut dilakukan oleh Perdana Menteri tanpa menjemput Menteri Besar Kelantan.

Oleh itu, setelah perasmian tapak tersebut, katanya, syarikat berkenaan telah menuntut bayaran daripada kerajaan pusat lebih dari RM 20 juta.

Beliau berkata apabila mendapat bayaran dari kerajaan persekutuan, syarikat tersebut tidak meneruskan pembinaan JSYP2 dan terbengkalai sehingga kini.

”Akhirnya dia telah tuntut sebanyak lebih dari RM 20 juta, lepas itu dia pun tinggal (projek), tidak buat, sampai ke hari ini tidak buat, pitih RM 20 juta dia kebas,

”Ketua Pemuda UMNO Kota Bharu beli kereta Porsche sebuah, nombor plate DBH1, yang harganya lebih sejuta ringgit,”dedah Ustaz Wan Ismail.

Katanya projek pembinaan JSYP2 yang terbengkalai adalah satu bukti bagaimana pemimpin UMNO menipu kontrak kerajaan.

”Dahlah boleh (mendapat) kontrak dengan harga yang mahal, tipu kerajaan pula, ambil pitih tapi tak buat kerja,”tambahnya. [read more]

Politik wang: Biar UMNO siasat sendiri

SEPANG 30 Jan. - UMNO akan menyiasat sendiri dan memutuskan sebarang bentuk tindakan ke atas mana-mana pemimpin atau ahli yang didapati bersalah kerana politik wang.

Ketua Penerangannya, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, perkara itu diputuskan oleh Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang bermesyuarat malam tadi.

Menurutnya, sebarang perkara berkaitan dengan UMNO seharusnya diselesaikan di dalam parti meskipun aduan atau laporan yang diterima datang daripada pihak luar.

"Saya fikir, hal-hal berkaitan parti seperti apa yang diputuskan MT malam tadi biarlah disalurkan kepada parti.

"Aduan boleh datang dari mana-mana tapi hal-hal parti, biar parti putuskan," katanya ketika ditemui pemberita pada program Apa Khabar Orang Kampung anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di Sungai Pelek di sini hari ini. - utusan

Wakakaak !!! Rasuah UMNO ... UMNO siasat. Wakakaka !!!!
Tak payah buang masa la. Kalau nak cakap tak payah siapa siasat pun .. sebut je la.
Wakakak !!!

Murugiah sedih disalah erti

KUALA LUMPUR 30 Jan. - Usahkan hendak mendapat sokongan sebaliknya dihentam pula dan menghadapi kemungkinan dikenakan tindakan undang-undang.

Senator T. Murugiah sedih apabila niat baiknya mewakili kerajaan menemui keluarga mendiang A. Kugan yang mati dalam tahanan polis disalahertikan.

Lebih menyedihkan beliau, tindakannya itu yang dibuat atas kapasiti sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal masyarakat India tidak difahami oleh pemimpin Barisan Nasional (BN) lain.

''Saya perlu pergi (ke rumah mayat Hospital Serdang) kerana saya dilantik oleh Perdana Menteri untuk menjaga hal ehwal orang India.

''Kalau saya tak pergi, mungkin mereka lebih emosional dan sudah berarak ke balai polis pada malam itu,'' katanya ketika menghubungi Utusan Malaysia di sini. [read more]

"Saya terbuka untuk disiasat" - Datuk Nasarudin


PETALING JAYA:
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Datuk Nasarudin Hashim yang menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ahad lalu hari ini menegaskan beliau terbuka untuk disiasat oleh mana-mana pihak termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Niat saya (keluar Umno dan BN) adalah bersih dan pendirian saya menyertai (Parti Keadilan Rakyat) adalah untuk mencari platform baru untuk berkhidmat kepada rakyat. Saya dapat platform itu.

"Tidak lebih daripada... saya boleh siasat, saya terbuka untuk siasatan," kata beliau ketika dihubungi mStar Online pagi ini.

Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan berkata, pihaknya akan menyiasat Nasarudin jika wujud elemen rasuah dalam keputusannya menyertai PKR dan Pakatan Rakyat awal minggu ini. [read more]

Himpunan bantah PPSMI di Sogo esok

Kira-kira 500 pencinta bahasa dijangka memenuhi ruang depan kompleks membeli-belah Sogo membantah pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Ingeris (PPSMI) esok.

Beberapa tokoh utama bahasa seperti bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Datuk Dr Hassan Ahmad, penyair Dinsman, bekas profesor bahasa Dr Abdullah Hassan dan penulis Ainon Mohd akan turut serta.

Keempat-empat mereka menganggotai jawatankuasa Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP), penganjur tunjuk perasaan itu yang dinamakan majlis pelancancaran perhimpunan besar 100,000 rakyat. [read more]

Jika demo gagal, undi protes PPSMI, kata A Samad Said

PENYAMUN WARISAN UMNO DALAM KERAJAAN PAKATAN RAKYAT

[...] Dah empat kali aku bersembang dengan seorang penyamun veteran yang aktif di Perak, Selangor, Pahang dan Kelantan sejak 20 tahun lalu. Penyamun ini nampaknya turut beralih cara dan halatuju bersama tsunami PRU12. Walau pun masih aktif dalam bisnes yang sama, tapi modus operandi dan hala tuju untungnya nampak dah dimodified. Kalau tak OK sangat pun, kira OK jugalah. Perubahan awal yang ada potensi bertambah baik.

Dia menceritakan satu kes panas yang baru berlaku dan belum selesai lagi pun. Walau pun hanya SATU kes namun begitulah realiti bagi kes-kes yang lain.

Kata si penyamun ... rakan dalam kumpulannya mendapat khabar bahawa kantung Yayasan Perak (YP) dah kontang. YP perlukan duit untuk melaksanakan aktiviti dan program yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan. Maka rakan penyamun pun berundinglah dengan pengurusan atasan YP. YP dicadangkan minta kawasan balak. Yayasan memohon kepada Jabatan Hutan. Kelulusannya dalam mesyuarat Exco. Pendek kata 'kerajaan memohon kepada kerajaan'. Tak kan lah tak boleh dapat.

Ogos 2008 Jabatan Hutan luluskan lebih kurang 40 permohonan balak. Tapi YP tak dapat pun. 15 Januari 2009 Jabatan Hutan luluskan entah berapa puluh permohonan lagi. Tapi YP tak dapat juga. Apa ke jadahnya ni! Kepada berpuluh-puluh individu dan syarikat boleh diluluskan tapi kepada Yayasan Perak tak boleh lulus. Apa masalahnya? [read more]

None of the 11 policemen being remanded

'We have to investigate first'
PUTRAJAYA: None of the 11 policemen being investigated for A. Kugan's death have been remanded as investigations are still going on.

"We are trying to establish if they were responsible for his death. Don't expect us to remand all of them without first conducting an investigation," Selangor police chief Datuk Khalid Abu Bakar said.

The 11 policemen from the Taipan police station have been reassigned to desk duties at the Selangor police headquarters.

Questions have been raised as to why the 11 were not remanded since it was a murder case.

Khalid reiterated that action would be taken against those found to have been involved in Kugan's death.
"We urge the public to be patient and allow us to do our job." [read more]

Ni macam pun ada ka? Wakakakak !!!
Undang undang tiada diskriminasi ... Wakakaka !!!
Lawak ... Memang lawak !!!

MIC to welcome sacked members

KUALA LUMPUR: The MIC will welcome back former leaders and members who were sacked or left the party due to various reasons.

MIC president Datuk Seri S. Samy Vellu said he informed the party’s central working committee (CWC) members of this at its meeting yesterday.

He declined to say how many members were involved but sources told The Star Malay news portal mStar that up to 30 members could return to the MIC. [read more]

Wakakakak !!! Lawak la Samy ni. Wakakaka !!!

MACC lodges report against Umno leader

KUALA LUMPUR: The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) has lodged a report to counter allegations that an Umno division leader was assaulted by MACC officers during detention.

Earlier, the 46-year-old division leader from Maran, Pahang, reported that he was punched in the head, shoulder and stomach during his four-day remand in Kuantan.

He also claimed that he was forced to strip naked, lie and roll on the floor besides being asked to do squats and sing the national anthem repeatedly.

In his report, he also claimed an officer pressed him against the wall and threatened to arrest his wife and ask her to strip if he refused to confess that he had handed money to Umno members. [read more]

Kugan : Second post-mortem results very different

KUALA LUMPUR (Jan 29, 2009): The second post-mortem carried out on lock-up detainee A. Kugan who died in police custody last week is said to differ significantly in its findings.

Lawyer N.Surendran, who is representing the family of the deceased, said today the post-mortem report was not comprehensively ready as several tests are still being done.

He declined to reveal details of the preliminary findings of the post-mortem except that it was significantly different from that conducted initially at the Serdang Hospital soon after Kugan's death.

He said the report will be submitted to the relevant authorities when it is ready. [read more]

Malam tadi berita TV3 menyiarkan berita tentang PENOLAKAN kertas siasatan Kes Tahanan Kugan oleh Gani Patail. Berita menyatakan, kertas tersebut tidak lengkap dan di serahkan semula untuk di perhalusi.

Syabas breaches contract

PETALING JAYA (Jan 30, 2009): An audit of Selangor’s water concessionaire operations has revealed that the company had breached several important terms of the 30-year concession agreement, and the state government is using this to press for the lucrative contract to be terminated.

It is learnt Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) – owned by Puncak Niaga (70% share) and state investment arm Kumpulan Darul Ehsan Bhd (30%) – had failed to comply fully with the requirement for contracts to be awarded on an open tender basis.

Sources said the audit showed that more than 72% of contracts worth a total of RM600 million were awarded to selected companies via direct negotiations and only 25% via competitive open tender, which clearly violates the agreement.

In addition, the audit also found more than RM325 million in discrepancy between the summary of contracts awarded in 2005, 2006 and 2007 and Syabas’s review document (referring to general accounts). [read more]

Kali ni confirm ... Tajol letak jawatan !!!


DATUK Seri Tajol Rosli Ghazali ketika tiba di Menara
Dato Onn, Kuala Lumpur untuk menghadiri mesyuarat
Majlis Tertinggi Umno malam tadi.

KUALA LUMPUR:
Majlis Tertinggi (MT) Umno yang bermesyuarat lebih tiga jam, menerima keputusan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali yang meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri itu berkuasa kuasa serta-merta.

Kekosongan itu diisi oleh Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak. [read more]

Adoi ... sampai hati MT UMNO .. kang lepas ni ada yang nyorok dalam ghumah tak keluar keluar lagi. Seghupe lepas PRU 12 tu hari .. Wakakakak !!!
Mintak mintak berita ni sohih ... letih dah aku letak tajuk yang sama berkali kali ... !! Wakakakak!!!

E ... e.... besaq nya peghot !!!


SEBAHAGIAN daripada anggota Umno yang mengadakan demonstrasi membantah peranan Lembaga Disiplin dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di pekarangan Menara Dato Onn kira-kira 8.20 malam tadi. - foto The Star [read more]

Bersungguh sunguhnya depa .... cuba tengok baju hitam kat sebelah kiri tu. Siap dengan mimik muka lagi. Wakakakak !!!
FRU tak mai kumpul sekali ka? Helikopter tak terbang ateh ka?
Wakakakak !!!

Patut UMNO tak mau berdemo ....
Lepaih ni tak payah la tughun lagi ... duduk kat ghumah lagi baiiikkk ...
Tak mengah sangat.

Ish ... bini pun dok kata ...
"Bang !! tak payah tughun la bang ... terok bebenor muke deme kat gambo."

Kawan pulak hantar sms ...
"Apesal gambo teman tak masok dalam STAR?"
"Macamana nak masok, semua saiz besaq besaq ... tak cukup space !!!"

BN convention put off

By Adib Zalkapli

KUALA LUMPUR, Jan 29 — The proposed Barisan Nasional (BN) convention scheduled for Feb 14 has been postponed, according to component party sources, citing logistical problems in getting some 2,000 delegates from all component parties to attend.

However a BN component party leader said the postponement was due to the Umno party election scheduled for March and the party’s defeat in the Kuala Terengganu by-election.

“Some in Umno are worried that component party leaders will say a lot of things against Umno at the convention, and blame it for everything,” said the party leader who declined to be named.

“There will be contradictions in what should happen at the convention and what will happen at the Umno assembly,” he added. [read more]

Kenapa Menteri kita Bodoh sangat? Siri 8

Cadangan naik harga gula cetuskan panik
KUALA LUMPUR 29 Jan. - Pengumuman cadangan menaikkan harga gula bukan saja mencetuskan panik orang ramai malah mendorong aktiviti menyimpan dan menyorok stok bekalan gula.

Melahirkan kebimbangan senario itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Yusof Abd. Rahman berkata, pengumuman itu juga menyebabkan peniaga dan pemborong mengeluarkan stok bekalan gula apabila harga baru berkuat kuasa.

''Orang ramai akan membeli dengan kuantiti yang banyak untuk disimpan kerana bimbang harga akan naik selain sukar untuk mendapatkan bekalan tersebut," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. [read more]

Selagi kebodohan menteri satu ni berterusan, selagi tu la tajuk ni terus bersiri. Wakakaka !!!

Kalau lah BN jadi kerajaan ....

Tempoh akhir bayar tunggakan
BUKIT MERTAJAM 29 Jan. – Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) memberi tempoh sehingga 28 Februari ini untuk lima pengurusan pejabat UMNO membayar tunggakan cukai pintu yang mencecah RM236,558.24.

Yang Dipertua MPSP, Farizan Darus berkata, tindakan tegas termasuk melelong bangunan berkenaan akan diambil jika pihak berkenaan gagal membuat bayaran sehingga tarikh tersebut.

“Notis amaran berkenaan tunggakan cukai pintu tersebut sudah dihantar kepada pengurusan bangunan terbabit pada 26 Disember lalu. [read more]

WAkakak .... dok biasa dengan benda FREE ... bila tukor kerajaan, ini lah jadinya.
Dari underwear, payung, t shirt sampai ke cukai pintu, semua nak FREE.
Bila tukar kerajaan .... Hah sekarang kena bayaq la cukai tu. Wakakak !!!
Tak pa .. lama lama korang biasa hidup tak payah pakai tongkat. Wakakakak !!!

Badan Disiplin diperbesar

KUALA LUMPUR 29 Jan. – Majlis Tertinggi (MT) UMNO memutuskan untuk membesarkan Lembaga Disiplin parti itu bagi menangani gejala politik wang.

Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat MT yang berlarutan lebih tiga jam malam ini berkata, pembesaran lembaga itu akan melibatkan penambahan anggota.

‘‘Ini supaya kes yang dilaporkan dapat diberi perhatian dan diperkembangkan serta keputusan mengenainya akan dapat dibuat dengan secepat mungkin,” tegasnya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan ahli-ahli UMNO bahawa politik wang adalah tidak baik dan perlu dielakkan.

Mengenai laporan post mortem Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu, Abdullah berkata, ia masih perlu diperincikan lebih lanjut lagi oleh Jawatankuasa Pengurusan UMNO.

Katanya, MT malam ini turut merakamkan ucapan terima kasih kepada jentera parti di seluruh negara yang membantu sewaktu pilihan raya tersebut.

‘‘Laporan itu tebal juga, nanti kemudian kita akan bagi tahu. Laporan post mortem mengenainya akan diperhalusi oleh Jawatankuasa Pengurusan,” jelasnya. [read more]

Besar periuk, besar la keraknya. Besar BIK MAMA, besar la bajunya. Wakakaka !!!
Weiiii ... badan disiplin besar tapi cadangan Pengerusi nya di bantah UMNO ... besar pun tak guna. Wakakakak !!!

SPRM Kedah panggil 10 ahli Umno untuk disiasat

ALOR STAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah, memanggil lebih 10 ahli Umno sebuah bahagian, termasuk tiga pemimpin kanannya untuk diambil keterangan berhubung dakwaan politik wang bagi melobi seorang calon jawatan kanan dalam Umno pada pemilihan parti Mac depan.

Sumber berkata, tiga pemimpin itu, termasuk Ketua Bahagian, Timbalan dan Naib serta perwakilan bahagian itu, diambil keterangan di sebuah hotel di sini, bermula pagi semalam.

Beliau berkata, setiap individu berkenaan disoal siasat sejam dalam sebuah bilik hotel terbabit bagi membantu siasatan. [read more]

Mimpi ngeri UMNO. Tak berdepan dengan ISA, tapi dengan SPRM pun jadi la. Wakakakak !!!

Kenapa Menteri kita Bodoh sangat? Siri 7

Bekalan gula di Felda habis
KUANTAN: Orang ramai diminta tidak mudah percaya khabar angin harga gula dinaikkan dalam tempoh terdekat bagi mengelak barang kawalan itu habis.

Pengarah Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pahang, Abu Samah Shabudin (gambar), berkata berikutan khabar angin itu, kawasan Felda di Jengka, Maran terputus bekalan gula sejak Isnin lalu.

Berikutan itu, beliau berkata, pihaknya terpaksa mendapatkan bekalan barang kawalan itu dari Temerloh kerana ramai pemborong tidak beroperasi kerana cuti Tahun Baru Cina. [read more]

UMNO bantah cadangan Pengerusi Disiplinnya

KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Kira-kira 30 anggota Pemuda dan Putera Umno malam ini menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti memorandum bantahan terhadap campur tangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam hal ehwal parti.

Memorandum itu juga membantah terhadap cadangan Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail supaya sayap parti itu dibubarkan bagi membanteras gejala politik wang.

Memorandum itu diserahkan kepada Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak serta para anggota Majlis Tertinggi (MT) sebelum mereka memulakan mesyuarat MT di ibu pejabat Umno di sini. [read more]
Tan Sri .. !!! Wa cakap sama lu, UMNO dah jadi begik [keras kepala].
Gua ingat ini macam la ... lu keluar UMNO, kita bagi cerita lagi gempak. Wakakaka !!!
Gua kasi tajuk besar dalam blog "Pengerusi Disiplin UMNO keluar parti"
Cunnnnnn nya !!!

Keluar UMNO secara online?

Daftar keahlian Umno secara dalam talian

KUALA LUMPUR: Pendaftaran keahlian Umno kini boleh dilakukan secara dalam talian di www.daftar.umno.org.my.

Mereka yang ingin mendaftar sebagai ahli hanya perlu mengisi butiran peribadi dalam laman web berkenaan manakala ahli Umno juga boleh menyemak status keahlian masing-masing.

Laman web itu dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang juga Presiden Umno, sebelum mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Bangunan Dato Onn di sini, malam tadi.
[read more]
Dah mudah di permudahkan ... betapa UMNO terdesak nak suruh orang muda masuk UMNO. Wakakak !!!
Nak minta UMNO sediakan kaedah keluar UMNO secara online ... Weyyyyy lagi bagus !!!
Tentu dapat sambutan. Wakakakak !!!

Jangan Anggap pesalah itu HERO

SPRM didakwa kasar ketika siasat kes rasuah politik
KUALA LUMPUR: Sekumpulan kira-kira 50 ahli Umno berkumpul di pintu masuk Menara Dato Onn malam ini bagi membantah kekasaran pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika menjalankan siasatan berhubung kes rasuah politik dalam parti.

Kumpulan itu mendakwa SPRM bertidak kasar ketika menjalankan siasatan terhadap ahli Umno yang dikatakan terbabit dengan politik wang.

Jurucakapnya, Zuraidi Abdul Rahim, berkata mereka mempunyai bukti ada pegawai SPRM membelasah ahli Umno yang disoal siasat dan sudah menyerahkan memorandum kepada Majlis Tertinggi (MT). [read more]
Wakakak !!! Aku cuma nak ingatkan orang UMNO ni apa yang Hamid Lebar sebut ... "Jangan Anggap pesalah itu HERO" ... Wakakak !!!
Nkorang tak setuju ke apa yang botak kata?

UMNO bila dah terkena batang hidung, baru nak sibuk. Tu belum citer pasal ISA lagi. Wakakakakakakak !!!

Ehhhhh !!! Korang berhimpun ni ada permit ke? Wakakakak !!!

Pegawai SPRM tumbuk kepala, perut .....

suruhanjaya pencegahan rasuah malaysia anti corruption commission[...] Beliau juga menyifatkan penderitaan yang didakwa dialaminya itu dengan kem penyeksaan Abu Ghraib di Iraq sewaktu pentadbiran Saddam Hussein.

Dalam laporan polisnya semalam, ahli jawatankuasa Umno Maran itu mendakwa tiga pegawai SPRM termasuk seorang ketua unit menumbuk "kepala, perut dan bahunya bertubi-tubi".

Halimi juga mendakwa beliau di tendang di bahagian rusuk, dipaksa bertelanjang dan berguling-guling di atas lantai dalam keadaan berbogel.

"Pegawai yang dikatakan ketua unit (siasatan) ini telah mencekik saya sehingga saya tidak dapat bernafas sambil menolak saya ke dinding," laporannya di balai polis Damansara, Petaling Jaya.

"Mereka telah mengugut saya bahawa isteri saya akan ditangkap dan dibogelkan jika saya tidak membuat pengakuan bahawa Datuk Norza Zakaria-lah yang menyuruh saya untuk memberi duit kepada ahli-ahli Umno yang terbabit," dakwanya lagi dalam aduan polis tersebut. [read more]

Tajol to quit as Gerik Umno chief, withdraws from party polls


KAMPAR, Thurs: Perak Umno liaison chairman Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali today announced that he would quit as Gerik Umno division chief on March 29. He also announced that he would not be contesting a Supreme Council seat at the party elections on March 24-28.
Tajol Rosli, an Umno Supreme Council member, was reported to have submitted his letter of resignation as Perak Umno liaison chairman to party deputy president and Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Razak on Monday. [read more]

Wanita UMNO tanya ... kenapa bakar kelambu?



"Marah nyamuk, kenapa kelambu dibakar?"

KUALA LUMPUR: Wanita Umno tidak bersetuju terhadap cadangan supaya pergerakan itu serta Pemuda dan Puteri dan juga Biro Putera Umno dibubarkan dengan alasan bagi membanteras amalan politik wang.

Ketua Pergerakan Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz berkata, kewujudan sayap parti tidak harus dikaitkan dengan amalan politik wang, kerana mereka yang terbabit adakalanya bukan dalam kalangan anggota sayap parti Umno.

"Marah nyamuk (kenapa) kelambu harus dibakar... hanya segelintir anggota Umno terlibat dalam gejala politik wang, jadi mengapa 'kelambu' yang berusia lebih 50 tahun menjadi tonggak kekuatan Umno mahu dibakar?" katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata sekiranya cadangan itu diterima oleh pucuk pimpinan Umno, tidak mustahil pada masa akan datang akan muncul pula gesaan agar parti Umno dibubarkan. [read more]

Semua hentam cadangan Pengerusi Disiplin ... Wakakaka !!!
Mana Rithaudeen nak letak muka?
Haru biru ... UMNO haru biru.

Aku tengok wanita UMNO dah macam KELAMBU je ... Wakakakak !!!
Antara Wanita UMNO dan Kelambu .. mana yang perlu di bakar?

Jais nafi buat tangkapan khalwat ke atas Adun Selat Klang

Merujuk pada laman web www.mykmu.net (forum) bertarikh 25 Januari 2009 bersamaan hari Ahad jam 10.59 malam, dakwaan bahawa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) telah membuat tangkapan khalwat ke atas Adun Selat Klang (Dr Halimah Ali) adalah tidak benar sama sekali.

Pihak Jais ingin memaklumkan bahawa tiada operasi dan tindakan tangkapan seperti yang dinyata dan disebarkan pada tempat dan masa tersebut.

Pihak Jais ingin menasihatkan agar hebahan-hebahan yang berunsur sebegini tidak berulang bahkan tidak berlaku lagi demi menjaga maruah individu tertentu terutama dalam perkara yang tidak dilakukan ini.

Mohd Hidayat bin Abd.Rani (Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Agama Islam Selangor) - lanh [read more]

Sah fitnah ... apa lagi? Saman sama dia !!!

Wakil rakyat lompat parti kerana rasuah akan dikena tindakan: SPRM

MELAKA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak akan membiarkan wakil rakyat yang melompat parti terlepas dari tindakan undang-undang jika perbuatan itu membabitkan rasuah.

Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, berkata pihaknya tidak akan bersikap pilih kasih dan sedia menjalankan siasatan jika menerima aduan.

"Bagaimanapun setakat ini, SPRM belum menerima maklumat atau aduan rasmi membabitkan ahli politik yang melompat parti dikaitkan dengan sogokan wang atau pangkat dan sebagainya, [read more]

Wakakakak ... cepat nya SPRM bertindak. Hebat !!!
Wakakakak !!!

Laporan Polis Dibuat Terhadap Ketua Polis Selangor

KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Anggota Parlimen Kapar S.Manikavasagam hari ini membuat laporan polis terhadap Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar yang mendakwa dua Timbalan Menteri serta keluarga suspek kes curi kereta mewah, A. Kugan telah menceroboh bilik mayat Hospital Serdang pada 20 Jan lepas.

Manikavasagam dan peguam, N.Surendran membuat laporan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields pada pukul 2.10 petang ini.

"Kami bukan sahaja membuat laporan polis, tetapi kami juga menyerahkan sekeping rakaman cakera padat video (VCD) kepada polis bagi membuktikan dakwaan pencerobohan bilik mayat oleh keluarga dan dua Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator T. Murugiah dan Datuk S.K.Devamany di hospital berkenaan adalah tidak benar sama sekali," katanya.

Manikavasam berkata rakaman VCD itu jelas menunjukkan kedua-dua timbalan menteri tersebut tidak berada di tempat kejadian sewaktu orang ramai memasuki bilik mayat itu, sebaliknya hanya hadir beberapa jam kemudian.

"Dakwaan polis terhadap keluarga mangsa menceroboh bilik mayat juga tidak benar kerana rakaman itu menunjukkan penjaga bilik mayat itu sendiri yang membenarkan kesemua anggota keluarga Kugan memasukinya," katanya. [read more]

Kenapa Menteri kita bodoh? Siri 6

KUALA LANGAT: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sedang menimbangkan pelbagai aspek terutamanya kesan kenaikan harga gula kepada pengguna dan kewangan kerajaan sebelum membuat sebarang keputusan mengenai harga barangan keperluan itu.

Menterinya, Datuk Shahrir Abdul Samad, buat masa ini rakyat Malaysia dinasihatkan supaya mengurangkan pemakanan gula dan penggunaan gula dalam makanan.

“Kita akan buat suatu keputusan akhirnya sama ada kita nak teruskan memberi subsidi atau menaikkan harga,” katanya selepas merasmikan Seminar Teknologi Pembungkusan dan Pemprosesan Makanan di Teluk Datuk di sini, hari ini. [read more]

Tajol kata dia tak letak jawatan

KAMPAR 29 Jan. - Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali hari ini menafikan laporan akhbar yang mengatakan beliau meletak jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak.

Menurut bekas Menteri Besar Perak itu, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan tersebut.

``Kenyataan itu telah diambil daripada pihak lain bukan daripada saya. Laporan itu tidak beretika,’’ katanya. - Utusan.
Hish ... sampei hati kome. Dia tak nak letak jawatan lagi.
Korang nihhhh !!! Hish ... !!!
Orang gila kuasa nak suruh letak jawatan. Mana nak? Wakakakak ...

WHY PICK ON TAN SRI KHALIB IBRAHIM?

The police report launched by Gerak Chairman, Mohd Anzree Mohd Yunus against Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, alleging the latter for corruption is to my mind, an effort in futility. Mohd Nazree alleged that Tan Sri Khalid had abused his position by authorizing PKNS to purchase 46 cattle’s costing RM 110,400, to be distributed to the Bandar Tun Razak parliamentary constituency for Hari Raya Haji, of which Tan Sri Khalid is its Member of Parliament.

I suspect what Mohd Nazree did is under instructions by someone, to discredit Tan Sri Khalid. Gerak, that I know off is the same ‘outfit’ that Ezam Md. Noor once led, and who claimed to have boxes of files of corrupt practice by UMNO leaders. I am not implying that Ezam has anything to do with Mohd Nazree’s report, but wouldn’t it be better for Mohd Nazree to expose the file in the boxes kept by Ezam? I think these files are related to the ‘big fishes’ or ‘ikan yu’, and the amount must have run into millions. And what is RM 110,400 compared to the millions squandered by reportedly UMNO politicians. [read more]

Dr. Halimah di fitnah

KUALA LUMPUR, 29 Jan (Hrkh) - Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali hari ini menepis dakwaan fitnah dalam forum sebuah laman web, kononnya beliau ditangkap berkhalwat di salah sebuah hotel di Pelabuhan Klang.

Fitnah terhadap beliau turut disangkal oleh Pegawai Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menegaskan tiada serbuan dilakukan pada malam tersebut sebagaimana yang dilaporkan dalam laman web itu.

Dakwaan palsu itu disebarkan dalam laman web My Kmu.net oleh Jamilisa yang menggunakan nama 'Brigade Commander Selangor' dengan tajuk 'Kecoh, Adun Selat Klang kena tangkap'.

Jamilisa dalam ruangan forum pada 25 Januari melaporkan mendapat maklumat melalui rakannya dari Kampung Idaman yang megatakan Adun Selat Klang (Dr Halimah) ditangkap basah di sebuah hotel di Pelabuhan Klang. [read more]

Saman Doktor ... jangan tak saman. Kasi ajar diorang !!!
Kalau nak tau etika blogger, undang undang tak kira blogger UMNO atau bukan.

Ramlang akan saman JAKIM, jika ...

Bekas imam Masjid Wilayah Persekutuan yang dipecat daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atas alasan berkempen untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengambil tindakan saman.

Ramlang Porigi, yang berceramah dan mengadakan sidang media bersama PKR ketika pilihanraya kecil Permatang Pauh tahun lepas, diberhentikan perkhidmatannya minggu lepas.

Dalam surat bertarikh 20 Januari, ketua pengarah Jakim Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz menyatakan bekas imam muda itu didapati "bersalah dan dikenakan hukuman buang kerja".
[read more]

UMNO tak ikhlas berubah

Bila usul untuk bubar Putera dan Puteri UMNO ... semua buat kenyataan menolak.

Semua sayap Umno masih perlu perkuat parti: PM
Putera tak wajar dibubar: Azeez
Syor bubar semua sayap Umno terlalu drastik: Najib
Bubar sayap UMNO tidak wajar dan rugi - Putera UMNO
Najib tolak bubar sayap UMNO

Dan pengasas Puteri UMNO berkata
UMNO akan kehilangan kuasa jika pemimpinnya hingga ke akar umbi tidak ikhlas melakukan perubahan.

Datuk Seri Azalina Othmman Said berkata, perubahan itu perlu dilakukan demi memastikan parti itu terus relevan dan menjadi wadah suara rakyat. - Utusan
Dan kesimpulannya ..... UMNO tak ikhlas berubah.

Pro Palestine dan Anti ISA

Did I hear someone say something about Muslims participating in candlelight vigils?

Laporan dari harismibrahim

Jangan lakukan aksi ini


HALTED...Operations at the Agro Bank located on the ground level of the Pendang district trading complex in Kedah was suspended for about five hours after a lorry smashed into the premises yesterday. The lorry had been heading from Tanah Merah from Bukit Perak when it went out of control and crashed into the front of the bank at 7.30am, smashing into an automated teller machine before coming to a stop. Bank branch manager Lodz Shahidan said losses from the incident came to about RM100,000.
Dulu masa aku gagal bayar ansuran kereta, pernah terpikir nak pulangkan kereta pada bank. Tapi bukan la cara macam ni.

MB Selangor nasihat Khir Toyo bersikap profesional

Image[...] Beliau berkata demikian ekoran tindakan Khir yang mendakwa 46 ekor lembu yang dikorbankan di Bandar Tun Razak melibatkan wang kerajaan negeri.

"Sebagai Ketua Pembangkang, beliau mempunyai saluran tersendiri seperti dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan berlangsung pada Mac nanti," tegasnya.

Justeru, tambah beliau gunakanlah saluran itu dengan sebaik-baiknya.

Menurut beliau, pimpinan kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat kesal dengan tindakan pihak yang cuba meraih politik murahan berkaitan isu tersebut kerana melibatkan insititusi Diraja negeri Selangor.

Khalid menegaskan, melibatkan pihak istana merupakan tindakan yang tidak wajar kerana perkara itu telah dibawa ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Image

"Biarlah mereka pihak (SPRM) menjalankan siasatan tanpa dipengaruhi mana-mana pihak," tegas beliau. [read more]

Starbucks berhentikan 6,700 pekerja, 300 premis ditutup

NEW YORK: Starbucks, rangkaian kedai kopi popular akan memberhentikan 6,700 pekerjanya serta menutup 300 rangkaian kedainya di seluruh dunia sebagai persediaan menghadapi kemelesetan ekonomi dunia.

Sebelum ini, Starbucks mengumumkan mengenai langkah pengstrukturan besar-besarannya pada Julai depan selepas prestasi kewangan suku pertama perniagaannya tahun lalu jatuh sehingga 6 peratus.

Syarikat berkenaan mencatatkan keuntungan bersih bagi suku terakhir pada 28 Disember lalu kepada 69 peratus atau AS$64.3 juta daripada AS$ 208.1 juta pada tempoh sama 2007 [read more]

AmBank fails to bankrupt Singapore guarantor over S$287,000

SINGAPORE, Jan 29 — A Malaysian bank has failed in its attempt to bankrupt a Singaporean man who stood as loan guarantor for a S$287,000 (RM688,000) debt incurred in Malaysia 18 years ago.

AmBank (M) Berhad sought to bankrupt Raymond Yong after he failed to settle the debt for underwriting loans to two Malaysian firms.

In throwing out the bank's case, the Court of Appeal ruled that AmBank needed to have a valid judgment in its possession that could be enforced in Singapore.

Although the bank obtained a judgment in Malaysia against Yong in 1988, it applied to register the judgment for enforcement here only in 1994.

For almost 12 years after that application, AmBank took no steps to enforce the judgment. The time lapse made the judgment invalid for enforcement by the time the bank applied to make Yong a bankrupt in 2006, said the court. [read more]

Penjara 14 tahun dan kemungkinan rotan kerana RM62

Muhammad Ismail Anuar, 22, seorang pengganggur bakal di kenakan hukuman penjara 14 tahun dan kemungkinan sebatan rotan kerana mencuri di sebuah kedai serbaguna.

Dia mengaku bersalah kerana mencuri barangan bernilai RM62.00 (Ringgit malaysia: Enam puluh dua saja) di kedai serbaguna 7 Eleven di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada jam 10.28 pm pada 19 Januari 2009.

Muhammad di kenakan ikat jamin RM12,000 (Ringgit Malaysia: Dua belas ribu saja) dan beliau gagal menjelaskannya.

Berita lanjut di Sini

***************
Umur dia sekarang 22. Kalau campur 14 tahun maka, dia akan keluar pada umur 36. Rekodnya buruk dan masa nya habis di dalam penjara kerana RM62.00 (Ringgit Malaysia: Enam puluh dua saja)
Apa yang tak kena ni?
Dari mencuri baik terima rasuah. Tapi berapa ramai yang dapat peluang untuk terima rasuah?
Hello !!! Ada kerja kosong?
Uniform size: L
Kasut: 6

Kau Pergi Jua Tajol

Lagu ni aku tujukan kepada Tajol Rosli ... Huhuhuhu
Lagu Adam Ahmad ...

Kau Pergi Jua


Wajahmu
Seindah serinya pelangi yang indah
Seharum mawar putih segar berkembang
Wajahmu
Mengapa sering terbayang dimataku
Sehingga terbawa didalam mimpiku

Sayangku
Tahukah kau didalam hatiku ini
Tersimpan perasaan cinta nan suci
Kau bunga
Ingin kusuntingmu menjadi milikku (tang ni buat aku geli)
Lantas kuabadikan dalam jiwaku

Sayangnya
Harapan yang selama ini kubawa
Hancur berkecai musnah jua akhirnya
Semuanya bagaikan sebuah mimpi

Kau pergi jua
Setelah cinta ku kini membara
Belum sempat kucurahkan kasihku
Kau pergi tak kembali...
Dalam banyak banyak rangkap senikata ni ... tajuk nya je yang sesuai dengan Tajol.

SPRM juga menyiksa ketika soalsiasat

[...] Antara penyiksaan pegawai-pegawai SPRM ke atas Halimi ialah:

1. Dipukul di bahagian kepala, perut dan bahu bertubi-tubi oleh tiga pegawai SPRM
2. Ditendang di bahagian rusuk dengan lutut
3. Dipaksa telanjang dan berguling-guling di atas lantai dalam keadaan bogel
4. Dicekik sehingga tidak bernafas
5. Ditolak ke dinding
6. Ditendang ketika dipaksa berguling-guling atas lantai
7. Diketuk kepala dengan bakul sampah berkali-kali
8. Diugut akan diletakkan puntung rokok pada kemaluan

Ketika kes Kugan Ananthan masih lagi belum selesai, timbul lagi cerita penyiksaan pegawai penguatkuasa ke atas orang yang disiasat. Apa ni? Aku tau la Halimi dan Norza tu orang Umno. Aku ni penyokong PAS. Peduli apa aku. Kalau babi pun hampa dera tak tentu hala, aku lawan. Jangan la buat perangai lebih hina dari taik babi. [read more]

Kugan: Koleksi gambar dan laporan

RPK at Kugan's funeral procession while a police helicopter hovers above.
Raja Petra berada di sana ... lagi koleksi imej di thedandelions
image by Photowarungbazuki
image by cheahwingyin
image by arifabdul
image by peoplesarmy
dan liputan yang dibuat oleh anilnetto ... di sini

Kalau Putera dan Puteri UMNO di bubarkan ...

Jangan jadi seperti ini,


[...] "Pasangan itu berjalan dengan selamba ke arah pasar dengan pakaian di tangan mereka.
berita selanjutnya di SINI

Gempak !!! Tajol Rosli letak jawatan


PARIT: Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak kerana rasa bertanggungjawab terhadap tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bota, Datuk Nasaruddin Hashim, keluar daripada Umno dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR). [read more]

Alahai napa lambat sangat.
Kalau aku, minggu lepas lagi. Wakakakak !!!

Bubar sayap UMNO


KUALA LUMPUR 28 Jan. – Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail mahu organisasi UMNO disusun semula iaitu dengan membubarkan kesemua sayap parti termasuk Putera UMNO.

Beliau yakin langkah itu mampu membanteras gejala politik wang yang kini berleluasa terutama pada musim pemilihan parti.

Sambil mengambil contoh sistem parti di England beliau berkata, kewujudan parti tanpa sayap boleh mengurangkan perebutan jawatan sekali gus menghalang lebih banyak politik wang daripada berlaku. [read more]

Setuju !!! Tan Sri.
Betul Betul betul ..... ehhh ... siapa yang bodoh tubuh sayap UMNO tu?
Siapa pulak yang luluskan? Wakakakakak ..
Syok nak tunggu komen Mahathir dan Azalina. Wakakak !!!
Tapi Tan Sri ... kalau bubar sayap UMNO, mangkok mangkok sayap tu akan hinggap pulak ke UMNO.Kenapa tak kita bubarkan UMNO terus? Wakakakka !!!

Berita ni tiada kaitan dengan aku - Radenjowo

Sengsara isteri Datuk kasanova
KUALA LUMPUR: Derita bukan kepalang ditanggung seorang wanita bersuamikan Datuk kasanova.

Bukan saja harta dan wang ringgit lebih RM2 juta dikikis sehingga muflis, malah hidupnya sentiasa dalam ketakutan akibat diancam secara mental dan fizikal hampir setiap hari oleh lelaki yang dipercayai gila seks itu.

Wang dan harta jutaan ringgit melalui penipuan dan penyelewengan yang dilakukan terhadap isterinya itu digunakan pula bagi memerangkap wanita berjawatan tinggi.

Disebabkan tidak sanggup menanggung dosa Datuk terbabit, si isteri mahu dikenali sebagai Haslina, berusia 50-an, mendakwa hidupnya umpama mimpi ngeri apabila setiap inci pergerakannya diintip suami yang dikatakan memiliki pengikut setia. [read more]
Sebarang usaha membandingkan antara Datok itu dengan Radenjowo adalah dilarang sama sekali.

Nasaruddin Hilang !!!

YB UMNO yang baru sahaja meninggalkan UMNO di katakan sedang menyembunyikan diri. Merujuk kepada sumber, dia disembunyikan berikutan desas desus akan di pujuk oleh UMNO untuk kembali ke parti usang itu.

UMNO perak turut di katakan terdesak untuk merancang mempertemukan Nasaruddin dengan TPM, Najib Tun Razak.

Pemimpin pemimpin PKR pula tiba tiba buat buat tak tau kemana pergi nya Nasaruddin, bila di tanya.

Kakakaka ... aku yang cuba nak terjemahkan berita Sun2surf ni pun tak tahan nak elak dari ketawa. Korang terjemahkan sendiri la. Wakakakakak !!!!

Klik kat SINI

Kugan's Funeral March v.2


Family members and friends of A. Kugan who died while in police attend the burial at Batu 14, Puchong cemetery this afternoon



Family members and friends of A. Kugan sit on the road in protest
against Malaysian riot police outside the forensic department at the
University of Malaya Medical Centre in Kuala Lumpur, Malaysia 28
January 2009.

Different results in both autopsies


A tearful good-bye at Puchong Batu 14 cemetery as
Kugan is laid in his final resting place. — Picture by Shannon Teoh


PUCHONG, Jan 28
— Initial results of the second autopsy on Kugan Ananthan, who died mysteriously in police custody on Jan 20, is contrary to the one undertaken by government pathologists, and goes beyond “water in the lungs” as the cause of death, Kapar MP S. Manickavasagam said today.

“Kugan’s family and lawyers already know the results of the post-mortem but have been urged by the forensic pathologist, who carried out post mortem, not to disclose it until his report is completed,” Manickavasagam said today after attending Kugan’s funeral.

He disclosed that tissue samples taken by the pathologist attached to the University Malaya Medical Centre (UMMC) will be sent to Singapore for analysis. The first autopsy was done in the Serdang Hospital.

The politician said contrary to press reports, Kugan’s family had asked for the second post-mortem to be done and the cost was paid by Puchong MP Gobind Singh Deo.

“Therefore the results will be given to the family and lawyers first and not the government as reported,” he added

Meanwhile, Manikavasagam said he will lodge a police report against Datuk Khalid Abu Bakar at the Brickfields police station tomorrow, claiming the Selangor police chief had lied about a mob barging into the Serdang Hospital mortuary and tampered with Kugan’s remains. [read more]

200 di tipu pegawai TEKUN

JOHOR BAHARU, 28 Jan (Bernama) -- Seramai 200 orang mendakwa ditipu seorang pegawai Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) yang meminta mereka membayar RM100 seorang bagi mempercepatkan permohonan pinjaman mereka pada Jun tahun lalu.

Namun, selepas menunggu enam bulan, mereka berasa telah ditipu pegawai wanita itu dan membuat laporan polis di Balai Polis Taman Pelangi di sini, Rabu.

"Setiap seorang daripada kami membayar RM100 kepada pegawai wanita ini untuk mendapatkan pinjaman antara RM50,000 and RM70,000 daripada sebuah koperasi," kata seorang pegawal keselamatan, Hisham Samsu, 31, yang mewakili mangsa-mangsa tersebut.

Katanya pinjaman itu hendak mereka gunakan bagi menyertai satu skim pemasaran pelbagai peringkat.

"Sampai sekarang kami masih belum mendapat pinjaman itu walaupun sudah beberapa kali menelefon beliau," katanya.

Hisham berkata pembayaran tersebut dibuat di sebuah restoran di Simpang Renggam pada Jun tahun lalu dan dijanjikan ia akan diluluskan dalam masa sebulan.

Namun ketika ditemui dua bulan kemudiannya, wanita itu berdalih mengatakan pinjaman itu memerlukan masa tiga bulan lagi untuk diluluskan.

Seorang lagi mangsa, Omar Mohamad, 49, berharap masalah itu dapat diselesaikan kerana ramai antara mereka hanya berpendapatan sebanyak RM1,000 sebulan. [read more]

Wakakak ... Projek TEKUN ni projek UMNO. Yang pinjam pun ahli UMNO ... UMNO tipu UMNO ... wakakakakak !!!!

Kugan buried in Puchong

Lead Story

[read more]

Anggaplah yang mendera dan membunuh itu HERO

Mungkin itu yang di maksudkan oleh Hamid Albar .... menerusi berita terbaru dari Bernama,
Jangan Anggap Yang Lakukan Jenayah Sebagai Hero
PUTRAJAYA, 28 Jan (Bernama) -- Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar tidak mahu masyarakat menganggap mereka yang melakukan jenayah sebagai hero dan polis yang menguatkuasakan undang-undang pula sebagai syaitan.

Bercakap secara umum, Syed Hamid berkata tiada sesiapa pun boleh mengatasi undang-undang.

Tindakan undang-undang akan tetap diambil terhadap mereka yang melanggarnya walaupun polis.

"Kita tidak akan sembunyikan apa-apa fakta," katanya kepada para pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Mengulangi kenyataannya secara umum, Syed Hamid berkata orang ramai tidak boleh mengagung-agungkan seseorang penjenayah seolah-olah seorang hero.

Syed Hamid enggan mengaitkan kenyataan yang dibuatnya secara umum itu mengenai penjenayah, dengan kematian suspek curi kereta A. Kugan semasa dalam tahanan di Balai Polis Taipan, Subang Jaya, Selasa lepas.

"Saya tidak menuding jari kepada sesiapa," tegas menteri itu. [read more]

Kugan: BN tak henti-henti lukai perasaan rakyat

Jam 5.30 petang, 28 Jan 2009, empat orang masih di tahan polis di Brickfields untuk 'soal siasat'. Mereka ialah Sdra Sundarajah, Ratha Krisnan, Vadivelavan dan Maniam. Sdra Thanindran juga di balai tetapi bukan ditahan.

Tindakan seperti ini memburukkan lagi keadaan. Melukai perasaan. Menambahkan kebencian. Meningkatkan kecurigaan terhadap tahap profesional polis. Peka terhadap perasaan public juga sebahagian dari tahap profesional tahap tinggi.

Beberapa peguam muda PAS seperti Setiusaha Pemuda PAS Pusat, Peguam Sabki, Peguam Zul dan lain-lain Alhamdulillah kini berada dio balai untuk membantu mereka yang ditahan. Isu kematian di dalam lokap secara kejam bukan isu satu-satu kaum tertentu. Ia isu semua kita rakyat Malaysia.

Kerana itu, saya berterima kasih kepada rakan saya seperti YB Salahuddin Ayub, YB Dr. Hatta dan lain-lain yang telah berkesempatan hadhir di Hospital Universiti tengah hari tadi sebelum mayat Kugan di bawa ke tanah perkuburan.

Apa nak disalahkan kepada rakyat yang marak dengan kemarahan kalau puncanya datang dari kekejaman kita sendiri?

cetusanhati

Family to hold ritual in front of police station


The hearse carrying A. Kugan's body after it was claimed from the University Malaya Medical Centre today. more

Anggota Wanita UMNO digantung enam tahun

KUALA LUMPUR 28 Jan. — Anggota Wanita UMNO Bahagian Batu, Nor Asiah Rajab, digantung keahliannya dalam parti selama enam tahun kerana didapati bersalah membuat aduan palsu.

Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail memberitahu sidang akhbar di sini hari ini bahawa tindakan itu, yang berkuatkuasa 23 Jan ini, diambil mengikut Perkara 5.4 Tataetika Ahli UMNO.

Anggota UMNO Bahagian Taiping, Muzamir Ismail, yang merupakan seorang penulis blog, pula digantung selama setahun setelah didapati bersalah menyebarkan gambar tidak sopan dalam blog, fitnah dan menjadi ejen kepada pihak lain.

Tengku Ahmad Rithauddeen berkata, tiga anggota lagi didapati bersalah melanggar tataetika parti dan telah diberi amaran hasil perbicaraan yang berlangsung akhir Disember lepas.

Mereka ialah Setiausaha Bahagian Bukit Bintang Mohd. Zailan Mokhtar yang bersalah berhubung dakwaan mengamalkan politik wang, anggota Umno Bahagian Permatang Pauh Mohd. Zaidi Mohd. Said kerana menggunakan pengaruh tidak wajar dan menyebarkan fitnah, dan anggota UMNO Bahagian Langkawi, Shaidan Hashim, kerana menjadi ejen atau pelobi pengurus kempen. - Bernama

Kugan : Laporan dari Blogger Mat Comot

TERKINI | 5.37 pm
Proses pengkebumian telah selesai. Ramai yang sudah mula beredar. Kegagalan menghantar imej kerana talipon Raden jenis lama.

Pertama dalam sejarah. Pengiringan mayat oleh Trak water canon kira kira 4 buah, polis trafik dan helikopter.

Terima kaseh kepada Blogger Mat Comot yang berada di lokasi.

5.21 pm
Semua bangsa ada di dalam perarakan mengusung mendiang A. Kugan. Kelihatan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang pun turut hadir. Semua pakat jerit "Polis Pembunuh !!!".

Beberapa trak FRU dengan water canon dan polis trafik berada di bahagian depan. Di ikuti dengan beratus buah motosikal. Kemudian baru kereta mayat.

JAKIM pecat Ramlang Porigi !

ramlang porigi imam witness in saiful bukhari azlan anwar ibrahim sodomy 2 210808Bekas imam masjid Wilayah Persekutuan - yang mendakwa diarah menjadi saksi sumpah laknat seorang pemuda yang dituduh diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim - dipecat daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Ramlang Porigi, yang ditukar serta-merta ke jabatan tersebut September lalu selepas berucap dalam satu kempen ketika pilihanraya kecil Permatang Pauh, mendapat surat pemecatan itu minggu lalu.

Dalam surat tersebut yang bertarikh 20 Januari, ketua pengarah Jakim Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz menyatakan bekas imam muda itu dipecat kerana "mencemarkan nama perkhidmatan awam" selepas terlibat dalam kempen Anwar pada 24 Ogos lalu. ...

....... Jakim juga menolak permohonan Ramlang untuk menghadapi satu siasatan dalaman (domestic inquiry) berhubung tindakan disiplin terhadapnya dalam jawapannya kepada surat tunjuk sebab Jakim pada November lepas.[read more]

Two more Mmno members suspended

KUALA LUMPUR, Jan 28 — Umno’s disciplinary board has suspended two more members after they were found to have breached party regulations.

Batu division Wanita Umno member Nor Aisah Rajab was suspended for six years or two terms for lodging false reports pertaining to Umno’s divisional elections held recently.

Taiping Umno member Muzamir Ismail, who is also a blogger, was suspended a year for posting inappropriate pictures in his blog, slander and being an agent for certain parties.

Their suspensions, both effective Jan 23, were announced by the board’s chairman Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail at a media conference at Umno’s headquarters here today.

On Dec 22, the board suspended Pokok Sena Umno chief Datuk Ahmad Lebai Sudin for two years and another Wanita Umno member for three years, also for breach of party regulations. Their suspensions were effective last Dec 7. [read more]

Kugan's funeral march v.1


Mourners chant prayers as they gather around the hearse in front of the USJ8 police station. — Picture by Shannon Teoh - Malaysiainsider

Pengumuman Man Muti masuk PKR di sambut dengan kibaran bendera

Macam nak pilihanraya pulak. Pada malam pengumuan Man Muti keluar UMNO, bendera PKR dan PAS berkibar megah di Pekan Bota Kanan. Sehari selepas itu, bendera PAS dan PKR pula memenuhi Pekan Taman Indera Barat, Titi Gantung.

Cawangan-cawangan UMNO mulai kehilangan ibu. Tidak pernah berlaku seorang ADUN UMNO boleh melompat ke parti lain di Parlimen Parit ini. Orang-orang Parit memang berani bertindak. Man Muti dari Bota itu bukannya ada agenda peribadi. Orang yang mengenali beliau tentu faham benar bahawa beliau hanya mahu membantu orang-orang Parit melalui UMNO. Tapi lain jadinya di dalam UMNO. Kapal UMNO dah mulai karam, kerana nakhodanya berkelahi, kelasinya juga berpuak-puak. Tunggu apa lagi, selamatkan diri dan tumpang bahtera yang lain yang masih gagah merempuh ombak badai.

sriiskandar

Police prep for Kugan funeral procession

protest
[...] Members of the Field Reserve Unit (FRU) and the Light Strike Force were deployed Wednesday morning to Jalan Universiti to prepare for the large crowd expected to take part in the funeral procession of A. Kugan.

The suspected car thief had died while being questioned by police on Jan 20.

The units have been placed there in anticipation of a large crowd for the procession that will begin at the Universiti Malaya Medical Centre (UMMC) and proceed to Puchong, said Petaling Jaya police chief Asst Comm Arjunaidi Mohamed.

Members of the public should not join in any illegal gathering and police will take stern action, he added.

Kugan’s body is currently at the UMMC mortuary, where a second post-mortem was conducted last Sunday. [read more]

Kugan's funeral march


Kugan’s family members walk towards the hospital mortuary to claim his body for the funeral. — Picture by Shannon Teoh -

get the latest info - ---- HERE

Kugan’s body arrives at police station

KUALA LUMPUR, Jan 28 — A huge crowd of several hundred people accompanied A. Kugan's funeral procession as it arrived at the USJ 8 police station from the Universiti Malaya Medical Centre (UMMC) under the watchful eyes of the police.

Prayers will be conducted at the police station before final rites at the Puchong Batu 14 crematorium this evening.

Earlier police provided an escort for the procession that began at 1.45pm. Most of the crowd started on foot but later followed the procession in vehicles, with some telling the police "Polis bagi escort" while others blasted the police, shouting "Polis pembunuh Kugan".

Police had earlier arrested five men wearing Hindraf T-shirts as they threw a tight cordon around the medical centre for the suspected car thief's funeral. They only allowed some 50 people, including family and several lawmakers, to claim Kugan's body. [read more]

Missing files add latest twist to MIED saga

KUALA LUMPUR, Jan 28 – The saga over contracts awarded by the Maju Institute of Educational Development (MIED) has taken an unexpected twist with a high-ranking MIC official lodging two police reports over files that had gone missing.

The files in question belonged to the party’s education arm, which runs the Asian Institute of Medicine, Science and Technology (AIMST) in Kedah.

The reports, lodged at the Dang Wangi police station and the Sentul district police headquarters, allege that files pertaining to the AIMST contracts were missing from the party headquarters in Jalan Rahmat, off Jalan Ipoh, here.

The reports, made three days ago, were lodged by MIC vice-president Datuk S. Sothinathan, who was appointed to the MIED board of directors barely a month ago. [read more]

Keluar BN, kejutan kedua bakal berlaku di Perak dalam masa terdekat?

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Hrkh) - Perak akan dikejutkan lagi dengan tsunami politik kali kedua selepas Adun Bota, Dato' Nasharudin Hashim mengumumkan penyertaannya ke dalam Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) baru-baru ini.

Sumber Harakahdaily memaklumkan, dalam masa terdekat seorang lagi wakil rakyat Umno akan membuat pengumuman keluar parti dan menyertai salah satu parti dalam Pakatan Rakyat.

"Seorang lagi ADUN Perak bersiap sedia untuk satu sidang media dalam masa terdekat bagi mengumumkan keputusan meninggalkan Umno/BN," kata sumber itu.

Sumber memberitahu, wakil rakyat berkenaan akan mengumumkan salah satu daripada tiga pilihan iaitu sama ada meletak jawatan parti (umno), meletak jawatan sebagai Adun atau keluar parti untuk menyertai salah satu parti Pakatan Rakyat. [read more]

500 orang sertai pakatan mayat Kugan

Mayat mendiang Kugan dibawa keluar
KUALA LUMPUR 28 Jan. – Mayat suspek curi kereta yang mati ketika dalam tahanan polis, A. Kugan dibawa keluar oleh ahli keluarganya dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini pukul 2 petang ini.

Mendiang Kugan dibawa menaiki kereta keluarga menuju ke tempat tahanannya di Balai Polis USJ 8, Taipan, Subang Jaya, dekat sini.

Difahamkan, keluarga Kugan akan melakukan upacara sembahyang di balai polis berkenaan sebelum mayat lelaki berusia 22 tahun itu dibakar di Batu 14, Puchong.

Kira-kira 500 orang menyertai perarakan pengebumian itu dan keadaan dilaporkan tegang apabila sebahagian daripadanya cuba menghalang tugas-tugas polis yang mengadakan kawalan. – Utusan

Bubarkan Putera dan Puteri

KUALA LUMPUR: Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail, mencadangkan sayap parti, Puteri dan biro Putera dibubarkan bagi mengelak gejala politik wang.

Sambil menyifatkan Umno perlu distrukturkan semula, beliau berkata, kewujudan Putera dan Puteri melemahkan Umno kerana lebih banyak pemilihan, lebih banyak gejala terutama politik wang melanda parti.

Dalam sidang akhbarnya di sini, pagi ini, beliau berkata ahli kedua-dua pergerakan itu seharusnya memberi tumpuan kepada pelajaran berbanding politik kerana masih muda dan belum sesuai untuk berpolitik. - Utusan
Wakakakakk ... dok syok nak rebut jawatan, tiba tiba kena bubarkan ... wakakakak
Bloger, ketua Puteri cawangan digantung keahlian